Songs

Tuesday, April 15, 2014

INDAHNYA CINTA

Deringan hpnya yang membisingkan menyebabkan Zahra mengangkat hpnya. `Assalamualaikum ma`jawab Zahra. `Waalaikummussalam Zahra. Zahra kat mana ni?`tanya Puan Maimon. `Ada kat dalam bas ni. Zahra dah nak bertolak ni. Mungkin Zahra sampai malam esok`bagitahu Zahra. Matanya sempat lagi melihat sekilas pada lelaki yang duduk disebelahnya. Alamak..ini yang aku tak suka ni. Apasallah lelaki ni duduk sebelah aku?

`Ya mak. Zahra tahu. Tak apalah, nanti Zahra call Erry kembali`kata Zahra perlahan. Zahra mendiamkan diri buat seketika sebelum mencelah percakapan maknya. `Okeylah ma. Bas dah nak bertolak ni. Zahra kena letak fon. Nanti apa-apa hal, Zahra call ma ye. Insya-Allah, Zahra call Erry kejap lagi`kata Zahra sopan sebelum meletakkan hpnya.

Baru je sesaat Zahra meletakkan fonnya. Hpnya berbunyi lantang. Segera dia mengangkatnya setelah melihat nama yang tertera di skrin hp miliknya. `Yes, cik Erry. What you want?`tanya Zahra. `I want you`balas sebelah sana. Zahra tertawa. ` Yalah tu, em...sabarlah. I balik tak lama lagi`kata Zahra perlahankan suaranya. `But i really miss you`kata lelaki itu. `Yelah. Yelah. Malaslah i nak layan you. Jumpa nanti. Bye`kata Zahra terus mematikan fon nya tanpa menghiraukan panggilan Erry.

Perjalanan mereka berjalan selama empat jam. Tiba-tiba je bas berhenti di tengah jalan. `Kenapa ni?`tanya mereka semua. Tertanya-tanya kenapa bas tiba-tiba je berhenti. Zahra dan lelaki disebelahnya turut sama memandang ke luar untuk mengetahui kejadian yang sebenar. Mereka berdua berada di tingkat atas.

Terjerit mereka semua apabila mendapati beberapa orang yang disangka penumpang itu mempunyai senjata di tangan. Rupa-rupanya mereka tu penjenayah. `Diam semua. Jangan cuba nak lari`kata salah seorang perompak itu sambil mengacukan pistol dan pisau di tangan kepada penumpang dalam bas itu yang cuba untuk melarikan diri.

`Kenapa? apa yang dah berlaku?` penumpang di atas tertanya-tanya kejadian sebenar apabila mereka terdengar bunyi jeritan di tingkat bawah. Zahra dan lelaki itu berpandangan sesama sendiri apabila terdengar jeritan dari bawah. Salah seorang penumpang diatas bertindak untuk menjenguk dibawah. `Apa yang dah berlaku nie?`tanya lelaki itu. Dia terkejut apabila kepalanya diacukan pistol. `Kau diam. Naik atas`arah lelaki yang memakai topeng itu. Lelaki itu mengikut arahan dan terus berada di tempatnya. Terkejut penumpang yang lain apabila melihat kejadian itu di hadapan mata mereka. `Diam!! Kalau aku dengar ada lagi suara kedengaran. Aku tembak`ugut lelaki bertopeng itu.

Muka Zahra berubah. Dia terkejut melihat berlaku pengaliran darah apabila salah seorang penumpang itu cuba melawan dan melarikan diri. Lelaki bertopeng itu menikam perut lelaki itu menyebabkan mereka yang lain tidak berani untuk melawan. Muka Zahra menjadi pucat. Zeffry sekadar memandang lelaki yang ditikam itu. Niatnya ingin membantu namun senjata yang berada di tangan lelaki bertopeng itu membuatkan niat Zeffry terbantut. Ikutkan hati dia nak melawan lelaki itu namun dia sendiri tidak yakin dengan perbuatannya kerana dia sendiri tidak pasti berapa orang geng mereka berada dalam bas itu. Kalau dia tersilap langkah, boleh mengundang padah. Kemudian, dia memandang  gadis sebelahnya. Dia lihat wajah perempuan itu pucat. Yalah, siapa yang tidak takut apabila berhadapan dengan situasi seperti itu.

Terbunyi jeritan gadis di tingkat bawah. `Apa kau buat ni?`marah perompak itu apabila melihat rakannya cuba untuk merogol seorang gadis di bawah umur. Cantik pula tu. `Alang-alang menyeluk, kita minum air`kata rakan itu sambil ketawa. Mereka yang lain cuba untuk membantu gadis malang itu  malangnya ada yang cedera kerana ditembak. Ada yang ditikam dengan pisau. Mereka yang lain terdiam. Tidak berani untuk menentang perompak itu kerana takut dibunuh.

Ketiga-tiga rakan  perompak itu memilih mangsa masing-masing. Muka Zahra berubah menjadi tersangat pucat. Dia risau kalau dia menjadi salah satu mangsa rogol. Ya, Allah. Kau bantulah hambamu ini. Ucapnya dalam hati. Zeffry mendekati  dirinya dengan Zahra. Zahra terus tersentak apabila tangannya disentuh lelaki itu. `Apa yang awak buat ni?`marah Zahra tapi masih dalam keadaan yang terkawal. `Sorry..saya cume nak bantu awak. Sekarang ni awak mesti menyamar menjadi isteri saya`kata Zeffry lancang. `What? Awak dah gila? Saya tak kenal awak siapa...lepas tu awak nak saya menyamar jadi isteri awak`marah Zahra. `Cik adik ooii..saya pun taknaklah jadi suami awak. Saya cakap macam nie pun sebab nak bantu awak. Kalau perompak tu tahu awak ni masih dara, awak nak ke jadi mangsa mereka?`soal Zeffry. Zahra menelan air liur. Gila...taknaklah aku jadi mangsa mereka.

Salah seorang perompak itu memandang kearah Zahra yang bercakap dengan Zeffry. Terus Zeffry tarik Zahra dalam pelukannya setelah perasan perompak itu memandang mereka berdua. Zahra terkedu. First time dia berada dalam pelukan lelaki bukan muhrimnya. `Awak jangan nak buat gila`ancam Zahra. `Jangan risau. Awak bukan taste saya. Lagipun, daripada saya peluk awak tak tentu pasal lebih baiklah saya peluk tunang saya`bisik lelaki itu.

 Zahra menarik muka masam. `Okey, sekarang lepaskan saya`arah Zahra. `Sekarang awak pandang saya dan berlakon seolah-olah kita pasangan yang bahagia. Jangan risau. Dia takkan kacau awak kalau tahu kita berdua pasangan suami isteri`bisik Zeffry.

Lelaki itu akhirnya pergi dari situ. Zahra menarik nafas lega. Mereka terdiam seketika. Zahra akhirnya tertidur dalam bas. Begitu juga Zeffry. Zeffry tersedar sewaktu dia mendengar bunyi tapak kasut menuju kearahnya. Tanpa berlengah lagi, dia terus mencium pipi Zahra membuatkan Zahra terkejut. `Apa yang kau buat ni hah?`marah Zahra sambil mengesat pipinya. `Aku masih dara lagilah. Kau jangan nak buat macam-macam pada aku. Karang aku bagitahu kat tunang aku`jerkah Zahra. Zeffry terkedu. Dia terlambat menutup mulut Zahra. 

`Owh..jadi korang berdua bukan suami isteri?`tanya perompak yang bertopeng itu garang. Zahra terus berpaling. Alamak..dia lupa pasal perompak itu. Perompak itu kemudian memandang tepat pada Zahra. Mampus aku! Zahra menunduk. Mereka yang lain cume melihat kejadian itu. Mereka yakin Zahra akan menjadi mangsa kerakusan lelaki itu.

Lelaki itu menarik tangan Zahra. `Apa ni? Lepaslah`jerit Zahra apabila dia dipaksa mengikuti lelaki itu. `Diam. Kalau kau taknak aku bunuh kau, baik kau diam`ugut lelaki bertopeng itu. Zahra terdiam. Zahra tergamam melihat lelaki itu tiba-tiba je jatuh tersungkur. Dia melihat Zeffry yang telah menendang belakang lelaki itu. `Apa yang awak...?`tanya Zahra terkejut. Perlakuan Zeffry itu akan menyebabkan mereka berada dalam masalah. `Jom`ajak Zeffry sambil menarik tangan Zahra pergi dari situ.

Apabila berada di tangga, Zeffry melihat pintu keluar terbuka. Namun, ada yang mengawasi pintu itu dengan senjata di tangan. `Assalamualaikum..`tegur Zeffry. Lelaki itu menoleh kearahnya. Terus Zeffry menghadiahkan sebuah sepakan menyebabkan lelaki itu terjatuh. `Jom`ajak Zeffry sambil menarik tangan Zahra keluar dari situ.

`Wooiii...jangan lari!`jerit lelaki itu menyebabkan dua rakannya memandang kearah dia. `Kejar mereka`arah lelaki itu sambil memegang badannya yang sakit.

Mereka terus masuk ke dalam hutan. Berlari-lari dalam hutan. Zahra terjatuh. `Awak okey tak?`tanya Zeffry. `Kaki saya sakit`jawab Zahra sambil memegang kakinya yang sakit. Zeffry terus memandang kearah lelaki itu yang semakin menghampiri mereka. Dia terus mengangkat Zahra. `Apa yang awak buat nie? Lepaskan sayalah`marah Zahra. `Awak nak saya lepaskan awak dan biarkan mereka tangkap kita atau awak nak saya angkat awak dan pergi dari sini?`soal Zeffry. 

Zahra terdiam. `Tapi..`kata Zahra. Zeffry tidak mendengar kata-kata Zahra. Dia terus mendukung Zahra dan berlari dari situ. Zeffry tersenyum melihat sebuah pokok yang besar. Dia terus bersembunyi disitu. Mereka melihat lelaki-lelaki itu berlari kearah lain. `Syukurlah`kata Zahra lega. `Sekarang lepaskan saya`arah Zahra. `Saya pun tak ingin nak angkat awak. Dah la berat`kata Zeffry selamba sambil melepaskan Zahra. Berat? Aku rasa aku ni dah kurus. `Kalau tahu saya ni berat. Tak payahlah angkat`balas Zahra. `Kalau saya tak tolong awak, awak nak kita tertangkap?`kata Zeffry pula.

Zahra mengikut langkah Zeffry yang pergi dari situ. `Ada rumahlah`jerit Zahra gembira. Zeffry terus berpaling. `Jom kita masuk dalam rumah tu`ajak Zahra dan terus berlari ke dalam rumah tersebut. `Ehh.. nanti dulu`larang Zeffry. `Apa?`marah Zahra apabila tangannya dipegang. `Awak dah gila ke nak masuk dalam tu?`marah Zeffry. `Kenapa pula?`tanya Zahra. `Cik adik..rumah tu kita tak tahu pun siapa punya...lagipun, mungkin dalam tu ada perangkap. Mana kita tahukan..`kata Zeffry risau. `Ada saya kisah..lagipun, kita sendiri tak tahukan..sama ada rumah itu ada perangkap atau tak. So, apa salahnya kalau kita cuba kan?`kata Zahra pula. Zeffry memandang tajam pada Zahra. Zahra terus masuk ke dalam rumah itu tanpa mempedulikan larangan Zeffry itu.

`Wow bestnya katil ni. Empuk`kata Zahra sendirian sambil membaringkan dirinya atas katil. Zeffry memandang Zahra yang bersikap budak-budak. Dia menggeleng kepalanya. `Macam budak-budak`getus Zeffry. Zahra menjeling. Aku kisah apa??

`Nanti dulu. Sekarang kita nak ke mana?`tanya Zahra cemas. `Baliklah kea awak nak tinggal kat sini?`perli Zeffry pula. Zahra mencebik. `Orang tanya baik-baik nie. Dia perli pulak`omel Zahra sendirian.

Mereka dikejutkan dengan satu bunyi. Zahra menelan air liur. Zeffry menoleh ke belakang. `Bunyi apa tu?`tanya Zeffry. `Harimau`jawab Zahra tidak semena-mena. `Owh..harimau itu betul-betul datang baru tau`kata Zeffry. `Datanglah nak datang`kata Zahra. Zeffry tersenyum. `Sure? Tengoklah kat belakang`arah Zeffry. Zahra terus berpaling ke belakang. `Mana ada apa-apa`jawab Zahra tidak berpuas hati. Namun, dia kaget apabila melihat Zeffry sudah menghilangkan dirinya. `Mamat tu ke mana?`tanya Zahra. Dia mencuba menjenguk namun tiada sesiapa pun disitu.

Tiba-tiba je kedengaran bunyi sesuatu. Zahra terus berpaling. Bunyi itu semakin dekat. Bunyi itu betul-betul menakutkan Zahra. `Keluarlah. Jangan main-main lagi`jerit Zahra namun tiada sahutan. Zahra melihat pohon di hadapannya bergerak laju. Dia terus berundur ke belakang. Zahra yang ketakutan terus menutup mukanya.

Kahkahkahkahkah....kedengaran orang ketawa. Zahra terus membuka matanya. `Kata tak takut`perli Zeffry. `Grrr`marah Zahra sambil menolak badan Zeffry. `Eh eh nak pergi mana tu?`tanya Zeffry apabila melihat Zahra berjalan menonong. `Kl lumpur`jawab Zahra dalam perli. Zeffry ketawa. `Ai..marah nampak`kata Zeffry. Mereka akhirnya menemui jalan keluar.

Zahra memegang perutnya. Zeffry memandangnya. `Kenapa nie?`tanya Zeffry. Zahra tidak menjawab. Ya, Allah. Sakitnya perut aku!! Kenapalah saat macam ni kau nak buat hal? Getus Zahra geram. `Kenapa nie? Perut awak sakit ke?`soal Zeffry cemas. Zahra tidak menjawab sebaliknya memegang perutnya. `Jom, saya hantar awak pergi klinik`kata Zeffry sambil mengangkat Zahra.

`Encik suami pesakit?`tanya Doktor Alias. Zeffry sedikit terkejut. Lambat-lambat dia mengangguk. `Macam mana keadaan isteri saya, dok?`tanya Zeffry. `Dia okey. Tak apa-apa. Dia cume alami gastrik`kata doctor itu. Gastrik? `Boleh saya jenguk dia?`tanya Zeffry. Doktor Alias mengangguk. `Awak okey?`tanya Zeffry. Zahra mengangguk perlahan. `Isteri encik ni kena makan tepat pada masanya. Pastikan isteri encik makan tepat pada masanya`pesan Doktor Alias. Zahra terpinga-pinga.  Dia  memandang Zeffry. `Baiklah. Doktor jangan risau. Saya janji saya akan jaga isteri saya ni dengan baik. Saya akan pastikan dia makan tepat pada masanya`balas Zeffry. Zahra mengelak bila Zeffry cuba pegang dia.

`Apa yang awak merepek nie?`marah Zahra. `Cik Zahra. Shut up! Sekarang kita pergi makan. Nanti tak pasal-pasal saya kena angkat awak sebab awak tak makan. Dahlah berat. Kalau hari-hari saya kena angkat awak, mau badan saya jadi kurus`bebel Zeffry. `Siapa suruh awak angkat saya?`kata Zahra acuh tidak acuh. `Haahkan. Sepatutnya saya tinggalkan aje awak kat situ, lagi bagus. Tak menyusahkan saya`kata Zeffry. `Kalau tahu macam tu, apasal tak tinggalkan saja saya dalam bas tu?`kata Zahra berang. `Awak nak saya masuk neraka ke? Awak nak saya masuk neraka gara-gara tinggalkan awak dalam bas tu?`kata Zeffry. Zahra menggigit bibirnya. Geramlah. Setiap kali bercakap dengan mamat tu, pasti dia yang disalahkan.

Mereka singgah di sebuah restoran yang berhampiran. Selesai pesan makanan, mereka terdiam seketika. `Lepas ni, kita  nak pergi mana?`tanya Zahra memulakan bicaranya. `Baliklah. Takkan tidur kat sini kot`jawab Zeffry. Zahra memandang Zeffry. Geram dengan jawapan Zeffry. Tahulah nak balik. Orang tanya betul-betul, dia main-main pulak. Zeffry tergelak melihat wajah Zahra yang mulai mencuka. `Haa gelak la gelak`marah Zahra. `Habis tu awak ingat kita nak tidur kat sini ke?`perli Zeffry bersama senyuman. `Eee..benci cakap dengan awak tau`luah Zahra. `Siapa suruh awak cakap dengan saya`kata Zeffry. Zahra yang geram dengan Zeffry terus berpaling kearah lain. Tak kuasa nak layan Zeffry.

`Awak tunggu sini kejap. Saya nak ke toilet jap`arah Zeffry. Zahra mengangguk dan berdiri disitu. 5 minit berlalu..Zahra terjatuh atas simen secara tiba-tiba. Dia tergamam. Lengannya yang perit tidak dihiraukan. `Tolong!!`jerit Zahra apabila dia menyedari dirinya diragut. `Tolong..tolong!!`jerit Zahra lagi. `Kenapa nie?`tanya  Zeffry cemas. `Beg saya..beg saya kena ragut`kata Zahra panik. `Owh..kena ragut`kata Zeffry selamba. Sekejap dia terdiam. `Haa? Kena ragut?`terkejut Zeffry. `Cepatlah kejar diaorang`arah Zahra sambil menunjukkan motor peragut itu. Zeffry terus berlari mengejar peragut itu malangnya sudah terlambat.

`Macam mana?`tanya Zahra. Zeffry terus menggeleng kepalanya. Zahra mengeluh. Mereka akhirnya membuat keputusan untuk membuat aduan di balai polis. Zeffry melihat lengan Zahra yang berdarah. `Ehh lengan awak`kata Zeffry sambil membelek lengan Zahra. Zahra turut memandang kearah lengannya yang berdarah. Dia tidak perasan pula lengannya berdarah. `Jom, kita duduk dulu. Saya ubatkan`kata Zeffry. Zahra hanya memerhatikan saja tingkah laku Zeffry tu. `Apasal pandang macam tu?`tegur Zeffry membuatkan Zahra terkejut. `Hah? Tak ada apa-apalah. Saja nak tengok cara awak rawat`kata Zahra. Zeffry tertawa. `Yeke kea sebab dah jatuh hati kat saya? Yalah, saya tahu saya ni kacak. Muka babyface. Ramai peminat`kata Zeffry memuji dirinya sendiri. `Perasan`ejek Zahra sambil mencebik. 

`Eh sepatutnya awak bangga tau sebab saya sudi nak rawat luka awak nie. Saya ni bukan senang nak rawat orang kecuali tunang sayalah`kata Zeffry lagi. Zahra mencebik. Macamlah dia seorang ada tunang. Getus hati Zahra. `Dah siap`kata Zeffry.

`Rasanya baik kita check in dekat hotel dulu sebelum kita teruskan perjalanan. Lagipun, hari dah nak malam ni`kata Zeffry. Zahra cume mengikuti kata-kata Zeffry. Mereka menempah dua buah bilik yang bersebelahan. `Ni kunci awak. Kalau ada apa-apa hal, panggil saya. Saya duduk sebelah ni je`kata Zeffry. Zahra mengangguk dan terus masuk ke dalam biliknya.

Tok tok tok...Mata Zahra terbuka luas. Dia melihat kearah pintunya yang berbunyi. Kemudian matanya beralih pada jam yang terdapat di dinding. Pukul 9.45 malam. `Siapa yang datang malam-malam nie?`tanya Zahra sendirian. Zahra terus membuka pintu biliknya. Terpancul muka Zeffry. Zahra menarik nafas lega. `Awak..ada apa?`tanya Zahra bingung. `Awak tidur ke?`tanya Zeffry tanpa menjawab pertanyaan Zahra tadi. `Tak adalah. Tak tidur pun`jawab Zahra. `Owh..awak buat apa?`tanya Zeffry. `Tak buat apa, kenapa?`tanya Zahra kembali. `Kalau macam tu, jom temankan saya ambik angin kat luar`ajak Zeffry. `Ambik angin kat luar?`gelak Zahra dalam perli. `Ya ya ya apa-apa je lah cik adik`kata Zeffry malas nak bertengkar. Zahra memandangnya. 

`Please`rayu Zeffry sambil buat muka babyface. Zahra tergelak melihatnya. `Owh..merayu lah nie`kata Zahra. Zeffry mengangguk. `Kalau macam tu, buat gaya itik dulu`dera Zahra. `Jangan nak mengada-ngada. Cepatlah.`gesa Zeffry. `Okeylah. Tunggu sekejap. Saya bersiap`kata Zahra. `Jangan lama-lama. Perempuan ni kalau dah bersiap bukan main lama lagi..`bebel Zeffry. Gedegang. Belum sempat dia menghabiskan ceramahnya, Zahra telah menutup pintu biliknya dengan kuat. Zeffry terkebil-kebil. `Inilah masalahnya budak zaman sekarang. Orang nak ceramah, dia taknak dengar`bebel Zeffry sendirian.

Mereka pusing satu Bandar Melaka. Sempat juga mereka bergambar di atas kapal. `Gilakan...sepatutnya sekarang kita tengah fikirkan cara untuk balik ke rumah`kata Zeffry memecahkan kesunyian. Zahra tersenyum. `Sekarang..siapa punya idea untuk kita berada atas kapal nie?`kata Zahra mengenakan Zeffry. `Ya ya ya..saya. tak payah nak ungkit`kata Zeffry. Zahra ketawa.

 `Mengaku pun`jawab Zahra. `Sebenarnya kan..ni first time saya berada atas kapal nie dengan seorang perempuan`kata Zeffry. `Owh..yeke? habis tu tunang awak?`tanya Zahra. Yelah, orang tu kan tak habis-habis sebut pasal tunang dia. `Kecuali tunang sayalah. Kitaorang dah banyak kali datang ke sini. Kampung dia pun ada dekat sini`jawab Zeffry mulai bercerita pasal tunang dia. Tengok tu. Kan aku dah cakap. Dia tak habis-habis cerita pasal tunang dia. Ingat dia seorang ada tunang? Aku pun ada jugak.

`Eh dah lah. Jom balik`ajak Zeffry. Zahra mengangguk. Namun, tiba-tiba je hujan turun dengan lebat. Zahra tersenyum sambil menadahkan tangannya. Wow...mesti best dapat main hujan. `Amboi che kak. Awak ingat nie filem Hindustan ke?`perli Zeffry apabila Zahra bermain hujan. `Suka hati sayalah. Jealous`kata Zahra tidak menghiraukan pandangan Zeffry. `Kalau awak sakit, saya juga yang susah`bebel Zeffry. Dia tersengih. Lalu dia mengeluarkan sebuah kamera. Dia mulai menangkap gambar persekitaran disitu. Cantik! Pujinya.

Namun, matanya terpandangkan Zahra yang asyik dengan dunia khayalannya. Menari entah pape. Lagak macam dalam Hindustan. Lensa kamera milik Zeffry mulai difokuskan kepada Zahra. Snap!! Zahra terkejut lantas dia terjatuh. Zeffry ketawa. `Nice picture`kata Zeffry yang mengambil gambar Zahra yang terduduk. Nasib baik Zahra terjatuh dalam keadaan yang cantik. `Awak..`jerit Zahra yang geram dengan Zeffry. Zeffry terus melarikan dirinya apabila mendapati Zahra yang bengang dengannya.

`Bak sini kamera tu`arah Zahra. `Taknak`jawab Zeffry. `Sini`marah Zahra. `Kalau awak nak, ambik sendiri`kata Zeffry. Zahra cuba berebut kamera dengan Zeffry namun tidak berjaya. Zahra tidak dapat merampas kembali kamera itu kerana dirinya yang rendah berbanding Zeffry. `Ehem..`kedengaran orang berdehem. Keduanya terus berpaling dan terdiam. Alangkah terkejutnya mereka berdua melihat beberapa orang berpakaian seperti pencegah maksiat. `Assalmualaikum..`lelaki itu memberi salam dan salam itu dijawab oleh Zeffry dan Zahra walaupun lambat. Mereka berdua saling berpandangan. `Korang berdua memang pasangan yang serasi`ucap lelaki yang berpakaian kopiah itu. `Harap korang bahagia hidup sebagai pasangan suami isteri`sampuk seorang lagi. `Maaf mengganggu. Kami bergerak dulu`kata seorang lagi dan memberi salam. Zeffry dan Zahra menjawab soalan itu. Mereka menarik nafas lega kerana tidak ditangkap oleh pencegah maksiat itu. Syukurlah..getus keduanya. Zahra memandang Zeffry geram. Zeffry sekadar tersenyum terus berlari ke biliknya. Zahra memandangnya geram. Geram kerana tidak berjaya mendapatkan gambar dia.

Zeffry mengetuk pintu bilik Zahra namun tidak bersahut. Hai..takkan masih tidur lagi kot? Getus hati Zeffry lalu membiarkan Zahra. Dia terus keluar berjoging sendirian. Selesai berjoging, dia terus membeli sarapan pagi mereka. Sekali lagi dia mengetuk pintu bilik Zahra namun tiada sahutan. Zeffry mulai berdebar. Jangan-jangan sesuatu dah berlaku pada dia kot? Zeffry terus berlari ke kaunter hotel dan meminta kunci pendua. Nasib baik mereka sediakan kunci pendua. Zeffry terus membuka pintu itu.

Dia melihat Zahra yang terbaring atas katil. Segera dia mengejutkan perempuan itu namun malangnya Zahra tidak sedar. Akhirnya dia menjamah dahi Zahra. `Panasnya badan  dia. Dia demam ke?`tanya Zeffry sendirian. Dia mulai mengingati cara-cara maknya merawat ketika dia demam dahulu. Dia membasahkan kain dan diletakkan di dahi Zahra. Dia juga membeli ubat dan makanan untuk Zahra.

Zahra tersedar saat dia merasakan ada seseorang yang bermain dengan kepalanya. `Haa..sedar pun awak`kata Zeffry tersenyum. `Apa yang dah berlaku?`tanya Zahra. `Awak demam. Hampir saja tak sedarkan diri. Saya ingat nak panggil bomba dah tadi`seloroh Zeffry. Dahi Zahra berkerut. `Apasal nak panggil bomba pula?`tanya Zahra hairan. `Senang..mereka boleh angkat awak ke klinik. Takda lah menyusahkan saya nanti`gurau Zeffry. `Eee...geramnya.`marah Zahra sambil memukul Zeffry dengan bantal tidurnya. Zeffry tergelak. Kelakar melihat keadaan Zahra seperti itu. Mana taknya, muka dia merah padam menahan marah. Semakin Zahra bengang, semakin kuat Zeffry gelak. Sukanya dia tengok Zahra marah.

`Makan bubur ni lepas tu makan ubat`arah Zeffry. Zahra memandangnya. `Apa tengok-tengok? Nak pelempang?`gurau Zeffry. Zahra mencebik. Tahu sangat perangai Zeffry yang suka menyakatnya. `Makan`arah Zeffry sambil membulatkan matanya. Mana taknya, Zahra taknak makan ubat. Tak suka katanya. `Taknak`jawab Zahra sepatah. `Makan`arah Zeffry. `Saya kata taknak`jawab Zahra. `Okey fine`kata Zeffry akhirnya mengalah jua. Dengan selamba, Zeffry makan sebiji ubat tersebut. Zahra hanya memerhatikan tingkah laku Zeffry itu. Eeei.mamat ni. Tak rasa pahit ke?

`Emm...sedapnya. Macam vitamin C rasanya. Tak  adalah pahit sangat rasanya`pancing Zeffry. Zahra hanya memandangnya. `Ruginya awak tak makan. Tahu tak ni sebenarnya bukan ubat tapi vitamin C. Vitamin ni baik untuk kesihatan tau. Awak pernah dengar tak vitamin C sebelum nie. Kalau adik saya tahu pasal ni, tentu dah habis adik saya makan semua nie. Adik saya tu memang pantang jumpa vitamin C. Semua vitamin dia nak rembat.`pancing Zeffry lagi. `Betul ke vitamin C? Bukan ubat?`tanya Zahra. `Awak cubalah sendiri`arah Zeffry. Perlahan-lahan Zahra mengambil ubat itu dan terus menelannya. Zeffry lekas-lekas menghulurkan air mineral kepada Zahra.

Zeffry tersenyum. Umpannya berjaya. `Awak tipu saya ye?`tanya Zahra. `Mana ada`bantah Zeffry. `Ada`jawab Zahra. Zeffry tersenyum. `Alamak, saya lupa. Gas kat dapur belum tutup lagi. Bye`kata Zeffry yang ingin menyelamatkan dirinya dari diterkam oleh Zahra. Gas dapur? Zahra terkebil-kebil. Tolol punya mamat. Dia ingat aku boleh ditipu apa? Mana ada tong gas dalam hotel nie?

Sekali lagi mereka meneruskan perjalanan mereka. `kita berhenti dekat telefon awam tu kejap. Saya nak buat panggilan`kata Zahra. Zeffry cume mengangguk. `Hello..assalamualaikum..`Zahra memberi salam. `Ye sayang. You ni. Janganlah risau. I okeylah`balas Zahra lembut. Zahra tergelak mendengar balasan dari sebelah sana. Zeffry menoleh sebaik saja terdengar Zahra menyebut sayang. Keningnya terangkat. `Janganlah risau. I okey. Hah..owh..sorry. Hp i hilang. Em..kena ragut`kata Zahra. `Takk..i okey. Itulah...cume beg i je yang hilang`kata Zahra lagi. `Em..takpalah. Esok i sampailah kat rumah`kata Zahra. `Ye, i miss you too. Bye.`jawab Zahra sambil meletakkan gagang telefon.

`Siapa?`tanya Zeffry. `Tunang saya`jawab Zahra. `Awak ada tunang?`tanya Zeffry terkejut. Zahra tersenyum sinis. `Habis tu awak ingat awak sorang je ada tunang?`soal Zahra dalam perli. Zeffry menggaru kepalanya sambil tersengih. Zahra menggeleng kepalanya. Hari dah menunjukkan pukul 8 malam. `Kita pergi makan dulu lepas tu kita menginap kat mana-mana penginapan`kata Zeffry. `Okey je`jawab Zahra. `Jom..saya bawa awak pergi makan kat satu tempat special`kata Zeffry. `Ehh saya salah dengar ke? Tempat special?`perli Zahra. Zeffry mencekak pinggangnya. `Haa perli perli..nanti saya tarik balikkan kata-kata saya nie.`ugut Zeffry. `Ehh janganlah. Saya tak perli lagi...`kata Zahra kalut. Zeffry tersenyum melihat gelagat Zahra yang kalut semacam. Tahu takut!!
`Ikan bakar?`terkejut Zahra apabila Zeffry membawa dia ke restoran ikan bakar yang terkenal di daerah situ.

 `Kenapa? tak suka?`tanya Zeffry. Zahra terus menggeleng kepalanya. `Apa?`kata Zeffry sambil mencelikkan matanya. `Eh tak. Maksud saya..ikan bakar nie makanan kegemaran saya`kata Zahra riang. `Baguslah kalau macam tu`jawab Zeffry. Selepas memesan, mereka makan. `Sedap tak?`tanya Zeffry. Zahra mengangguk laju. `Tahulah sedap. Tapi janganlah makan comot. Tengok tu, muka habis dengan makanan`bebel Zeffry. `Comot eh?`tanya Zahra. Zeffry mengangguk sambil menghulurkan tisu kepada Zahra. Zahra mengesat namun tidak kena pada sasarannya. `Bukan kat situlah. Mari saya tolong`kata Zeffry sambil mengelap mulut Zahra yang tercemar. Keduanya tersentak. Apa yang aku buat nie? Getus hati Zeffry.

`Mak..Zeff hantar Zahra balik ke rumah dulu ye`kata Zeffry. Puan Seri mengangguk. `Yelah. Bawak kereta tu hati-hati`pesan Puan Seri. `Baiklah mak`balas Zeffry. `Saya balik dulu makcik`kata Zahra sambil menyalami Puan Seri. `Zahra, tolong tengokkan si Zeff nie. Dia kalau bawak kereta memang dah tak ingat dunia dah. Orang kat sebelah pun dia boleh lupa`kata Puan Seri. Zeffry tersengih mendengar kata maknya itu. Zahra menoleh kearah Zeffry. `Abang dah nak pergi ke? Nanti abang jangan lupa belikan adik gula-gula tau`pesan Ikmal, adik bongsu Zeffry. Zeffry mempunyai 5 adik beradik. Dia anak ke 3. Dia ada seorang abang, seorang kakak dan dua orang adik. `Baiklah nanti abang beli`jawab Zeffry.

`Apa senyum-senyum? Dahlah senyum macam kerang busuk`kutuk Zeffry. Zahra mengerutkan dahinya. Apa? Dia kata aku senyum macam kerang busuk? `Awak dah pernah tengok ke kerang busuk senyum macam mana?`soal Zahra. Zeffry menggeleng kepalanya. `Awak dah pernah tengok ke?`tanya Zeffry sambil tersengih. Haa..kalau dia dah senyum macam tu, adalah tu dia nak kenakan aku. Getus Zahra. `Cuba awak senyum`arah Zahra. Zeffry menurut kata Zahra. Dia senyum. `Haa..macam tu lah kerang busuk senyum. Sebiji macam awak`kata Zahra selamba membuatkan senyuman Zeffry semakin mengendur. Kurang asam. Dia kenakan aku!! Kahkahkahkah...Zahra ketawa. Padan muka..aku kenakan kau. `Amboi..melampaulah tu ketawa macam tu`kata Zeffry tidak berpuas hati. `Ada saya kisah`kata Zahra yang masih lagi mengukir senyuman.

`Aaaa..`jerit Zahra sambil memeluk maknya. Zeffry tersenyum melihat gelagat Zahra yang bagaikan anak kecil baru ketemu maknya. Manja. `Eh siapa nie? Taknak kenalkan pada kami?`soal Angah, abang kedua Zahra apabila melihat Zeffry yang menghantar Zahra pulang ke rumah. `Owh..lupa pula. Mak Ayah dan abang-abang sekalian..kenalkan ini Zeffry, hero Zahra`kata Zahra memperkenalkan Zeffry kepada ahli keluarganya. Zeffry menyalami mereka semua. `Dialah yang selamatkan Zahra. Kalau dia tak ada, Zahra pun tak tahu macam mana keadaan Zahra sekarang`kata Zahra perlahan.

 `Owh..terima kasihlah sebab sudi selamatkan Zahra. Kami betul-betul berhutang budi dengan kamu`ucap Mak Zahra. `Tak apalah makcik. Dah menjadi tanggungjawab saya.`jawab Zeffry ikhlas. `Eh jomlah masuk dalam. Berbual-bual dulu`ajak Tuan Shaari, ayah kepada Zahra. `Eh..tak apalah Pakcik. Dah lewat nie. Nanti risau pula orang tua saya`tolak Zeffry dengan baik. `Kalau macam tu tak apalah. Nanti kirim salam pada kedua orang tua kamu`kata Tuan Shaari. Zeffry cume mengiakan.

`Awak..`panggil Zahra sebaik saja Zeffry membuka pintu keretanya. Zeffry memandang kearahnya. `Terima kasih`ucap Zahra. Zeffry tersenyum. `Untuk apa?`tanya Zeffry. `Sebab awak dah selamatkan saya dan menjaga saya dengan baik selama nie`balas Zahra. `Jadi awak mengakulah saya nie baik?`soal Zeffry. `Yup`balas Zahra. `Kacak, handsome..cute.`tambah Zeffry lagi. Zahra cume mengangguk membuatkan Zeffry ketawa. `Kejap..perasannya awak nie`kata Zahra lagi membuatkan tawa Zeffry meletus. `Okeylah..saya pergi lagi. Kalau ada jodoh, kita akan bertemu lagi`kata Zeffry selamba dan terus menutup pintu keretanya. Kalau ada jodoh?? Getus hati Zahra.

Sebaik saja Zahra ingin masuk ke dalam rumahnya, dia terkejut apabila ada kereta menghalangnya. Keluarlah seorang lelaki berpakaian kot. Memang kemas perwatakan lelaki tersebut. `Assalamualaikum..sayang!`tegur Lelaki itu. `Erry..`jerit Zahra gembira. `Tahulah rindu tapi janganlah jerit macam tu`tegur Erry. Zahra tersenyum.

6 bulan kemudian...

`Sayang..`panggil Elisya. `Hmm...`sahut Zeffry ringkas. `Hujung minggu nanti you free tak?`soal Elisya pada Zeffry yang sedang menjamu sarapan. `Rasanya tak. Kenapa you tanya?`tanya Zeffry sambil memandang Elisya. `I ingat nak jemput you datang rumah i nanti. Ada kenduri`kata Elisya menyatakan hasratnya. `Owhh..ye? siapa nak kahwin? You?`seloroh Zeffry. `Kalau i nak kahwin, i tak payah undang you sebab you pengantin lelaki`kata Elisya. Zeffry tersenyum. `Kan i ada cakap kat you hari tu abang i yang nak kahwin`kata Elisya. `Baiklah sayang`jawab Zeffry.

Bunyi hon mengejutkan Zahra. `Zahra, cepatlah. Erry dah tunggu kat luar sana`bagitahu mak Elisya. `Dah siap nie mak. Mak, Zahra pergi dulu ye.`kata Zahra. `Hm..baiklah. Tapi jangan balik lewat tau`pesan Maknya. `Baiklah mak. Bye`kata Zahra lalu mendapatkan Erry yang sedang bersandar pada keretanya.`Wau, cantiknya. Ni siapa yang nak kahwin nie? You ke sepupu i?`usik Erry. `Laa..you tak tahu ke? Kenduri i kejap lagi`loyar buruk Zahra. `Kalau macam tu, i ni pengantin lelakinya lah?`usik Erry membuatkan Zahra ketawa. Macam-macamlah.

`Abang Erry`jerit Elisya. Erry melambaikan tangannya. `Hai..siapa sebelah nie?`tanya Elisya. `Tunang abanglah. Owh..lupa pula Elisya tak ada masa abang bertunang`kata Erry sambil menepuk dahinya. Elisya tersenyum. Mereka sempat mengenakan abang Elisya yang menjadi raja seharian pada hari itu. `Mana tunang kamu, Sya? Abang tak nampak pun`tanya Erry. `Abang nie. Macam manalah abang nak tengok kalau muka dia pun abang tak pernah tengok`perli Elisya membuatkan Zahra gelak. Zahra dapat lihat hubungan Elisya dengan Erry yang sememangnya rapat. `Haa...itupun dia`kata Elisya sambil melambai tangannya pada seorang lelaki yang berpakaian baju kemeja. Lelaki mendekati mereka bertiga.`Assalamualaikum..`lelaki itu terus memberi salam. Zahra yang membelakangkan lelaki itu terus berpaling. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu juga ternyata terkejut.

`Zeffry..kenalkan ini sepupu i, namanya Erry dan sebelah dia nie Zahra, tunang Abang Erry.`kata Elisya memperkenalkan mereka berdua. Zeffry mengukir senyuman namun hambar. Zeffry dan Erry bersalaman. Namun mata Zeffry tidak lepas dari memerhatikan Zahra. Begitu juga Zahra. Entah kenapa jantungnya bergerak laju sebaik saja melihat wajah Zeffry. Ya Allah kenapa dengan aku nie? Kenapa gelabah semacam nie? Zahra tertanya-tanya.

`Abang Erry, Elisya nak bagitahu sesuatu pada abang`kata Elisya menarik Erry dari situ. `Korang berdua berbuallah dulu ye`pesan Elisya lalu meninggalkan mereka berdua. Suasana menjadi sunyi sepi. Masing-masing bingung. Tak tahu nak kata apa. Akhirnya keadaan menjadi sepi. `Awak sihat?`soal Zeffry memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Zahra tersenyum. `Sihatlah. Macam mana hubungan awak dengan Elisya?`tanya Zahra. `Hubungan kami okey je. Malah bertambah baik`jawab Zeffry. `Jom makan sayang`sampuk Erry yang baru tiba bersama Elisya. Zeffry cume memandang mereka berdua kemudian dia beralih kearah lain. Entah kenapa hatinya sakit melihat kemesraan Erry dengan Zahra itu. Zahra tersenyum dan mengangguk. `Jom`ajak Erry sambil menarik tangan Zahra ke khemah. `Hey..jom makan`ajak Elisya. Zeffry mengangguk.


Zahra termenung di pejabatnya. Pertemuannya dengan Zeffry kali ini entah kenapa sering mengganggu perasaannya. Sejak akhir-akhir ini dia sering tak lena tidur disebabkan memikirkan Zeffry. Zeffry memandang kipas dalam biliknya. Fikirannya melayang. Melayang saat dia bertemu dengan Zahra di kenduri majlis dua hari lepas. `Zahra` Entah kenapa nama itu meniti di bibirnya.Seketika Zeffry tersenyum.

`Hello..sorry sayang. I lupa nak bagitahu you, i ada meeting tengah hari nanti jadi i tak boleh nak jemput you`kata Erry berasa bersalah. `Tak apalah. I pergi sendirilah kalau macam tu`kata Zahra. `Tak apa ke?`tanya Erry risau. `Tak apa. Jangan risau okey`jawab Zahra. `Terima kasih sayang. Love you.`ucap Erry membuatkan Zahra tersenyum.

`Alamak..aku nak pergi makan kat mana nie?`tanya Zahra sendirian. `Apa yang membebel sendirian nie?`tegur satu suara mengejutkan Zahra. Nasib baik dia tak melatah. `Zeffry`marah Zahra yang terkejut. Zeffry ketawa. `Sorry.. tak sangka pula awak boleh terkejut sampai macam nie sekali.`kata Zeffry yang masih lagi tersenyum. Zahra cume menggeleng kepalanya. `Buat apa kat sini sendiri?`tanya Zeffry lagi. `Nak pergi makan`jawab Zahra sambil menunjukkan ke sebuah restoran di hadapan mereka. `Kalau macam tu, jom`ajak Zeffry. `Pergi mana?`tanya Zahra apabila Zeffry berjalan kearah lain. `Saya nak bawa awak makan kat tempat lain. Makanan situ sedap`kata Zeffry. `Tapi..`kata Zahra. `Jomlah. Saya belanja`ajak Zeffry lagi. `Awak belanja? Yeay...jimat duit saya`kata Zahra gembira. Zeffry menjegilkan matanya. Zahra ketawa.

Mereka berbual-bual sambil menikmati lunch. Memang betul kata Zeffry, tempat yang dia bawa tu memang sedap. Mana taknya, dua tiga kali mereka menambah. Kadang-kadang Zeffry mengusik Zahra membuatkan Zahra ketawa.

Zahra ingin membuat kejutan pada tunangnya. Dia masuk ke dalam syarikat Erry tanpa pengetahuannya. Kebetulan masa tu, setiausaha Erry pergi ke tandas. Zahra terus mengetuk pintu pejabat Erry. Arahan masuk membuatkan Zahra membuka pintu. Dia tergamam melihat Elisya yang turut berada dalam pejabat Erry. Bukan apa..dia terkejut melihat mata Elisya yang bengkak. Erry nampak terkejut dengan kehadiran Zahra itu. `Maaf  i mengganggu`kata Zahra yang ingin keluar dari situ. `Tak apa, Zahra. Masuklah, Elisya dah nak pulang`kata Erry membantutkan langkah Zahra. Elisya pulang. Sedikitpun dia tidak memandang wajah Zahra. Zahra hanya memandang Elisya. Mata dia bengkak. Ada sesuatu berlaku ke?

`Kenapa?`tanya Erry. `Kenapa dengan Elisya? Mata dia sembab. Kenapa dia menangis?`soal Zahra bertalu-talu. Erry menggeleng kepalanya. `Tak ada apalah. Ni datang sini kenapa?`tanya Erry. `Kenapa? i memang tak boleh datang sini ke? Kalau macam tu, tak apalah`kata Zahra berura-ura keluar. Erry terus memegang tangan Zahra. `Bukan macam tu lah, sayang. I sebenarnya terkejut lihat you ada kat sini. Tiba-tiba je`luah Erry. Zahra tersenyum. `Well, surprise`kata Zahra.

Zahra terus berlari ke rumah Erry sebaik saja menerima panggilan kecemasan dari Erry. Namun, dia terkejut melihat Zeffry yang turut berada di situ. Zeffry berada di ruang tamu. `Zeff, apa awak buat kat sini?`soal Zahra yang terkejut. Zeffry hanya diam. Dia hanya menjongketkan bahunya. Dia sendiri tak tahu apa yang dia buat kat sini. Dia hanya menerima panggilan kecemasan dari Elisya menyuruhnya ke situ.

`Baguslah kamu berdua sudah sampai`kata Elisya. Zeffry dan Zahra terus menoleh. Mereka melihat Elisya yang turun bersama Erry. Matanya sembab. `Sayang`tegur Zeffry cuba mendekati Elisya namun Elisya mengelak. `Kenapa nie?`tanya Zeffry hairan. `Erry. You kata ada kecemasan. Apa nie?`tanya Zahra hairan. `Inilah kecemasan dia`kata Erry. Dahi Zahra berkerut tidak mengerti akan kata-kata Erry itu. `Erry..jangan main-main boleh tak?`kata Zahra berang. `Owh..i tak boleh mainkan you. Habis tu, you mainkan i boleh pulak`bidas Erry. `Apa yang you cakap nie? I tak faham`kata Zahra. `You tak faham ke buat-buat tak faham?`perli Erry. Zahra tercengang. Dia menoleh pada Zeffry yang turut hairan.

`Sampai hati you kan buat i macam nie. Kalau ye pun you tak cintakan i, cakaplah. Jangan main-mainkan i pula`kata Elisya pula. `Apa yang you cakapkan nie? Sejak bila pula i main-mainkan you? Boleh tak kalau cakap..tak berbelit-belit?`kata Zeffry. `Ni...apa semua nie?`tanya Elisya sambil melemparkan gambar kepada Zeffry. Mata Zahra melihat gambar itu. Dia terkejut melihat gambarnya bersama Zeffry. Perlahan-lahan dia mengutip salah satu daripada gambar tersebut. Gambar nie..gambar dia bersama Zeffry di Melaka. Gambar tu juga gambar yang dia dan Zeffry berebut-rebut. Dia sendiri tak menyangka Zeffry masih lagi menyimpan gambarnya.

 Wow...mesti best dapat main hujan. `Amboi che kak. Awak ingat nie filem Hindustan ke?`perli Zeffry apabila Zahra bermain hujan. `Suka hati sayalah. Jealous`kata Zahra tidak menghiraukan pandangan Zeffry. `Kalau awak sakit, saya juga yang susah`bebel Zeffry. Dia tersengih. Lalu dia mengeluarkan sebuah kamera. Dia mulai menangkap gambar persekitaran disitu. Cantik! Pujinya.
Namun, matanya terpandangkan Zahra yang asyik dengan dunia khayalannya. Menari entah pape. Lagak macam dalam Hindustan. Lensa kamera milik Zeffry mulai difokuskan kepada Zahra. Snap!! Zahra terkejut lantas dia terjatuh. Zeffry ketawa. `Nice picture`kata Zeffry yang mengambil gambar Zahra yang terduduk. Nasib baik Zahra terjatuh dalam keadaan yang cantik. `Awak..`jerit Zahra yang geram dengan Zeffry. Zeffry terus melarikan dirinya apabila mendapati Zahra yang bengang dengannya.

`Bak sini kamera tu`arah Zahra. `Taknak`jawab Zeffry. `Sini`marah Zahra. `Kalau awak nak, ambik sendiri`kata Zeffry. Zahra cuba berebut kamera dengan Zeffry namun tidak berjaya. Zahra tidak dapat merampas kembali kamera itu kerana dirinya yang rendah berbanding Zeffry. `Ehem..`kedengaran orang berdehem. Keduanya terus berpaling dan terdiam. Alangkah terkejutnya mereka berdua melihat beberapa orang berpakaian seperti pencegah maksiat. 

`Assalmualaikum..`lelaki itu memberi salam dan salam itu dijawab oleh Zeffry dan Zahra walaupun lambat. Mereka berdua saling berpandangan. `Korang berdua memang pasangan yang serasi`ucap lelaki yang berpakaian kopiah itu. `Harap korang bahagia hidup sebagai pasangan suami isteri`sampuk seorang lagi. `Maaf mengganggu. Kami bergerak dulu`kata seorang lagi dan memberi salam. Zeffry dan Zahra menjawab soalan itu. Mereka menarik nafas lega kerana tidak ditangkap oleh pencegah maksiat itu. Syukurlah..getus keduanya. Zahra memandang Zeffry geram. Zeffry sekadar tersenyum terus berlari ke biliknya. Zahra memandangnya geram. Geram kerana tidak berjaya mendapatkan gambar dia.

 Zeffry terkedu. `I can explain`kata Zeffry. `Tak perlu. Semuanya sudah jelas`marah Elisya. ` Elisya, semua nie salah faham`kata Zahra cuba untuk membetulkan keadaan. Zahra cuba mendekati Elisya. `Dah la perempuan. Semua nie dah cukup jelas bagi aku`marah Elisya. Namun, Zahra tidak berputus asa. Dia cuba mendekati Elisya. Elisya terus menolak Zahra membuatkan dia hampir terjatuh. Nasib baik Zeffry sempat menyambutnya. `Awak okey?`tanya Zeffry prihatin. Zahra mengangguk perlahan.

`Tengok. You lebih pedulikan dia dari i kan..?`tuduh Elisya. Zeffry memandang Elisya. `Okey, kalau betul you cintakan i, pandang tepat pada muka i dan bagitahu i yang you cintakan i`arah Elisya. Zeffry terdiam. Entah kenapa lidahnya kelu untuk menyatakan perkataan itu. `See.You tak boleh pun cakap kat i. Sedangkan dulu you sering ucapkan 3 perkataan tu pada i. Jadi kenapa sekarang tak boleh?  Sebab hati you dah ada pada orang lainkan..? dan orang tu adalah Zahra. Betulkan?`desak Elisya.

 `Elisya, i dengan Zahra cume..`kata Zeffry potong oleh Elisya. `Apa? Kawan? Zeffry dahlah. I dah letih dengan permainan you. Sejak you bertemu dengan Zahra, perasaan you layanan you pada i dah tak sama macam dulu lagi. Sekarang you lebih fikirkan tentang Zahra. Nama Zahra sentiasa meniti di bibir you.`kata Elisya. Zeffry memandangnya. `Apa? Sudahlah..i boleh cakap macam tu sebab i sendiri dengar`kata Elisya sambil mengimbas kembali kejadian dulu.

`Zeffry ada?`soal Elisya pada Hanisah, kakak Zeffry. `Owh..Zeff demam. Naiklah dulu. Dia ada dalam bilik.`kata Hanisah. Elisya terus menuju ke bilik Zeffry. Dia melihat Zeffry yang menyelimut diri. Terus dia menjamah dahi Zeffry. Panasnya badan. Elisya turun bawah dan memasak bubur untuk Zeffry. Dia kemudian meletakkan kain basah atas dahi Zeffry. Masa dia mahu bangun, dia tersentak apabila Zeffry memegang tangannya. `Please jangan pergi`kata Zeffry yang masih lagi menutup matanya. `Zeff, awak dah sedar?`tanya Elisya. Namun, apabila melihat Zeffry cume meracau, dia tersenyum. `Ye, saya takkan pergi ke mana-mana`jawab Elisya sambil memegang tangan Zeffry. `Tolong jangan tinggalkan saya, Zahra`kata Zeff mengejutkan Elisya. Aku salah dengar ke? Zahra? Siapa Zahra? Kenapa aku macam kenal je nama tu? Tanya Elisya sendirian.

`Tapi bila kali kedua i dengar you sebut nama yang sama. Saya yakin saya tak salah dengar. Tapi masa tu saya tak tahu lagi nama Zahra yang meniti di bibir mulut awak adalah orang yang sama dengan tunang Abang Erry. Keesokannya, bila saya mengemaskan bilik awak, saya terpandangkan kamera yang terdapat dalam bilik awak. Hati saya terdetik untuk melihat gambar dalam kamera awak itu`kata Elisya bersama airmata. Mereka bertiga terdiam. `Hancur hati i bila melihat  gambar you bersama Zahra. Hati i sakit lalu i pergi meninggalkan you tapi terserempak dengan Kak Hanisah. Bila i tunjukkan foto kamu berdua. Lebih menyakitkan hati i, Kak Hanisah kata you ada bawa Zahra ke rumah dan diperkenalkan kepada keluarga you. Bila Kak Hanisah cuba meyakinkan i tentang hubungan korang berdua dan beria-ia bagitahu kat i yang korang sekadar kawan. Bila Kak Hanisah beritahu you tolong Zahra semasa korang berdua berada dalam bas yang sama. I boleh terima. Tapi  yang i tak boleh terima apabila nama Zahra sentiasa di bibir you. Lagi menyakitkan hati i bila i nampak you keluar dengan Zahra. Korang bermesra-mesraan`kata Elisya. 

Muka Zahra berubah. Begitu juga dengan Zeffry. Bila aku keluar dengan Zeffry? Em...mungkin masa aku dengan Zeffry yang tidak sengaja terserempak itu. Getus hati Zahra.

`Lepas tu, i pergi pejabat Abang Erry dan menceritakan semuanya pada dia`sambung Elisya. Patutlah masa aku pergi pejabat Erry, muka Elisya nampak sembab. Baru lepas nangis, rupanya dia menangis gara-gara aku dengan Zeffry. `Maaf..saya tak sangka hubungan kitaorang akan buat awak menangis. Saya janji lepas ni saya takkan ganggu hubungan korang berdua lagi`kata Zahra mengukir janji. `Senangkan awak cakap. Lepas apa yang terjadi nie, awak lepas tangan begitu saja`marah Elisya. `Saya..Saya tak bermaksud nak lepaskan`kata Zahra tidak menghabiskan ayatnya apabila dia diserang oleh Elisya.

`Kau ingat aku percaya? Kau yang sudah mulakan semua nie jadi kau mesti tanggung semuanya`tengking Elisya sambil memegang baju Zahra. Zahra tergamam. Dia tidak mampu untuk bersuara. Hanya mampu untuk melihat. `Elisya`tegur Zeffry. `Owh..you pun nak bela dia`marah Elisya apabila Zeffry mulai membela Zahra. `I bukan nak bela dia tapi..`

Zeffry terdampar di lantai. Dia memegang pipinya yang bengkak. Dia memandang Erry yang sudah memukul bibirnya. Zahra dan Elisya terkejut. Muka mereka berdua berubah. Erry yang tidak berpuas hati terus memukul Zeffry. `Stop it, Erry! Apa yang you buat nie?`marah Zahra. Dia mendapatkan Zeffry dan cuba untuk membantu Zeffry. Erry tersenyum sinis. `Dah terbuktikan you memang cintakan dia. You curang dengan i, Zahra. You curang`jerit Erry. Zahra terdiam. Dia baru perasan dia terlampau risaukan Zeffry selama nie.

`Betulkan apa yang i kata? You memang cintakan dia?`tanya Erry. Suaranya sayu. Zahra mendiamkan diri. Tidak menjawab pertanyaan Erry. `Kenapa diam?? Jawablah!!`tengking Erry berang. Menitis airmata Zahra. `Jawablah`jerit Erry sambil menggoncang bahu Zahra. Zeffry cuba menghalang perbuatan Erry. `Kau diam. Ini urusan antara aku dengan dia`marah Erry. Elisya turut memandang mereka bertiga. `Maaf`ucap Zahra tanpa melihat wajah Erry. Erry tergamam. Dia betul-betul berharap Zahra akan menafikan tuduhannya namun malangnya semua tu hanyalah sebuah mimpi.

`Maaf`ucap Zahra lagi sambil dia terduduk di atas lantai. ` I dah cuba untuk lupakan dia tapi semakin kuat i cuba semakin kuat dia muncul dalam hati i.`kata Zahra sedih. Zeffry terdiam. Dia hanya memandang Zahra. Rupanya selama nie dia tak bertepuk sebelah tangan. `Akhirnya korang berdua mengaku pun kan..susah sangat ke nak mengakui yang korang berdua saling mencintai?`soal Elisya perlahan dan kedengaran sayu.

Lama mereka mendiamkan diri dan cuba untuk bertenang. Kahkahkahkah...kedengaran suara orang ketawa. Zahra dan Zeffry terus berpaling. `Aku tak sangka lakonan kami begitu hebat sekali`kata Erry sambil gelak. `Haahkan. Kalau masuk dalam drama nie, pasti kami akan memenangi pasangan pelakon yang terbaik`sambung Elisya pula. Airmata yang mengalir tadi sudah hilang. `Abang Erry, cadangan abang Erry suruh letak minyak kat mata memang menjadi. Pedih mata Elisya`kata Elisya tanpa mempedulikan pandangan Zahra dan tunangnya.

`Apa semua nie?`tanya Zeffry yang terkejut. `Well, maafkan kami sebab dah pergunakan korang berdua. Semua nie hanyalah lakonan kami. Kalau kami tak buat macam nie, korang pasti ego untuk luahkan perasaan masing-masing kan..?`tanya Elisya. `Sebenarnya kami dah lama tahu yang korang berdua saling menyayangi satu sama lain cume keadaan je yang membuatkan korang diam. Jadi, apa yang kami lakukan tadi hanyalah untuk korang berterus terang tentang perasaan korang yang sebenar`kata Erry pula.

`Maksudnya? Korang tak marah ke?`soal Zahra. `Tak. I tak marah. Buat apa i nak marah kalau dah ditakdirkan yang kita berdua tiada jodoh. I gembira kalau you gembira. I takkan sesekali halang you dari mengejar cinta sejati you dan i percaya Zeffry adalah cinta sejati you. So, i rela lepaskan you walaupun pada hakikatnya i tak mampu untuk lepaskan you pada orang lain`ucap Erry. `Erry`sebut Zahra terharu. `I lepaskan you. Lepaskan you pada orang yang tepat untuk mengisi hati you`ucap Erry lagi. 

`I tak tahu nak kata apa. Thank you, Erry`ucap Zahra. `You welcome dear`balas Erry. `Ehem..jangan lebih-lebih nanti jealous orang sebelah ni`usik Elisya. Zeffry tersenyum. `Sya, thank you. I tak sangka you sanggup buat semua ni untuk i`kata Zeffry. `Kan i pernah kata, jodoh itu di tangan tuhan. Sekarang dah terbuktikan..walaupun kita dah lama bertunang namun akhirnya jodoh you dengan Zahra bukan dengan i`kata Elisya ikhlas.

`So?`tanya Zeffry. Ketika itu mereka berjalan di tasik. `So??`tanya Zahra kembali. `Bila kita nak kahwin?`tanya Zeffry. `Kahwin? You lamar i ke sekarang?`tanya Zahra kembali. `yup`balas Zeffry. `Eeeii..bila masa i kata nak kahwin dengan you?`balas Zahra. `Bila-bila`jawab Zeffry. `Dengan lamar i macam ni?`tanya Zahra. `Yelah`jawab Zeffry. `Hisy..tak romantic langsung`omel Zahra. `Habis tu?`tanya Zeffry. `Kalau iya pun nak melamar i, lamarlah atas kapal ke bot ke, barulah romantic sikit`balas Zahra. `Owh..atas bot ye?`tanya Zeffry sambil menarik tangan Zahra mengikutnya. `Awak nak bawa saya ke mana ni?`tanya Zahra. `Kemana kaki saya menghala lah`balas Zeffry poyo.

Mereka berdua menaiki perahu. `Sudikah awak menjadi suri rumah saya?`tanya Zeffry sambil melutut. Zahra tergamam. Zeffry menanti jawapan dari Zahra apabila Zahra hanya mendiamkan dirinya. `Taknak`balas Zahra. `Kenapa?`tanya Zeffry. `Saya hanya akan setuju dengan pertanyaan awak ni kalau awak...`kata Zahra terdiam. Dia menolak Zeffry ke dalam tasik.  `Terjatuh dalam air`sambung Zahra sambil gelak. `Owhh..kenakan saya ye`kata Zeffry sambil menggoyangkan perahu tersebut. Terjerit Zahra apabila perahu tersebut bergoyang-goyang. Akhirnya dia turut terjatuh dalam tasik. Zeffry ketawa. Hahahahaha... `Owh ketawakan saya ye`balas Zahra sambil menyimbah air kepada Zeffry. Zeffry turut membalasnya.

Elisya tersenyum melihat kejadian itu. `Indahnya cinta`ucap Elisya. `Indahnya cinta tercipta apabila kita menemui pasangan yang tepat dalam hidup kita`sampuk Erry. Elisya tersenyum. `So, apa rancangan abang selepas ni?`tanya Elisya. Mereka mulai berjalan meninggalkan tempat itu. `Rancangan abang untuk mencari pasangan yang sesuai dengan diri abang`jawab Erry. `Abang..`panggil ELisya. `Apadia?`tanya Erry. `Apakata kita bertaruh? Siapa yang jumpa pasangannya terlebih dahulu dikira pemenang dan siapa yang kalah akan didenda? Amacam?`cadang Elisya. `Okey juga tu`kata Erry. Matanya melirik pada seseorang. `Abang jumpa dulu`kata Erry sambil mendekati seorang gadis ayu di hadapannya. Elisya melihat Erry itu cuba mengayat perempuan itu.

`Hai. Cantiklah awak`tegur Erry. `Hai`balas perempuan ayu itu dengan suara yang garau. Erry terkebil-kebil melihat perempuan itu. Hahahaha...gelak Elisya melihat wajah Erry yang berubah itu. `Cis..abang ingatkan perempuan tulen. Rupa-rupanya..`kata Erry kecewa. `Hahahaha..kesian kat abang ek`balas Elisya namun matanya melihat lelaki kacak. `Abang..nampaknya giliran Elisya pula lah`kata Elisya ingin mendekati lelaki kacak itu namun langkahnya terbantut. `Sayang, kenapa tinggalkan abang?`tanya lelaki itu. Elisya terkedu. Terdiam. Tak tahu nak kata apa. Dia menjadi bingung. `Abang jahat. Abang tinggalkan Su`balas perempuan ayu itu. `Ala..abang gurau jelah. Abang janji abang tak buat lagi`balas lelaki itu pula. Drama itu disaksikan oleh ELisya dan Erry.
Mereka berdua berpandangan sebaik saja pasangan tadi sudah meninggalkan tempat itu. Hahahahaha....tawa yang ditahan akhirnya meletus jua. `Hampeh. Ingatkan nak goda laki tu rupa-rupanya kekasih hati si `perempuan ayu` itu`kata Elisya.

`So macam mana dengan kita?`tanya Erry. `Abang, Elisya rasakan kalau dalam 3 atau 4 tahun lagi Elisya tak dapat pengganti Zeffry, Sya kahwin dengan abang je lah`kata Elisya. `Abang pun setuju`jawab Erry. Risau juga kalau dia tak jumpa pengganti Zahra, dia dikatakan bujang terlajak. `Kalau macam tu, kita buat perjanjian`ajak ELisya. Mereka akhirnya berjanji sesama sendiri.




-        THE END  -

No comments:

Post a Comment