Songs

Tuesday, April 15, 2014

CERPEN CINTA SEJATI IRA DAN IQAH

`Hai Ira`tegur rakan kuliahnya bernama Hazif. Ira sekadar tersenyum. Dia terus memandang membuka bukunya dan menelaah buku itu kerana mereka akan menghadapi exam pertengahan. `Ira, Hazif bagi kau surat ni`kata Nia kawan baiknya sambil menghulurkan surat itu. Ira sekadar memandang surat itu tanpa berniat mengambilnya. `Ira`tegur Nia. `Aku taknak. Kau bagi kat dia balik. Cakap kat dia, terima kasih je lah`balas Syahira tanpa berasa bersalah. `Ira, sekurang-kurangnya kau bacalah dulu surat ni. Manalah tahu penting`kata Nia. Ira tidak membalasnya sebaliknya dia lebih menumpukan perhatian pada pelajarannya.

Nia menggeleng kepalanya. Degil betullah kawan dia seorang nie. Dia sendiri hairan dengan sikap kawan dia yang seorang tu. Dah berapa orang yang kawan dia tu reject. Alasannya, dia datang ke kolej tu untuk belajar bukan untuk bercinta. Nia memandang Hazif kemudian dia menggeleng perlahan. Hazif menunjukkan muka kecewa. Sudah empat bulan dia cuba tackle gadis bernama Syahirah itu tapi langsung tidak dilayannya. Dia betul-betul berputus asa. Dia sudah melakukan semuanya untuk menarik perhatian Ira namun satu pun tidak berjaya. Kenapa dengan awak, Ira? Atau ada seseorang yang awak tengah tunggu sekarang? Kalau betul, lelaki itu cukup beruntung.

Syafiqah tersenyum memandang mesej itu. Ya, Allah. Baiknya dia. Dia terus membalas mesej itu dengan kadar segera. Ya..Mereka sering bergaduh tapi sering kali juga mereka berbaik. Kalau ada yang merajuk, pasti ada yang memujuk. Betapa indahnya cinta. Betullah kata orang, cinta itu sebuah keindahan.

Syafiqah membalas mesej itu sehinggalah dia tertidur. Tepat jam 5.30 pagi, dia tersedar apabila telefonnya berbunyi. `Hello`sahut Syafiqah dalam keadaan yang mengantuk. 

`Assalamualaikum`balas pemanggil itu. Syafiqah tersenyum. `Waalaikummussalam`balas Syafiqah. `Tidur lagi ke?`tanya pemanggil itu. `Haah. Ngantuk`balas Syafiqah. `Dah. Bangun. Solat subuh lepas tu nak pergi sekolah pula`arah pemanggil itu.

Ira membuka facebooknya. Sedang dia melayari laman facebook, tiba-tiba je hpnya berbunyi. Ira terus mencapai hpnya dan terus menekan butang hijau. `Hello`sahut Syahira. 

`Assalamualaikum..`kata pemanggil itu. Ira terkaku. Suara itu... beserta senyuman dia menjawab, 

`Waalaikummussalam`.

Guess what dia col aku...

Mesej itu dihantar kepada Syafiqah.

Apa? Betul ke?

Ira tersenyum apabila membaca mesej itu.

Iyalah..kau tahu aku betul-betul terkejut.
Dia ada call aku juga. Balas Syafiqah. Mereka berdua berkongsi maklumat dan berkongsi cerita. 
First time dalam hidup mereka, mereka bercerita pasal jejaka masing-masing.

Assalamualaikum..buat apa tu?

Ira tersenyum membacanya.

Waalaikummussalam..x buat apa pun. Tengok movie je.

Mesej dihantar.

Syahirah pula tersengih memandang mesej yang diterimanya.

 Bunyi telefon memaksa Syahirah bangun. `Hello`sahut Syahirah. `Assalamualaikum`jawab pemanggil. `Waalaikummussalam`balas Syahirah. `Ira, dah bangun?`tanya pemanggil itu lagi. `Baru je bangun`balas Syahirah. `Bangunlah. Solat. nanti nak pergi ke kelas pula`arah pemanggil itu.
Syafiqah tersedar dari tidurnya. Dia memandang hpnya yang berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk.

Assalam... Iqah dah bangun?

Syafiqah terus membalasnya.

Wassalam...baru je bangun.

Jejaka itu membalasnya.

Bangunlah. Solat subuh. Ok lah Khai nak pergi mandi dulu.

`Kau tahu minggu depan mereka berdua balik`kata Syafiqah. `Iye? Sapa? Khai dengan Faris ke?`tanya Syahirah. `Haah..mereka berdua`balas Syafiqah. `Faris ada call aku, katanya dia nak jumpa kita nanti bila dia dah balik nanti`balas Syahirah gembira. `Haah. Faris pun ada jugak call aku cakap macam tu`balas Syafiqah.
Seminggu kemudian..

`Jom temankan aku beli hadiah untuk Faris. Hari jadi diakan..`ajak Syahirah. Syafiqah mengangguk. `Tapi kita nak beli apa ye untuk dia?`tanya Syahirah bingung. Syafiqah turut bingung. `Haa..dia pakai topi tak?`tanya Syahirah. Syafiqah menggeleng kepalanya. `Dia tak pernah pakai topi. Belilah benda lain`balas Syafiqah.

Mereka berdua akhirnya membuat keputusan untuk membeli sebuah jam untuk Faris. `Bila kau nak jumpa dia?`tanya Syafiqah. `Entahlah. Dia kata dia sibuk sehari dua nie. Mungkin minggu depanlah kot`balas Syahirah. `Eh..kau rasa Khai ikut sekali tak?`tanya Syafiqah. `Entahlah..agaknyalah. kenapa?`tanya Syahirah kembali. `Tak adalah. Saja jah aku tanya`balas Syafiqah. Dia tidak pernah melihat wajah Khai. Cume mereka berhubung melalui sms sahaja. `Apasal hati aku berdebar eh?`tanya Syahirah sendirian.

Setibanya mereka berdua di rumah,

`Ira, Iqah...mari sini sekejap. Mak ada sesuatu nak cakap dengan kamu berdua`panggil Maimun. Ira dan Iqah saling berpandangan sesama sendiri sebelum melangkah kearah mak mereka. Ayah mereka turut berada disitu memandang mereka berdua dengan pandangan yang sukar dimengertikan. `Ada apa, ayah? Mak?`tanya Syafiqah. Maimun dan suaminya saling berpandangan sebelum mereka melihat kedua anak mereka itu.

Entah kenapa jantung Ira berdegup kencang. Begitu juga dengan Iqah. `Ira, Iqah. Korang berdua dah besar`kata Maimun memulakan perbualannya. Ira dan Iqah memfokuskan perhatian mereka pada mak mereka itu. Hati mulai rasa tidak sedap.

`Macam mana ek nak bagitahu kamu berdua?`kata Maimun sambil memandang kearah suaminya disebelah.

`Macam ni lah..memandangkan kamu berdua dah besar. Ambiklah cincin nie`kata Maimun sambil menghulurkan dua kotak yang berisi cincin di dalamnya. Iqah mengambil cincin tersebut dan membeleknya. Ira yang teragak-agak turut mengambilnya. `Cincin? Mana mak beli cincin ni? Cantiknya`puji Iqah sambil memusing-musingkan cincin itu. Ira pula memainkan cincin itu di jarinya.

Maimun dan suaminya segera beredar dari situ tanpa pengetahuan anak-anaknya itu. `Suka?`tanya satu suara. Ira terus mendongak. Terlopong mulutnya melihat Faris di dalam rumahnya. Iqah turut terkejut melihat seorang lelaki di belakang Faris dan sepastinya lelaki itu adalah Khai. Mulutnya ternganga. `Apa korang buat kat sini?`tanya mereka serentak. Manakala Faris dan Khai cume mengukir senyuman manis.

Ira dan Iqah tersenyum. Tak sangka sudah enam bulan mereka menjadi tunang orang. Tunang siapa lagi kalau bukan Faris dengan Khai. Sebaik saja Faris melamar, Ira terus bersetuju. Dia tidak mungkin lepaskan lelaki sebaik Faris. Begitu juga dengan Syafiqah. Hatinya betul-betul gembira apabila dilamar oleh jejaka yang dicintainya.

`Dah ready?`tanya Syafiqah. Syahira mengangguk, dia terus masuk ke dalam kereta milik Syafiqah. Mereka berdua ingin menjemput tunang mereka yang bekerja berdekatan kolej mereka. Syafiqah yang ketika itu baru habis SPM, buat keputusan untuk bekerja berdekatan kolej kakaknya, Syahirah memandangkan tempat itu juga dekat dengan tempat kerja tunang mereka berdua.

Mereka menunggu selama 10 minit sebelum ternampak kelibat tunang mereka yang baru keluar dari tempat kerja. `Itupun mereka`kata Syahirah sambil menunjukkan kearah Faris dan Khai. Syafiqah tersenyum.

Bang!! Bunyi tembakan itu mengejutkan mereka berdua. Syahirah dan Syafiqah berpandangan sebelum mata mereka jatuh pada Faris yang terjatuh atas jalan tar. Muka Khai terkejut melihat abangnya yang terjatuh atas jalan raya itu. Bang!! Bunyi tembakan sekali lagi mengenai tepat perutnya. Dia terjatuh. Dunia ketika itu seakan berhenti berputar. Syahirah kaku. Syafiqah terkejut. Denyutan mereka berdua seakan terhenti saat itu. Mereka bagaikan tidak percaya dengan apa yang telah terjadi itu.

`Faris`sebut Syahirah perlahan.

`Khai`sebut Syafiqah pula. Mereka berdua terus berlari keluar dari kereta itu menuju kearah tunang masing-masing.

`Faris.bangun Faris`jerit Syahirah.

`Khai. Bangun Khai`jerit Syafiqah pula.

Tempat itu dikerumuni oleh mereka yang lain. Semua yang lalu lalang disitu akan memberhentikan kereta mereka untuk melihat keadaan mereka.

Faris memandang Syahirah. `Syahirah...Faris..`kata Faris tersekat-sekat.

`Faris cintakan Ira.`sambung Faris dengan mulut yang bersusah payah. Syahirah menangis. Airmatanya menitis di pipi. `Faris jangan risau. Faris pasti sembuh. Bertahanlah. Sekejap lagi ambulan pasti akan sampai`kata Syahirah. Faris menggeleng kepalanya.

`Khai...Khai pasti selamat. Bertahan ye`kata Syafiqah. Khai turut menggeleng kepalanya. Dia kemudian memandang abangnya disebelahnya kemudian beralih pada Syafiqah. `Ajal kitaorang dah sampai`kata Faris dan Khai serentak. Semakin kuat airmata mereka berdua jatuh mendengar kata-kata dari jejaka kesayangannya itu.

Syahirah terus menggeleng kepalanya. Dia sebak. Dia tidak mampu untuk berkata-kata. Selama nie, dia sanggup tolak dan ketepikan perasaan orang lain kerana dia menunggu cinta Faris dan sekarang Faris mahu meninggalkannya.

`Tak. Jangan cakap macam tu. Khai pasti selamat. Abang Faris pun pasti akan selamat. Percayalah`kata Syafiqah tidak berputus asa. Selain itu, dia ingin menyedapkan hatinya walaupun pada hakikatnya dia yakin masa kedua insan tersebut tidak lama.

`Khai dah janjikan dengan Syafiqah yang Khai takkan pernah tinggalkan Syafiqah. Kita akan bina rumah tangga kita bersama. Kita akan ada anak bersama. Please..tolong jangan tinggalkan Iqah`rayu Syafiqah sayu.

`Faris dah lupa dengan janji Faris dulu? Faris dah janji kan Faris nak bimbing Ira ke jalan yang diredhai oleh Allah. Faris dah janji yang Faris akan kahwini Ira dan kita akan hidup bahagia untuk selamanya. Faris lupa dengan semua tu?`kata Syahirah pula.

`Jangan cakap macam tu, Ira. Faris masih ingat semua tu. Maafkan Faris sebab Faris terpaksa tinggalkan Ira terlalu awal sebelum kita dapat bersama`

`Faris, Ira takkan bahagia tanpa Faris. Tolong jangan tinggalkan Ira sendirian. Ira perlukan Faris`kata Syahira lagi.

`Ye, Khai. Iqah juga perlukan Khai untuk hidup bersama Iqah.`kata Syafiqah.

`Iqah, Khai taknak Iqah menangisi pemergian Khai. Khai nak Iqah..`

`Hidup bahagia walaupun tanpa Faris disisi Ira`kata Faris.

`Cari teman hidup yang lain. Yang boleh membahagiakan hidup Iqah. Yang cintakan Iqah melebihi Khai cintakan Iqah`kata Khai lagi.

`Seseorang yang boleh terima Ira seadanya dan seseorang yang boleh membimbing Ira ke jalan yang benar`sambung Faris.

Airmata Iqah dan Ira semakin laju mendengar kata-kata terakhir dari tunang masing-masing. `Tak. tak ada sesiapa pun yang mampu menggantikan tempat Khai di hati Iqah`balas Iqah.

`Ira tak mungkin boleh cari seseorang yang sama seperti Faris. Faris satu dalam sejuta bagi Ira. Tolong jangan pergi`pujuk Ira.

`Maafkan Faris`kata Faris sebelum dia mengucap akhirnya rebah buat kali terakhir. `Fariss`jerit Syahirah lantang. Iqah memandang Faris dan kakaknya sepintas. Kemudian dia turut kaku apabila melihat tunangnya juga tidak bernyawa. `Khaiii`jeritnya lantang.

Langit kelihatan mendung ketika itu. Sebuah rumah dipenuhi oleh orang ramai yang berpusu-pusu untuk menziarahi arwah buat kali terakhir. Ira yang masih lagi bersedih ditenangkan oleh kawan baiknya, Nia. Matanya bengkak kerana menangisi pemergian arwah yang disayangi. Mulutnya masih lagi terkumat kamit membaca surah yassin. Puan Maimun cuba untuk memujuk Iqah yang masih lagi bersedih atas kehilangan tunang yang tercinta.

Kedua arwah kelihatan tenang dan wajah mereka penuh dengan cahaya. Saudara arwah dan kawan arwah turut mengunjungi kubur arwah itu. Mereka bersimpati dengan pemergian kedua insan yang disayangi itu.

`Arwah seorang yang baik. Mereka berdua sangat rapat antara satu sama lain`

`Arwah sentiasa belajar agama. Mereka sentiasa memperbaiki kesilapan diri mereka dari seorang yang tidak tahu apa-apa tentang ilmu sehinggalah mereka boleh dipanggil sebagai ustaz`

`Arwah tidak pernah marah atau tengking kami. Mereka berdua sangat memahami dan hanya menasihati kami berdua sekiranya kami ada melakukan sesuatu kesalahan`

Puan Haida jatuh pengsan sebaik saja tiba di kubur milik kedua anaknya itu. Mak mana yang tidak sedih apabila kedua anak lelaki kesayangannya meninggalkan dia buat kali terakhir dalam masa yang sama pula tu. Sudah kali kedua Puan Haida jatuh pengsan kerana tidak dapat menerima hakikat yang sebenar. Puan Maimun cuba untuk menenangkan Puan Haida. Dia sendiri tidak dapat menahan kesedihan apabila kedua-dua bakal menantunya pergi sekaligus. Lebih menyedihkan apabila anak-anaknya mengalami kemurungan.

Izal melangkah ke dalam bilik yang dihuni oleh Faris sebelum ini. Dia melihat Ira yang sendirian disitu. Menangis sambil menatap gambar milik Faris.

`Dia cintakan kamu sangat-sangat`kata Izal mengejutkan Ira. Ira segera menoleh. Ira terus mengesat airmatanya. `Dia pernah cerita pasal dia ikhlas nak beristerikan kamu. Dulu, arwah kata dia jatuh cinta pandang pertama dengan kamu tapi selama ni dia sembunyikan cinta dia tu sebab dia takut cinta dia ditolak. Dia takut kamu tidak cintakan dia dan cintakan orang lain. Kerana masa tu, dia ada terdengar cerita daripada kawannya yang mengatakan kamu ramai peminat. Bahkan masa dia dengan Iqah, Iqah pun ada cakap macam tu. So, dia pendamkan perasaan dia terhadap kamu. Tapi bila lama kelamaan dia cuba untuk lupakan kamu, ingatan dia terhadap kamu semakin kuat`kata Izal. Ira terdiam.

`Sehinggalah satu hari ditakdirkan dia bertemu dengan Syafiqah, bila dia cuba usha pasal kamu ternyata Iqah kata kamu masih belum berpunya. Sejak itu dia kerap menghubungi kamu dan dari sebulan ke sebulan dia menyedari yang dia betul-betul ikhlas terhadap kamu. Dia solat istikharah dan ternyata petunjuk yang dia dapat adalah kamu`

Airmata Ira semakin mengalir. Bertambah kuat. Ira memeluk gambar tunangannya itu. Berharap semua itu adalah mimpi semata-mata.

`Sejak itu, dia beranikan diri untuk masuk meminang kamu. Katanya dia akan cuba dan dia tidak kisah sama ada kamu terima atau tak. kalau kamu terima, dia betul-betul bersyukur. Tapi sekiranya tidak, dia pasrah dan redha dengan semua tu`

`Percayalah..cinta dia terhadap kamu bukan setakat cinta tapi cinta dia adalah cinta ikhlas dan tulus dan jujur`kata Izal lalu meninggalkan Ira sendirian.

`Suka tak cincin tu?`tanya Faris. Ira memandang cincin yang berada dalam jarinya. `Suka`jawab Ira. Pipinya berubah merah. `Jadi Ira setuju dengan lamaran Faris?`tanya Faris. `Kalau Ira kata tak?`duga Ira. `Ira dah pakai cincin tu maknanya Ira tak boleh buang cincin tu`kata Faris. `Mana aci macam tu`bantah Ira. Faris ketawa. `Tak adalah. Faris gurau je. Faris akan cuba untuk terima keputusan Ira. Kalau Ira terima, Faris betul-betul bersyukur. Kalau Ira tak terima, Faris akan redha dan terima keputusan itu`balas Faris tenang. Ira tersenyum. `Bodohlah Ira kalau Ira tolak lelaki sebaik Faris`balas Ira mengundang senyuman Faris. `Ira, serius?`tanya Faris. Ira mengangguk. Faris tersenyum lebar. `Terima kasih`ucap Faris. `Sepatutnya Ira lah yang ucapkan terima kasih pada Faris`balas Ira. `kenapa?`tanya Faris. `Sebab sudi terima Ira yang serba kekurangan ni`kata Ira merendah diri. `Tak ada manusia yang sempurna, Ira`balas Faris.

Laila yang melihat Iqah termenung sendirian mulai berada disisi Iqah. Iqah tidak memandang kearah Laila sebaliknya dia termenung jauh. `Akak tahu kamu sedih kerana kehilangan arwah. Akak turut terasa kehilangan arwah. Arwah seorang yang baik. Dia sentiasa mendahulukan agama berbanding benda lain.`kata Laila. Iqah diam. Fikirannya melayang.

`Assalamualaikum..`

`Waalaikummussalam..buat apa?`tanya Khai.

`Baru lepas makan`

`Owh..dah solat?`tanya Khai.

`Belum`jawab Iqah.

`Kalau macam tu, solat dulu. Nanti Khai call sekejap lagi`arah Khai.

`Tapi..`kata Iqah.

`Iqah, jangan lengahkan solat. Tak baik. Kalau kita boleh solat awal, baik solat awal-awal`nasihat Khai. Iqah menepuk dahinya. Aduh...aku abc lah. Hah? Tak faham? Allah Bagi Cuti.
Laila memandang Iqah yang mendiamkan dirinya.

`Dulu dia ada bagitahu pada akak yang dia jatuh cinta pada kamu. Akak betul-betul terkejut masa tu sebab setahu akak, arwah tak pernah bercakap pasal seseorang gadis itu melainkan kamu. Kamu gadis pertama yang berjaya menambat hati arwah. Semasa arwah masih hidup, kami sekeluarga terkejut apabila arwah turut menyatakan hasratnya ingin meminang kamu setelah arwah Faris menyatakan hasrat ingin meminang Ira. Kami sekeluarga turut terkejut kerana kamu berdua adalah adik beradik. Kami hairan macam mana mereka boleh terpikat dengan kamu berdua. Abang dengan kakak. Adik dengan adik. Apa-apapun, kami terima keputusan mereka kerana kami yakin mereka membuat keputusan yang terbaik dalam hidup mereka`

`Akak ada juga bertanya pada arwah, macam mana dia boleh kenal kamu? Katanya, dia tak pernah jumpa kamu. Cume korang selalu mesej dan bercakap dalam telefon. Terkejut akak masa tu. Akak ada juga tanya macam mana dia boleh terpikat dengan kamu kalau korang berdua belum bertemu? Dan katanya tiada apa yang mustahil dengan kuasa Tuhan.  Katanya sebelum dia mengambil keputusan untuk meminang kamu, arwah ada bercakap dengan arwah Faris. Kata arwah Faris, dia membuat keputusan untuk masuk meminang kamu setelah mendapat petunjuk dalam solat istikharah. Arwah Khai turut melakukan perkara yang sama dan tak sia-sia kerana nama kamu semakin terpahat dalam hatinya. Sejak itu, dia berhasrat ingin memperisterikan kamu.`kata Laila.
Ira bangun tengah malam dan dia solat sunat tahajjud. Selesai solat, dia membaca al-quran. Kata-kata arwah masih lagi terngiang dalam fikirannya.

 `Kalau boleh, bangun awal pagi dan solat sunat tahajjud`

Untuk sekian kalinya, airmata dia menitis.

`Ira`

Ira terus berpaling apabila ada suara memanggil namanya. `Faris`jerit Ira terus bangun mendekati Faris.

`Iqah`

Iqah yang  turut selesai solat sunat tahajjud di bilik sebelah terkejut dengan jeritan kakaknya terus menerpa ke bilik kakaknya.

`Faris, jangan tinggalkan Ira lagi`pohon Syahirah.

`Kakak`seru Syafiqah. Dia terkejut melihat kakaknya bersama Faris. Khai turut memandangnya sambil tersenyum. Dia dapat melihat wajah Faris dan Khai yang berwajah putih berseri bagaikan bercahaya.

`Khai..`kata Iqah dengan wajah yang terkejut. Khai tersenyum kemudian mukanya kembali mengendur apabila Iqah memasamkan mukanya tanda merajuk.
`Sampai hati Khai kan tinggalkan Iqah. Kan Khai dah janji Khai takkan sesekali tinggalkan Iqah`kata Iqah sedih. Ira turut memandang kearah Iqah dan Khai.
`Ye, Khai dah janji dan sekarang Khai ingin menuntut janji Khai. Khai nak jemput Iqah bersama Khai`kata Khai membuatkan muka Iqah berseri-seri. `Betul ke macam tu Khai?`tanya Iqah. Khai mengangguk perlahan.

Ira mengerutkan dahinya. `Apa maksud Khai tu, Faris?`tanya Ira. Faris tersenyum. `Kalau Faris ajak Ira pergi bersama Faris, Ira nak tak?`tanya Faris tenang. `Tentulah Ira nak. Ira akan ikut Faris ke mana saja Faris pergi`balas Ira. Mereka berempat terus meninggalkan tempat itu.
Puan Haida menekup mulutnya. Terkejut mendengar berita yang baru dikhabarkan oleh bakal besannya. Dulu..kedua anaknya pergi meninggalkan mereka semua. Kini bakal menantu dia juga turut meninggalkan mereka semua.

Puan Maimun tidak dapat menahan kesedihannya. `Tak mungkin bang..tak mungkin mereka pergi. Tak mungkin mereka meninggalkan kita`kata Puan Maimun tidak percaya semua tu. Suaminya juga tidak percaya dengan kepergian anak perempuan kesayangannya itu. `Iqah..Ira.. jangan tinggalkan ayah sayang. Jangan...` dia terduduk di atas lantai. Niatnya tadi ingin mengejutkan kedua-dua anak perempuannya bangun solat subuh tapi setelah masuk ke dalam bilik Iqah. Anaknya itu terbaring atas sejadah dengan memakai telekung. Dia segera mengejutkan anaknya itu namun anaknya tidak sedarkan diri. Hatinya berasa tidak sedap lalu memeriksa nadi Iqah, ternyata anaknya telah menyahut seruan Ilahi dan meninggalkan dirinya.

Dia segera memanggil isterinya dan mengetuk pintu bilik Ira. Namun, tiada sahutan. Dia terus membuka pintu itu dengan anak kunci penduanya. Ira turut berada dalam posisi yang sama seperti Iqah. Dia yang kegelisahan terus mengejutkan anaknya itu namun tetap tidak bersahut. Muka dia berubah. Terus dia memeriksa nadi Ira sebelum dia menangisi pemergian anaknya itu. Tidak dapat digambarkan perasaan peritnya kehilangan kedua-dua anak perempuan sekaligus. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.


No comments:

Post a Comment