Songs

Thursday, April 17, 2014

Cerpen Salahkah Aku ??? Bahagian 3

Tiba-tiba Suhaila mendapat panggilan yang mengatakan Haris telah mengupah seseorang untuk membunuh Mimi kerana keengganan Mimi menggugurkan kandungannya itu.

Tok tok tok tok ...

Fia dan Nisya berpandangan. Mereka tak berani buka pintu yang diketuk sampai nak roboh itu.  

``Kak Nisya, ni Ila. Buka pintu kak``

Setelah mendengar suara Ila barulah mereka menarik nafas lega. Nisya membuka pintu perlahan. ``Ila, terkejut akak``kata Nisya sambil mengurut dadanya. ``Mana Mimi kak?``soal Suhaila cemas. ``Ada kat dalam biliknya``balas Nisya. Suhaila terus tutup pintu itu lalu menguncinya. Suhaila terus menuju ke bilik Mimi dengan wajah cemas. Fia dan Nisya turut mengekori dari belakang.

``Mimi, kemas barang kau cepat``arah Suhaila mengejutkan Mimi. Mimi menjongketkan keningnya. Tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya sampai kawan dia secemas itu. Nisya dan Fia turut tertanya-tanya apa yang berlaku.

``Haris dah arahkan konco-konconya untuk cari dan bunuh kau``kata Suhaila ringkas membuatkan mata ketiga-tiga gadis itu  terbeliak. ``Apa?``jerit mereka bertiga. ``Cepat. Kemaskan barang kau. Kita mesti pergi dari sini dengan segera``arah Suhaila.  Mimi mengemaskan barangnya dengan tergesa-gesa. Suhaila beralih pada dua gadis di hadapannya. 

``Kak Nisya..Fia..Ila mohon kalau ada sesiapa yang tanya pasal kitaorang, tolong jangan bagitahu apa-apa. Tolong rahsiakan tentang pemergian kitaorang``pinta Suhaila. Mereka berdua mengangguk serentak. ``Kamu jangan risau. Kitaorang pasti akan rahsiakan tentang kamu berdua``kata Fia. ``Thanks``ucap Suhaila.

Suhaila meminjam kereta kawannya. ``Kita nak kemana ni?``soal Mimi. Suhaila diam. Dia sendiri tak tahu dia nak pergi mana. Yang pasti, jauh dari mereka semua. Tapi dimana? Tiba-tiba Suhaila teringatkan sesuatu. Pantas dia memandang Mimi disebelahnya. ``Kita balik kampong kau, nak?``cadang Suhaila membuatkan Mimi ternganga.

Pada mulanya dia taknak balik ke kampong tapi setelah dipujuk oleh Suhaila, akhirnya dia bersetuju. Kata Suhaila, sekiranya keluarga Mimi enggan menerimanya, dia ada bersama dengan Mimi.
___________________________________________________________________________

Seperti yang dijangka, keluarga Mimi tidak dapat menerima kehadiran Mimi dengan perut yang kian membesar itu. Mereka beranggapan Mimi telah mencemarkan nama baik mereka lalu menghalau Mimi.

 ``Mak..please jangan halau mimi. Mimi minta maaf``menangis mimi teresak-esak. Suhaila hanya memerhatikan semua tu dengan simpati. ``Betul kata Mimi tu makcik. Mimi tak salah. Dia cume menjadi mangsa keadaan``kata Suhaila mempertahankan kawan baiknya. ``Kau diam. Jangan-jangan kau yang mengajar dia jadi macam tu``marah mkcik itu pada Suhaila pula. Suhaila terkedu. Aku pula yg kena??

Suhaila memujuk Mimi. ``Kan aku dah cakap mereka pasti tak boleh terima keadaan aku sekarang``kata Mimi sedih. Suhaila menggosok belakang Mimi. ``Tak apa, aku kan ada``kata Suhaila menenangkan fikiran kawannya itu. ``Aku janji dengan kau, aku akan selalu ada untuk kau. Aku akan mendukung kau dari belakang``kata Suhaila.

Oleh kerana ingin mengelak dari Haris, Suhaila membuat keputusan untuk tinggal di sebuah pulau bersama Mimi. Dia mulai mencari kerja. Biarlah dia korbankan pelajarannya daripada kehilangan satu-satunya sahabat baik dia.

9 bulan kemudian...

``Kenapa muka awak kelihatan pucat? Awak sakit ke?``soal Ida sambil menelek wajah Aqif yang semakin pucat dari hari ke hari itu. Aqif menggeleng kepalanya. ``Tak adalah, i okey. Oh ye, awak ada dengar apa-apa cerita pasal kakak awak tak?``soal Aqif ingin tahu perkembangan semasa. Ida menggeleng kepalanya. ``Sampai sekarang kitaorang tak ada apa-apa perkembangan mengenai dirinya``balas Ida sedikit muram. Kemanalah awak pergi, Ila? Getus Aqif.

Bunyi bayi menangis mengejutkan Ila. Ila terus bangun dan mendapatkan bayi yang berada dalam pangkuan nurse itu. ``Macam mana keadaan kawan saya, nurse? Dia baik-baik saja kan?``soal Suhaila. ``Maaf. Kami tak dapat selamatkan dia``kata-kata itu membuatkan Ila hampir terjelepuk. Beberapa orang nurse yang kebetulan lalu di situ memaut lengannya. Nurse tadi terus mengambil bayi itu dari pangkuan Suhaila.

``Cik tak apa-apa?``soal nurse-nurse itu. Suhaila terus rebah. Tak sedarkan diri. ``Tolong angkat dia``arah doktor bersalin itu.
___________________________________________________________________________

``Sorry, aku lambat``kata Suhaila. Mimi tersenyum. ``Macam mana doktor? Kandungan kawan saya baik-baik sajakan?``soal Suhaila setelah selesai membuat medical check up. ``Baik. Alhamdulillah. Kawan awak ni baik-baik saja. Pandai kawan awak jaga kesihatan dia. langsung tidak ada apa-apa masalah. Malah bayi dalam kandungannya bertambah sihat``kata Dr.

  ``Itupun sebab saya yang paksa dia makan sayur-sayuran. Kalau tak, memang dia takkan makan sayur seumur hidup dialah``seloroh Suhaila membuatkan Dr dan Mimi ketawa. ``Yela, doktor. Saya yang mengandung. Dia pula yang terlebih exited``adu Mimi. ``Eh mestilah. Anak aku juga tu``balas Suhaila.

``Mimi``jerit Suhaila yang tersedar dari pengsannya. Bunyi tangisan menarik perhatiannya. Perlahan dia menoleh. Fahamlah dia bahawa tadi bukan mimpi. Dia betul-betul kehilangan satu-satunya sahabat baik dia.
______________________________________________________________________

``Ehh..kau buat apa ajak aku datang sini?``soal Mimi hairan. ``Nak buat apa lagi? Beli baju babylah``balas Suhaila sambil membelek baju yang terdapat disitu. ``Baju? Lambat lagilah. Sekarang kandungan aku baru 5 bulan, takkanlah dah nak beli kot``omel Mimi. ``Ala...time ada promosi ni belilah terus. Bukannya tak boleh simpan``balas Suhaila.

 ``Eh, Mimi. Cuba kau tengok baju ni. Cantik tak?``soal Suhaila sambil menayangkan baju tersebut di hadapan Mimi. Mimi menggeleng kepalanya melihat Suhaila yang sudah rabun mata. Ni..yang mengandung dia ke aku? Dia pula yang terlebih excitednya.
__________________________________________________________________________

Suhaila memandang rumah dihadapannya. Hatinya takut untuk menghadapi reaksi keluarganya apabila melihat dia bersama bayi. Dia ingin melangkah dari situ tapi dirinya ditangkap oleh Puan Natrah. ``Ila..``jerit Puan Natrah membuatkan satu huni rumah itu keluar menjenguk.

Suhaila memeluk erat mamanya. ``Maafkan Ila, ma``ucap Suhaila. Ida turut memeluk kakaknya itu. Tuan Hamid tersenyum namun senyumannya mati tatkala ternampak bayi yang dipegang oleh Suhaila itu. Terus dia menarik isterinya. ``Anak siapa yang kau bawa tu?``jerkah Tuan Hamid mengejutkan mereka yang lain. Semua diam tak berani berbicara tatkala melihat wajah garang Tuan Hamid itu.

Pandangan Suhaila jatuh pada bayi di genggamannya itu. ``Ini..``sebutnya terhenti. ``Ila, kalau sesuatu terjadi pada aku, tolong jaga bayi aku dengan baik. Tolong jaga dia seolah-olah dia anak kandung kau. Kalau sesiapa tanya, please mengaku itu anak kau. Kalau Haris tahu itu anak aku dengan dia, pasti dia akan cari jalan untuk bunuh Mia``pinta Mimi.  Suhaila mengerutkan dahinya. ``Mia?``soalnya kembali. Mimi mengangguk. ``Aku namakan dia Mia sekiranya dia perempuan. Aku kenal Haris. Dia pasti akan kotakan kata-katanya``sambung Mimi lagi.

``Dia..Mia. Anak Ila``kata Suhaila mengejutkan mereka semua. Tuan Hamid memejamkan matanya. Perkara yang tidak ingin dia dengar dari mulut anak gadisnya itu. ``Jadi betullah semua tu? Mulai sekarang, kita tak ada apa-apa hubungan lagi. Tolong jangan muncul di hadapan kami lagi. Aku tak ada anak seperti kau``kata Tuan Hamid mengejutkan mereka yang lain. Ila diam. Dia seolah-olah pasrah dengan apa yang berlaku.

 ``Jom, Nat. Kita naik``ajak Tuan Hamid tarik tangan isterinya. ``Tapi bang..Ila``protes Puan Natrah. ``Jangan pedulikan dia lagi. Dia sendiri tak pernah nak fikir perasaan kita. Kamu berdua juga. Naik sekarang``arah Tuan Hamid dituju kepada Syah dan Suhaida.

Suhaila menekup mulutnya. Dia sudah duga semua itu akan berlaku. Maafkan Ila, mama. Papa. Hujan yang turun dengan lebat seolah-olah memahami apa yang telah berlaku. Hujan yang turun tidak dihiraukan cume dia menutup bayinya dengan kain agar tidak terkena hujan.

Seorang wanita mengendong seorang bayi berada di kubur. Jatuh airmata wanita itu. ``Aku minta maaf. Aku akan tunaikan permintaan kau tu. Aku janji``ucap wanita itu sambil mencium dahi bayi yang sedang menangis itu. Bayi itu seolah-olah mengerti apa yang berlaku terus menangis tanpa berhenti. ``Aku perlu pergi dulu. Nanti aku datang lagi. Assalamualaikum``kata wanita itu lalu membawa bayinya yang ditutupi dengan kain itu dari situ.

Ping!!!

Bunyi hon kereta yang kuat mengejutkan wanita itu. Terus dia jatuh pengsan.


Aqif mencari kelibat Suhaila di merata tempat tapi tidak berjumpa. Kemana kau pergi, Suhaila? Aqif akhirnya pulang ke rumahnya setelah sekian lama mencari. Puan Azimah dan suaminya, Tuan Zai mundar mandir di ruang tamu itu. ``Kemana anak kita pergi bang dalam keadaan hujan macam ni? Saya risaulah sesuatu berlaku pada dia``kata Puan Azimah. Bunyi kereta membuatkan mereka berdua menjenguk. Aqif keluar dari kereta dengan basah kuyup.

``Ya, Allah. Aqif. Kamu kemana hujan-hujan begini?``soal Puan Azimah risau. Aqif tidak menjawab sebaliknya dia menyandar di dinding. ``Dah, kamu masuk bilik. Mandi dulu nanti demam pula``arah Tuan Zai. Baru selangkah Aqif melangkah, dia sudah jatuh.

``Aqif``

Tuan Zai cuba menenangkan keadaan isterinya yang panik itu. ``Macam mana keadaan Aqif, auncle?``soal Rezza yang termengah-mengah. Terkejut dia mendapat panggilan telefon itu. ``Dia masih diperiksa doktor di dalam``balas Tuan Zai ringkas.

Rezza terus berdiri tatkala doktor yang merawat Aqif keluar dari bilik ICU.  ``Macam mana keadaan anak saya, doktor?``soal Tuan Zai. ``Keadaan pesakit tenat jadi kami perlu lakukan pembedahan dengan kadar segera``kata doktor itu membuatkan mereka semua kaku. ``Kami perlukan persetujuan dari kamu berdua untuk lakukan pembedahan ini``kata doktor itu lagi. Tuan Zai dan Puan Azimah saling berpandangan.


           





No comments:

Post a Comment