Songs

Thursday, April 17, 2014

Cerpen Salahkah Aku ???

Prolog :

Bunyi guruh yang kuat mengejutkan penghuni rumah banglo itu. Perlahan Aqif bangun dari tidurnya yang terkejut dengan bunyi guruh itu. Dia menjenguk ke luar. Hujan yang turun dengan lebat membuatkan hatinya gelisah. Gelisah tentang apa, dia sendiri tak tahu. Yang dia tahu, ada sesuatu yang tak kena.

Kring kring ...

Aqif memandang jam yang terletak di dindingnya. Tepat jam 2 pagi. Siapa pula yang telefon pada waktu macam ni? Soalnya sendiri sambil berjalan kearah telefon yang terletak di tingkat bawah.

``Hello``sahutnya.

``Aqif, tolong. Akak..Akak kena halau dengan ayah``bagitahu panggilan sana mengejutkan Aqif.

``Kena halau?``soal Aqif kembali.

``Ye, saya risaulah Aqif. Sekarang hujan lebat. Guruh pula tu. Kemanalah akak Ila pergi?``kata suara itu.

``Okey, awak jangan risau. Saya akan cari dia``kata Aqif pula. Setelah meletakkan telefon itu, Aqif terus mencapai sweaternya dan anak kunci kereta lalu keluar dari rumahnya.

Seorang wanita mengendong seorang bayi berada di tanah perkuburan. Airmata wanita itu jatuh seiringan dengan hujan lebat yang membasahi bumi. ``Aku minta maaf. Aku akan tunaikan permintaan kau tu. Aku janji``ucap wanita itu sambil mencium dahi bayi yang sedang menangis itu. Bayi itu seolah-olah mengerti apa yang berlaku terus menangis tanpa berhenti. ``Aku perlu pergi dulu. Nanti aku datang lagi. Assalamualaikum``kata wanita itu lalu membawa bayinya yang ditutupi dengan kain itu dari situ.

Ping!!!

Bunyi hon kereta yang kuat mengejutkan wanita itu. Terus dia jatuh pengsan. ________________________________________________________________________

``Ila, makan dulu``laung Puan Natrah apabila melihat anak gadisnya yang tergesa-gesa menuju kearah motor. ``Sorry ma, tak sempatlah. Ila dah lambat``laung Suhaila Natrah dengan nada yang sama. Tuan Hamid menggeleng kepalanya. ``Anak gadis awak tu..selalu saja bangun lambat. Lepas tu mulalah kelam kabut``ngomel Tuan Hamid. Puan Natrah menjeling. Eh..eh..anak aku pula. Macamlah bukan anak dia.

Syahrul ketawa melihat wajah mamanya. ``Anak mama dengan papa``sampuk Syahrul. Puan Natrah tersenyum melihat anak lelakinya yang memerli suaminya. ``Adik kamu juga``balas Tuan Hamid taknak mengaku kalah.


Seorang gadis yang menunggu di taman berdekatan kampusnya mengeluh. Dah hampir 10 minit dah dia tunggu tapi batang hidung orang yang ditunggunya tidak kelihatan langsung. ``Mana pula si Ila ni?``soalnya sendirian.

Tit tit tit

Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. ``Jangan kata dia tak jadi datang, sudahlah. Kata betul dia mesej macam tu, siap dia. Aku tumbuk buat sambal nanti``kata Mimi geram. Mesej yang diterimanya itu dibuka. Perlahan dia tersenyum. La..kekasih hati rupanya yang mesej.

Jumpa kat tempat biasa petang nanti ye.

Dengan pantas, dia membalas mesej itu.

Iyelah. Jumpa nanti.

Rezza melihat Aqif yang memarkingkan motornya berdekatan situ. ``Apasal lambat?``soal Rezza. ``Sorrylah bro, motor aku pancit tadi. Itu yang lambat. Oh ye, semua dah ada disini?``soal Aqif. ``Dah, diaorang tunggu kau je``balas Rezza. ``Habis tu yang kau tercegat kat sini kenapa?``tanya Aqif hairan. ``Aku tunggu kaulah. Puterakan. Mestilah berjemput``seloroh Rezza. Aqif ketawa. Mentang-mentanglah dia berlakon jadi putera dalam satu persembahan.

Dengan langkah yang cepat, mereka melangkah.  Tengah ralit berbual, tanpa sedar Aqif terlanggar seseorang. Dua-dua tergamam.

Seorang gadis  memandang tangannya yang dilanggar. Siapa pula yang berani langgar aku ni? Pantang betullah kalau ada orang sentuh aku walaupun secara tak sengaja. Tambah-tambah pula kalau orang tu adalah lelaki. Perlahan dia mendongak ingin memarahi orang itu namun tiba-tiba je mulutnya kelu.

Aqif mengangkat keningnya. ``Sorry. Tak sengaja``ucap Aqif. Rezza terkejut melihat gadis yang dilanggar oleh Aqif itu. Habislah Aqif. Getusnya. ``Aqif, jomlah. Kata dah lambat``kata Rezza yang cuba menyelamatkan keadaan. Aqif terus mengikut jejak langkah Rezza yang meninggalkan dia di belakang.

Suhaila Natrah memegang dadanya. Dup dap dup dap.. apakah perasaan ni? Kenapa jantung aku berdegup kencang ye tatkala memandang wajah pemuda tadi. Masih terngiang dalam kepalanya nama pemuda tadi yang dipanggil oleh kawannya. Aqif!! Sweetnya nama macam tuannya. Suhaila tersenyum sendirian. Bunyi telefon mengejutkan dia dari lamunan. Alamak..aku lupa pasal Mimi. Bergegas dia berlari.

Aqif berpaling ke belakang. Dia lihat gadis tadi sudah tiada. Kenapa aku macam kenal je gadis itu ye?

``Kau tengok apa?``soal Rezza yang perasan tingkah laku Aqif itu. ``Tengak apa apa?``balas Aqif kembali. Rezza ketawa. ``Suhaila Natrah``sebut Rezza tiba-tiba. ``Suhaila Natrah?``soal Aqif bingung. ``Nama gadis tadi..``balas Rezza pula. Aqif teranggguk-angguk. ``Tapi aku tak...``kata Aqif. ``Kalau kau nak tahulah``pintas Rezza.

Mimi mengetap bibirnya. Dah berkali-kali dia call tapi tak diangkat. Air botol di sebelahnya diambik dan diteguknya rakus. Geram punya pasal. ``Mimi``jerit Suhaila Natrah mengejutkan Mimi. Habis tersembur air yang diminumnya kerana terkejut. ``Eee...yek. Kotorlah kau ni. Nasib baik tak kena aku``kata Suhaila. Mimi membuat mimic mukanya. ``Siapa suruh kau jerit sangat. Kalau kena kau, padanlah muka``kata Mimi geram. Dia yang buat orang terkejut, dia pula yang salahkan orang.

Suhaila tersengih. ``Weh...kau tahu aku ada berita baik untuk kau punya``kata Suhaila riang. ``Hah? Apa?``tanya Mimi. ``Aku rasakan...``kata Suhaila meleret. Mimi memandangnya dengan penuh ingin tahu. ``Aku rasakan..``ulang Suhaila. Teragak-agak dia nak bagitahu Mimi. Maklumlah sebelum ni dia mana pernah ada kawan lelaki inikan pula nak jatuh cinta. Perwatakannya yang kasar dan mudah berang membuatkan mereka yang lain menjauhi dirinya.

``Aku rasakan..aku rasakan...aku apanya?``kata Mimi fed up. Suhaila tersenyum. ``Mesti kau tak percaya punya``kata Suhaila. ``Macam mana aku nak percaya kalau kau main tarik tali macam ni``bebel Mimi. Mimi mencapai air botol lalu minumnya. Suhaila memandang Mimi. ``Aku rasakan..aku dah jatuh cintalah``kata Suhaila membuat pengakuan dihadapan kawan baiknya.
Blurr.

``Woi..``jerit Suhaila apabila sekali lagi Mimi tersembur. ``Serius?``soal Mimi terkejut. Suhaila tersengih. ``Agaknyalah``balas Suhaila. ``So, siapa lelaki yang malang tu?``usik Mimi selamba. ``Mimi``jerit Suhaila lalu mengejar kawannya yang sudah melarikan diri.

``Okey semua... kamu semua boleh hafal skrip tu dulu.  Lagi sepuluh minit kita sambung``kata Aqif. Dia mencapai botol mineral yang diletakkan diatas meja dan minumnya dengan rakus. Tiba-tiba matanya terpandangkan aksi kejar mengejar dua gadis. Perlahan bibirnya mengukir senyuman.

Wajah gadis itu hampir sama dengan wajah kawan baiknya, Natrah. Kemanalah kawannya menghilangkan diri? Dah bertahun-tahun dia cuba menjejaki jejak kawannya itu tapi tetap juga tak bertemu. Kemanalah kamu pergi, Natrah?
___________________________________________________________________________

``Weh, Ila. Nanti kau temankan aku pergi library ye``ajak Mimi. Ila mengejutkan dahinya. ``Kau nak buat apa pergi library?``soal Suhaila Natrah. ``Makan``jawab Mimi selamba. Suhaila tersengih. ``Owh...sengal``balas Suhaila membuatkan Mimi ketawa. ``Sengal sengal pun kawan kau juga``balas Mimi. ``Sebab kau sengallah aku kawan dengan kau``kata Suhaila enggan mengalah. ``Yela. Yela. Cik Suhaila. Kau menang``kata Mimi mengalah membuatkan Suhaila tersenyum lebar.

Muka Suhaila menjadi merah sebaik saja terserempak dengan Aqif. ``Weh, itulah lelaki yang aku ceritakan tu``kata Suhaila teruja. Mimi memandangnya. ``Owhh..Aqif``balas Mimi. ``Kau kenal dia?``soal Suhaila terkejut. ``Of courselah. Budak hot tu wei. Lagipun, dia tu ambik kos fotografi dan pementasan``bagitahu Mimi. ``Kau serius?``soal Suhaila tidak percaya lelaki itu ada ciri-ciri jejaka idamannya. ``Ye, kau sendirikan tahu aku ni suka bab-bab gosip ni. So, semua orang dalam kampus ni aku kenallah``kata Mimi bangga dirinya. Suhaila mencebik. Biarlah..yang penting dia dapat maklumat tentang Aqif.

``Kau nak mengurat dia ke? Jangan wei..dia bukan lelaki macam tu. Dia jenis tak layan perempuan dan suka buat kerja sendiri``kata Mimi. Suhaila Natrah tersenyum. ``Lagilah aku suka lelaki yang macam tu. Lagipun, dari apa yang kau ceritakan, Aqif itu ada ciri-ciri lelaki idaman aku. Maybe jodoh aku dengan dia kot``kata Suhaila mulai berangan.

Mimi menggeleng kepalanya. Kawannya itu memang sukar untuk jatuh hati tapi sekali dah jatuh hati, jangan tanyalah. Terus meroyan macam nak gila.
___________________________________________________________________________

``Cik, tolong bungkuskan bunga ros sejambak ye``arah Suhaila Natrah. ``Baiklah cik``balas penjual itu. Mimi terbeliak. ``Kau nak buat apa dengan bunga ros ni?``soal Mimi. Suhaila tersengih. ``Kau rasa?``soalnya berteka-teki. ``Jangan kata kau nak bagi bunga ni pada mamat tu?``kata Mimi. ``Yep, tepat sekali``kata Suhaila sambil tersenyum. Mimi menggeleng kepalanya. Kawan aku dah gila?!

Hisyam dan Kamal memandang seorang lelaki yang memegang sejambak. ``Weii..bunga untuk siapa ye tu?``gosip Kamal. ``Ala...kalau dah bunga, mestilah pakwe yang bagi kat makwe dia``kata Hisyam pula. ``Tapi kenapa lelaki itu jalan ke sini pula? Mana ada perempuan kat sini?``sampuk Naim hairan. ``Yela, salah tempat kot``balas Rio pula. ``Aku bet dia salah tempat. Kalau aku salah, aku belanja korang nasi ayam seminggu``kata Hisyam dengan yakin. Mereka yang lain memandang kearahnya.

``Maaf ye, ada nama Aqif disini?``

Rezza dan Aqif berhenti lawan badminton lalu menoleh. Kelihatan seorang lelaki yang memegang sejambak bunga rose. Mereka berdua berpandangan sebelum Aqif mengangkat tangannya. Lelaki itu mendekati dirinya. ``Ni ada bunga yang dihadiahkan untuk kamu``kata lelaki itu sambil menyerahkan bunga itu kepada Aqif. Mereka yang lain sudah ternganga.

``Biar betul``kata Hisyam tak percaya. Aqif yang tergamam terus mengambil bunga itu lalu dia diarahkan tanda tangan.

Merah muka Aqif apabila dia diusik oleh kawannya. Jatuh maruahnya sebagai seorang lelaki apabila terima bunga dari perempuan. Lantas dengan geram, dia membuang bunga itu ke dalam tong sampah. Mereka yang lain sudah kehilangan kata melihat wajah bengang Aqif itu. Tanpa sepatah kata, Aqif terus beredar dari situ. Rezza pula mengekori Aqif dari belakang. ``Yeay..nasi ayam free selama seminggu``sorak mereka yang lain membuatkan Hisyam menepuk dahinya. 
``Menyesal aku bet``katanya membuatkan yang lain ketawa.

Mimi memandang kawannya yang membuat kad untuk kekasih tercinta. Oppss..bukan kekasih tapi lelaki idaman. ``Kau tak pernah serik eh? Dah tiga sem kau cuba pikat dia tapi dia langsung tidak pandang kau. Malah semua hadiah kau, dia buang macam tu saja. Sikit pun dia tak hargai apa yang kau buat untuk dia``kata Mimi geram. Mana taknya, kek yang Suhaila buat sampai tak tidur 3 hari semata-mata nak buatkan yang sedap untuk mamat tu tapi dibuangnya tanpa merasanya terlebih dulu. Siapa tak marah.

Suhaila siap kumpul wang untuk belikan lelaki itu baju tapi lelaki itu tak pernah pakainya. Barangkali dia dah buang kot baju tu. Sia-sia je pengorbanan kawannya selama ni. Suhaila tersenyum bila dengar kawannya membebel. ``Tak. Aku tak pernah serik. Dan aku akan berusaha sampai dia betul-betul jatuh cinta dengan aku. Saat itu mungkin aku akan berhenti``kata Suhaila dengan tenang.

``Hai Prince..ni ada surat dari Princess untuk Prince dia``usik Naim sambil menghulurkan surat itu kepada Aqif. Aqif mengambilnya lalu dibuangnya ke dalam tong sampah tanpa membaca walau sedikit pun surat itu. Mereka yang lain mengeluh. ``Tak boleh ke kalau kau hargai pemberian dia walau sedikit?``soal Rezza. Aqif buat-buat tak dengar sambil melayan mp3nya. ``Tengok tu. Dia buat-buat tak dengar``kata Kamal geram.

Muka Suhaila  berubah. ``Kau tengok sendirikan apa yang dia dah buat? Sikit pun dia tak baca surat kau tu? Sikit pun dia tak pernah peduli akan kau. Tolonglah Ila, tolong sedar. Aku bukan nak hasut kau, tapi aku nak kau sedar. Sedar dari mimpi kau``kata Mimi. ``Aku sedar dia tak suka aku. Siapalah aku nak dibandingkan dengan dia``kata Ila lirih. Mimi memandang gadis dihadapannya itu. Merajuk ke minah ni? ``Tapi aku takkan pernah putus asa``kata Suhaila tekad. Mimi mengetuk dahinya. Ya, Allah. Susahnya nak buat minah ni faham.
__________________________________________________________________________

Aqif ketawa dan berjalan seiringan dengan gadis itu. ``Natrah``panggilnya. ``Hmm..``sahut Natrah. ``Kemana awak pergi selama ni? Kenapa awak menghilangkan diri macam tu saja? Tahu tak saya betul-betul risaukan awak``kata Aqif. Natrah tersenyum.  ``Awak tahukan siapa saya. Saya dah terpisah dengan family kandung saya. Dan semasa saya menghilangkan diri dulu sebab keluarga angkat saya berpindah. Dan yang lebih penting sekarang, saya dah jumpa keluarga kandung saya``kata Natrah sambil tersenyum.

``Serius? Siapa keluarga kandung awak tu?``soal Aqif terkejut. ``Someone. Hehe. Saya baru bertemu dengan ibubapa kandung saya. Dengan adik beradik yang lain belum temui lagi. Nanti hari sabtu ni, saya akan berpindah ke sana. Awak datanglah nanti ye``ajak Natrah. ``Insya-Allah``balas Aqif.

Langkah Ila terhenti apabila melihat adegan mesra di hadapannya. ``Jadi...jadi dia dah berpunya?``soal Ila lirih. Mimi memegang bahu kawannya itu. Cuba untuk menenangkan Suhaila.

Mata Aqif terpandangkan seseorang yang turut memandangnya. Tak berkelip dia memandang gadis itu. Ila terus beredar dari situ dengan linangan airmata di pipinya. Patutlah dia tak layan aku selama ni. Rupanya dia mencintai orang lain. Getusnya.

``Ila``laung Puan Natrah dari tingkat bawah. Ila mendiamkan dirinya. Tidak menyahut. Tiba-tiba pintunya diketuk. ``Boleh papa masuk?``soal Tuan Hamid lalu melangkah masuk ke dalam bilik anaknya itu. ``Ila, kenapa ni? Senyap je. Tak kebiasaannya anak papa ni diam. Selalu bising je``tanya Tuan Hamid hairan. Ila menggeleng kepalanya.

``Tak apalah, kamu tidurlah dulu. Oh ye, hari sabtu ni kamu jangan ke mana-mana tau. Papa nak kenalkan kamu pada seseorang``kata Tuan Hamid lalu meninggalkan anaknya itu sendirian. Seseorang? Siapa? Malaslah aku nak ambik tahu. Getus Suhaila yang masih terkesan dengan kejadian tadi. Betullah kata Mimi, dia hanya membuang masa.
__________________________________________________________________________

``Inilah adik kamu, Ila. Namanya Suhaida Natrah``kata Puan Natrah memperkenalkan Ida kepada anaknya itu. Suhaila kaku tidak bergerak. Matanya memandang terus pada gadis yang didakwa adiknya itu. ``Tak mungkin ma. Saya tak ada adik``kata Ila enggan percaya. ``Dia adik kamu, nak. Selama ni kita berpisah. Kita terpisah dengan adik kamu saat mama tak sengaja meninggalkan dia di kedai kerana ingin menyelamatkan kamu dari diculik tapi akhirnya adik kamu hilang``kata Puan Natrah.

``Unbelievable. Kenapa selama ni Ila tak pernah tahu pun Ila ada adik? Kenapa mama dengan papa tak pernah bagitahu Ila?``tanya Ila tak percaya. ``Maafkan mama. Mama tak tahu macam mana nak ceritakan pada kamu``kata Puan Natrah. Ila diam. Dia boleh terima dia ada adik tapi bukan gadis yang telah merampas Aqif darinya.

``Assalamualaikum``

Mereka semua menoleh. ``Aqif``seru Suhaida Natrah atau panggilannya Ida. Dia mendapatkan Aqif. Mata Aqif terpandangkan Ila yang turut terkejut memandang kearahnya. Dia sendiri terkejut apabila melihat Ila ada disitu. Apa yang sudah terjadi ni? Apa yang Ila buat kat sini?

Boleh ke dia gunakan perkataan merampas sedangkan pada hakikatnya dia dan Aqif tiada apa-apa hubungan. Ila terus menuju ke biliknya. Pintu ditutup kuat tanda protes. Mereka yang lain terdiam. Sudah menduga reaksi yang diberikan oleh Ila itu.

Akibat keletihan, akhirnya Ila tertidur di dalam biliknya bersama airmata.
________________________________________________________________

Mimi memandang telefonnya yang berbunyi nyaring. Dia terus mengangkatnya.

``Hello``

``Hello sayang. Jom keluar``ajak Haris.

``Keluar?``tanya Mimi dengan teruja.

``Yup``balas Haris pendek.

``Okey tapi sekejap ye. Saya ajak Ila dulu``kata Mimi.

``Ala..buat apa nak ajak Ila. Kita keluar berdualah``

``Tapi...``kata Mimi ragu. Dia sebenarnya tak biasa keluar berdua dengan lelaki. Kalau keluar dengan Haris pun, pasti Ila ada temani dirinya.

``Ala...jomlah. Tak bestlah keluar bertiga ni``kata Haris memujuk Mimi.

``Okey, kalau awak ajak juga Ila, kita putus``ancam Haris.

``Janganlah, apa awak buat ni``Mimi kelam kabut. Dia memang sayang sangat dengan kekasih hatinya itu.

``Okeylah kalau macam tu``balas Mimi mengalah. Haris tersenyum. Akhirnya dia boleh melaksanakan pelannya. Akhirnya kau akan jatuh dalam pangkuanku juga. Selama ni, Mimi sering dijaga oleh Ila. Pegang tangan pun tak boleh. Ila pasti akan mengancamnya. Pernah sekali dia terkena tumbukan Ila. Berbisa bro. Lepas dua tiga hari barulah sembuh. Tapi sekarang dia boleh menjerat kekasih hatinya itu. Senyuman jahat terukir.

Haris meletakkan pil tidur dalam minuman milik Mimi itu lalu dikacaunya. Mimi yang baru kembali dari tandas tersenyum. ``Sayang, lepas ni kita pergi taman ye``ajak Haris. Mimi mengangguk kepalanya. ``Minumlah air tu. Dah cair dah ais tu``arah Haris. Tanpa curiga, Mimi terus meneguk air tersebut dengan rakus. Dia yang sememangnya dahaga dari tadi.

Akhirnya mereka berdua kembali ke kereta. Kepala Mimi tiba-tiba rasa berat.  Ya, Allah. Kenapa aku rasa mengantuk sangat ni? ``Kenapa ni, Mimi? Awak mengantuk ke?``soal Haris prihatin. Tiada jawapan. ``Awak tidurlah dulu. Nanti dah sampai, saya kejutkan ye``kata Haris. Dia menoleh kemudian tersenyum apabila melihat Mimi yang sudah terlena.
_______________________________________________________________________

Suhaila bangun dari tidurnya. Jam sudah menunjukkan pukul 7.15 pagi. Waktu macam itu biasanya dia dan family dia tengah bersarapan di tingkat bawah. Dia mengerutkan dahinya apabila tiada sesiapa yang memanggilnya untuk turun bersarapan. Biasanya pintu dia diketuk dan akan ada orang yang memanggilnya makan sarapan. Dia terus membasuh mukanya dan menggosok gigi. Perlahan dia turun ke bawah.

Kedengaran bunyi gelak bergema di tingkat bawah. Wajahnya jelas terkejut apabila melihat papa, mama, abang dia dan Ida, adiknya yang baru ditemui tengah berseronok sarapan bersama-sama. Seakan-akan dirinya sudah dilupai.

``Oh ye, baru Syah perasan, mana Ila? Dari tadi lagi tak turun-turun``kata abang kandung Ila membuatkan suapan mereka yang lain terhenti. ``Yela, abang tak kejutkan Ila ke?``soal Puan Natrah kepada suaminya. ``La..abang ingat Nat dah kejutkan Ila``balas suaminya terkejut. ``Tak, Nat ingat abang yang dah kejutkan dia``balas Puan Natrah. Ila mengetap bibirnya. Sah..diri dia sudah dilupai.

Ila menangis di dalam biliknya. Baru sehari adiknya tinggal bersama mereka, dirinya sudah dilupai. Macam mana dia nak teruskan hidup. Aku mesti beritahu Mimi tentang hal ni. Mimi mesti terkejut punya. Getusnya.

Terbeliak mata Ila memandang telefonnya yang terdapat berpuluh mesej dan miscall. Semuanya dari Mimi.

Tolong aku, Ila. Aku takut.

Ila mengerutkan dahinya membaca mesej yang diterima oleh Mimi itu. Terus dia mendail nombor Mimi. ``Hello Mie..Ye mi..sabar. Cuba kau cakap perlahan. Kau kenapa? kenapa menangis ni?``soal Ila. ``Betul kata Ila. Menyesal aku tak dengar nasihat kau``kata Mimi sambil menangis teresak-esak. ``Maksud kau?``tanya Ila lagi. ``Ila, cepat ambik aku. Aku takut``rintih Mimi lagi. ``Ye, aku bergerak sekarang. Kau kat mana sekarang?``tanya Ila sambil menuruni tangga.

Mereka yang bersarapan memandang kearahnya. ``Ila, jomlah makan``pelawa Puan Natrah. Ila diam. Dia cume mengerling kearah keluarganya yang sedang bersarapan. ``Kau buat apa kat hotel?``tanya Suhaila terkejut. Dia terus mencapai anak kunci kereta milik abangnya yang tergantung.

``Okey kau tunggu situ. Aku ambik kau sekarang``kata Suhaila lalu mematikan panggilan telefonnya itu. ``Abang,  pinjam kereta sat``laung Suhaila lalu berlari ke kereta milik Syah. Syah tersedak. ``Ila, bawa baik-baik kereta abang tu``laung Syah di muka pintu sambil memerhati Suhaila yang memecut laju keretanya. Habislah kereta kesayangan aku. Getusnya.

Ila terkejut melihat wajah kusut sahabat baiknya itu. Apa dah berlaku? ``Kenapa ni?``soal Ila. Mimi terus memeluknya erat sambil menangis teresak-esak. ``Aku menyesal...Ila.``katanya. Ila mengerutkan dahinya. Perlahan dia menggosok belakang Mimi dengan niat untuk menenangkan kawan baiknya.

``Apa dah berlaku ni?``soal Ila. Mimi diam. Ila mengeluh. Sudah 2 jam berlalu tapi Mimi masih mendiamkan dirinya. ``Mimi..kalau kau diam macam ni, macam mana aku nak bantu kau?``soal Ila.  ``Aku menyesal Ila..``lirih Mimi. Ila mengeluh. Hanya itu yang keluar dari mulut  Mimi daripada tadi. ``Ye, aku tahu kau menyesal. Tapi apa?``soal Ila. 

``Aku menyesal tak dengar kata kau. Kalaulah aku tahu semua tu..Arghh..dia lelaki keparat``jerit Mimi mengejutkan Ila. ``Lelaki? Siapa, Mimi?``soal Ila mengendurkan suaranya. ``Haris``sebut Mimi sepatah sambil menangis.

``Haris? Apa yang Haris dah buat kat kau? Dan macam mana kau boleh ada di hotel ni?``soal Ila ingin tahu. Mimi diam. ``Cakap Mimi. Apa yang Haris dah buat kat kau?``tanya Ila tegas sambil menggoncang bahu Mimi. ``Dia perkosa aku, Ila. Dia perkosa aku``kata Mimi menangis. Ila terkejut. Tangannya dikepal kemas sehingga menampakkan urat. 

``Berani kau cabar aku, Haris?``katanya sambil menumbuk meja dengan kuat. Darah yang mengalir dari tangannya tidak dihiraukan. Hatinya lebih sakit jika nak dibandingkan dengan tangannya itu. Ila memandang Mimi yang menangis. Aku akan balas dendam untuk kau, Mimi. Itu janji aku.

``La..awat ni? Kenapa mata bengkak semacam ni, Mimi? Kau kemana? Dari semalaman akak call kau tak jawab``tegur Nisya satu rumah sewa dengan Mimi. Mimi hanya mendiamkan dirinya. Wajah Ila dipandang sekilas. ``Haa Ila, apa dah jadi dengan Mimi ni?``tanya Nisya beralih pada Ila pula. Ila cume tersenyum nipis. ``Tak ada apalah kak. Ada masalah sikit. Akak jangan risau ye``kata Ila menyembunyikan perkara yang sebenar. ``Owh..masalah. Biasalah tu. Kalau tak ada masalah, bukan hidup namanya``balas Nisya tanpa mengesyaki apa-apa.

Ila terus menghantar Mimi ke biliknya. Sempat dia memberikan nasihat kepada gadis itu. ``Dah la, kau tidur dulu ye. Rehatkan minda. Nanti bila keadaan kau dah stabil, baru pergi kuliah. Ingat, jangan fikir apa-apa. Kalau kau perlukan apa-apa, call saja aku. Aku pasti datang``kata Ila lembut. Mimi diam. Saat Ila nak bangun, tangannya dipegang oleh Mimi. Ila menoleh. 

``Kau akan rahsiakan perkara ni kan?``soal Mimi. Ila mengangguk. Mimi diam. Dia terus pejamkan matanya.

Lima minit kemudian, Ila meninggalkan Mimi yang sudah tertidur. Dia terus keluar dari bilik itu. ``Macam mana keadaan Mimi? Dia dah okey?``soal Nisya. ``Dah kak. Dia tengah tidur.  Akak saya nak minta tolong akak, boleh?``soal Ila teragak-agak. ``Tentulah boleh. Apadia?``soal Nisya. ``Akak tolong tengokkan Mimi. Kalau sesuatu berlaku pada dia, tolong hubungi saya dengan segera. Akak adakan nombor saya?``soal Ila. ``Ada, baiklah. Nanti kalau ada apa-apa, akak call kamu ye``balas Nisya. ``Thanks``ucap Ila sambil tersenyum.

Keesokannya, Ila ke kampus sendirian. Selalunya dia berteman Mimi tapi hari ni dia sendirian. Ila sempat menelefon Mimi bertanyakan khabarnya sambil menunggu kelas seterusnya. Kelas kali ni bergabung dengan kelas Aqif. Malasnya...jerit Ila. Kalau ikutkan dia nak ponteng je, tapi bila difikirkan tak baiklah pula.
_________________________________________________________________________

Sepanjang berlakunya kelas, fikiran Ila melayang. ``Kau buat apa kat sini? Siapa perempuan ni?``tanya Ila ketika dia terserempak dengan Haris yang bermesra dengan seorang perempuan kira-kira 6 bulan yang lepas. Haris kelihatan terkejut. Macam mana boleh kantoi  pula ni?  ``Erk, tak ada sesiapa. Cume kawan biasa``balas Haris. Perempuan itu mencegilkan matanya. ``Kawan biasa??``

Pang!!!

Haris memegang pipinya yang kepedihan akibat ditampar kekasih gelapnya. Ila ketawa. Haris memandangnya. ``Itulah balasan untuk orang yang kaki perempuan macam kau ni. Huh!!``kata Ila sinis. Haris yang tidak berpuas hati terus rentap lengan Ila. Nasib baik berlapik. ``Hey..dont touch me``marah Ila. ``Kau bagitahu Mimi, siap kau``ancam Haris. Ila terkejut. 

``Suka hati akulah nak bagitahu Mimi ke tak. Dia kawan aku and of courselah aku bagitahu dia sebab dia kawan aku``kata Ila geram. ``Hey..sepatutnya aku yang bagi amaran kat kau bukannya kau bagi amaran kat aku. Kalau sesuatu terjadi pada Mimi, siap kau aku kerjakan``sambung Ila geram. ``Like i care``balas Haris dan terus beredar dari situ. Ila sudah tak terkata.

``Suhaila``

Diam

``Suhaila``

Semua mata memandang kearahnya yang mengelamun.

``Suhaila Natrah``laung Prof lebih kuat lagi. Suhaila tersentak. Dia terkejut melihat semua orang yang memandang kearahnya.

``Are you okey?``soal Prof. Hairan dia dengan pelajar dia tu. Biasanya Ila yang paling banyak mulut. Setiap kali dia tanya soalan pasti Ila yang jawab walaupun jawapannya kadang kala mendatangkan kelucuan. Tapi hari ni diam pula gadis itu. Suhaila diam seketika sebelum dia mengangguk.

``Good. Kita teruskan pembelajaran kita pada hari ni``kata Prof.

Suhaila mengeluh. Dengan malas, dia membuka buku rujukannya. Dari satu sudut, Suhaila diperhatikan tiga orang jejaka. ``Kenapa dengan budak tu? Lain macam je hari ni``kata Rio. Aqif cume mendiamkan dirinya. ``Haah. Tak macam biasa. Dia macam tak bersemangat hari ni``sokong Rezza. ``Kau gaduh dengan dia ke?``soal Rio sambil menyiku Aqif yang berpura-pura focus ke hadapan.

`` Taklah, aku cakap dengan dia pun tak. Inikan nak gaduh pula``balas Aqif acuh tidak acuh. Tapi dalam hati dia, tertanya-tanya juga apa yang membuatkan gadis itu lain pada hari itu. Atau jangan-jangan sebab kes aku dengan Natrah.

``Cepat-cepat. Ada kos lain nak guna dewan ni``

Ila melihat mereka yang lain tergesa-gesa meninggalkan dewan itu untuk bagi peluang kepada kos lain menggunanya. Ila mengemaskan bukunya. Saat dia nak melangkah, matanya bertembung dengan seseorang yang membuatkan hatinya panas kembali. Kata-kata dan tangisan Mimi menerjah ke dalam mindanya.

``Dia perkosa aku, Ila. Dia perkosa aku``kata Mimi menangis.

Langkah Ila tidak keluar dari dewan itu sebaliknya menghala kearah sekumpulan lelaki yang duduk di bahagian belakang. Rezza menyiku lengan Aqif membuatkan Aqif memandang kearahnya. Rezza memuncungkan mulutnya kearah  Ila.

``Aku ada hal nak cakap dengan kau sekejap``kata Suhaila dingin. ``Aku rasa aku tak ada apa-apa kaitan pun dengan kau dan aku tak sudi bercakap dengan orang yang aku tak kenal``kata Haris selamba membuatkan kawan-kawan sebelahnya ketawa. ``Jangan buat aku naik angin. Kalau tak, jangan marahkan aku kalau nama baik kau tercemar di hadapan kawan-kawan kau ni``ancam Suhaila.

 ``Kalau kau berani sangat, cakaplah. Secara tak langsung, kau juga dah burukkan nama baik kawan kau. Kau ingat ada ke lelaki yang sanggup  berkahwin dengan kawan kau tu setelah diaorang tahu perkara sebenar? Kau ingat kawan kau tu akan laku? Entah-entah kawan kau tu jadi anak dara tua. Andartu``kata Haris satu persatu.

Suhaila terus mencekak kolar baju milik Haris itu. Semua orang terkejut dengan kelakuan Suhaila itu. ``Kau jangan nak main-main dengan aku``marah Suhaila. Muka Haris berubah. Tak pernah dia diperlakukan sebegitu oleh mana-mana perempuan.

Rezza dan Rio berpandangan sesama sendiri. First time, mereka lihat wajah Suhaila semarah dan semerah itu. Aqif memandang Suhaila dan Haris. Riak wajahnya turut mempamerkan wajah terkejut. Suhaila kelihatan tegang.

``Astagfirullah-al-azim``terkeluar perkataan itu dari  mulutnya. Serentak itu, Suhaila melepaskan pegangan tangannya. Dia cuba menenangkan dirinya. Haris melepas nafas lega. Setelah menenangkan dirinya, Suhaila kembali memandang Haris membuatkan lelaki itu kecut. ``Urusan kita belum selesai``kata Suhaila lalu meninggalkan dewan itu yang sunyi sepi. Mereka semua terdiam. Tak berani bersuara melihat kejadian yang tak disangka itu berlaku di hadapan mata.

Suhaila singgah rumah sewa Mimi sebelum pulang ke rumahnya. Kata Kak Nisya, badan Mimi panas. Lepas tu, dia selalu meracau-racau. Menyumpah-nyumpah. Suhaila diam. Dia memandang Mimi yang sedang tidur.

``Tak apalah. Kak Nisya tolong jaga dia untuk seketika boleh tak?``soal Suhaila. Kak Nisya mengangguk. ``Saya nak balik kejap. Nak mandi. Nanti saya datang lagi``kata Suhaila.
  __________________________________________________________________________

 Kaki Suhaila terhenti tatkala melihat satu familynya yang bersantai di laman hadapan rumahnya. Yang mengejutkan dia, Aqif turut bersama mereka.

``Ila, baru pulang? Jomlah sertai kitaorang jamu selera. Sedap cucuk udang yang Ida buat ni``ajak Puan Natrah. Aqif berpaling ke belakang. Matanya bersatu dengan gadis itu. Tanpa menghiraukan panggilan mamanya, Suhaila terus masuk ke dalam rumahnya.

Ya, Allah. Kenapa aku rasa sedih sangat ni? Suhaila terus terbaring atas katilnya. Matanya kemudian terpandangkan gambar Aqif yang diambiknya secara curi-curi. ``Aqif``sebutnya lalu mengambil gambar itu lalu diletakkan dalam laci mejanya.

``Kenapa ni?``soal Aqif bila wajah Ida menjadi muram. ``Saya risaulah``adu Ida. ``Risau pasal apa?``soal Aqif hairan. ``Pasal akak. Dia macam tak suka je kehadiran saya dalam family ni. Macam tak sudi saya jadi adik dia``kata Ida lagi. ``Perasaan awak je kot. Lagipun, perkara ni masih baru lagi. Mungkin dia perlukan masa untuk terima semua ni``pujuk Aqif. Ida tersenyum hambar. ``Mungkin``balas Ida.

``Nak saya nyanyikan lagu tak?``soal Aqif. Ida mengerutkan dahinya. ``La..dah lupa? Kan dulu saya selalu nyanyikan awak lagu time awak sedih``kata Aqif. Ida tersenyum. ``Boleh juga kalau awak sudi``balas Ida. ``Bukan tak sudi takut langit bertukar gelap je``seloroh Aqif membuatkan Ida ketawa. Aqif menyanyikan lagu dendangan dari Dafi yang bertajuk Salahkah Aku.

Uuu...
Ooo...
Hari ini aku dah berjanji pada diriku ini
Dimana ku harus melupakan dan pergiku darimu
Aku rela rasa kecewa dariku merasa seksa seumur hidupku
Aku rasa biar begini
takkanku apa ada perubah darimu

Salahkah aku..melupakanmu. Kerna ku tahu apa rasamu
Lepaskan aku ku lepaskan mu agar kau tidak terasa seksa.
Dah ditakdirnya seperti ini bukan ku tahu apa nk jadi
selagi kita masih lagi hidup. Biar ku bahagia dengan kehidupan.

Ila mengintai dari balkoninya. Dia dapat dengar dengan jelas lagu dari Aqif itu. Tapi kenapa lirik lagu itu macam kena pada aku saja. Aqif tersenyum melihat Ida yang berceloteh.
Mesej yang diterimanya membuatkan dia tergesa-gesa bangun dan meminta diri. ``Sorry. Saya ada hal mendadak. Got to go. See you next time``pamit Aqif. Dia menyalami kedua ibubapa Ida sebelum beredar.

``Aqif, sayang. Kamu kemana, nak? Mak dengan ayah dah lama tunggu kamu kat sini``kata Puan Azimah. Aqif cume tersenyum. ``Sorry mak, ayah. Aqif ada hal tadi``balas Aqif. ``Dah la, cepat masuk dalam. Dr.Wan tunggu kamu dari tadi lagi``arah Tuan Zai.

Puan Azimah memegang tangan suaminya erat. Hatinya gelisah memikirkan keadaan anak tunggalnya itu. ``Assalamualaikum auntie, auncle``kedengaran suara orang memberi salam. Salam itu disambut serentak. ``Macam mana keadaan Aqif?``soal Rezza. Puan Azimah dan Tuan Zai saling berpandangan.
_________________________________________________________________________

Ila tersedar dari tidurnya apabila mendengar bunyi telefon yang berdering minta diangkat. ``Hello``sahutnya dalam keadaan masih lagi termamai. ``Ila, kak Nisya ni. Cepat datang sini. Mimi mengamuk, Ila``kata Nisya kelam kabut. Ila terus mencapai kunci motornya lalu keluar dari rumah itu.

Saat Ila sampai di rumah sewa Mimi, kelihatan Fia sudah menunggu di hadapan pintu rumah itu. ``Ila``serunya. ``Mana dia?``soal Ila. ``Dalam bilik``bagitahu Fia yang gelisah. Dari jauh, Ila sudah dapat dengar jeritan kawan baiknya itu. Ila lekas ke bilik Mimi. Kelihatan Kak Nisya cuba menenangkan gadis itu.

``Pergi..pergi.. kenapa kau buat aku macam ni?``jerit Mimi. Bermacam sumpah seranah yang keluar dari mulut Mimi yang tengah meracau itu. Kak Nisya  memandang Ila yang sedang memandang mereka. ``Ila``sebutnya. Ila mengangguk. Kak Nisya terus memberi ruang untuk Ila. 

``Mi..``seru Ila apabila melihat kawannya yang tidak sedarkan diri itu. ``Mimi..bangun mi``kejut Ila. ``Pergi..pergi. Jangan rogol aku. Pergi``jerit Mimi sambil menolak Ila dengan kuat. ``Mimi..ini akulah. Ila. Suhaila. Kawan kau``pujuk Ila. Mimi terus tersedar. Dia memandang Ila dihadapannya. ``Ila..??``soalnya. Ila mengangguk. Mimi terus memeluk Ila sambil menangis.

Kak Nisya dan Fia hanya memandang mereka. ``Kenapa dengan Mimi tu? Macam ada yang tak kena je``kata Fia. Nisya menggeleng kepalanya. Dia sendiri tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada gadis itu. ``Tapi kak perasan tak dari tadi lagi.. Mimi sebut pasal rogol``kata Fia mulai bergosip. Nisya memandang Fia. Betul juga kata Fia itu. ``Jangan-jangan Mimi kena rogol``duga mereka berdua serentak.


Suhaila melihat Mimi yang sudah lena. Perlahan dia bangun dari tempat duduknya. Ila tersentak apabila Mimi memegang tangannya. Ila memandang Mimi yang menggeleng kepalanya. ``Please..jangan tinggalkan aku``rayu Mimi. ``Ye, aku tak tinggalkan kau. Kau tidurlah``balas Suhaila sambil mengusap rambut Mimi.

Syah terjaga dari tidurnya dan terus ke tandas memandangkan biliknya tiada tandas. Syah melihat pintu bilik Suhaila  yang terbuka sedikit. Aik..biasanya Ila tutup rapat pintu bilik dia siap berkunci lagi. Dengan perasaan ingin tahu, Syah terus membuka bilik adiknya itu. Terkejut dia melihat Ila yang tiada di dalam biliknya.

Suhaila ke dapur untuk mengambil segelas air. Dia disapa oleh Kak Nisya dan Fia. Terkejut dia. ``Laa..akak dengan Fia belum tidur? Ingatkan dah tidur``balas Suhaila. ``Ila, kitaorang ada hal sikit ni nak tanya kamu``kata Fia memulakan bicara. Suhaila mengerutkan dahinya. Pura-pura tidak tahu apa yang ingin ditanya oleh mereka. Dia pasti mereka pasti nak tanya pasal Mimi. Apa aku nak jawab ni?

``Ada sesuatu  berlaku pada Mimi ke?``soal Kak Nisya tanpa tunggu balasan dari Ila. ``Maksud akak?``soal Ila kembali. ``Ila...jangan nak bohong. Kitaorang dengar tadi kata-kata yang keluar dari mulut Mimi.``tukas Kak Nisya. ``Dia mengigau je tu kak``balas Ila acuh tidak acuh. ``Nope. Dia tak. Kau nak bagitahu ke atau nak kitaorang tanya dengan Haris sendiri?``ugut Fia pula.

``Boleh tak jangan sebut nama lelaki keparat tu?``marah Ila. Pantang betul dia dengar nama lelaki itu. ``Lelaki keparat?``soal keduanya bingung. Ila mengeluh. ``Ye, apa yang akak dengar adalah betul dan Haris adalah pelakunya``kata Ila. Mereka berdua ternganga. ``Biar betul. Macam tak percaya je. Budak haris tu kan nampak baik je``kata Fia.

 ``Sebab tu orang kata don’t judge book by cover. He look good but dah la malaslah nak cakap pasal ni. Satu lagi..saya nak minta tolong dengan akak dan Fia. Tolong rahsiakan perkara ni``kata Ila. ``Baiklah, kitaorang akan rahsiakan. Tapi... taknak buat report polis ke?``soal Fia membuatkan Ila terdiam.
__________________________________________________________________________

Kata-kata itu masih lagi terngiang dalam fikiran Ila. ``Aku nak buat report polis ke?``tanyanya sendirian. Pagi tadi, sewaktu dia pulang ke rumahnya dalam jam 5 pagi, papanya sudah menunggu di ruang tamu. Dia siap dimarahi kerana keluar malam-malam buta. Dia sendiri tak tahu macam mana dia boleh diketahui oleh mereka yang lain sedangkan dia keluar secara senyap-senyap.

Ila melangkah ke cafe. Dia fikir mahu menghabiskan masanya disitu selama sejam sebelum kelas bermula. Ila cume memesan minuman. Fikirannya melayang. ``Macam mana kau boleh keluar dengan Haris? Kenapa kau tak bagitahu aku dulu?``soal Ila  tidak berpuas hati. ``Haris telefon aku, dia ajak aku keluar. Aku cakaplah nak ajak kau dulu tapi dia tak bagi. Katanya, kau hanya mengganggu hari romantic kitaorang. Tapi aku ragu-ragu. Dia kata kalau aku berkeras juga nak ajak kau, kitaorang putus. Aku menyesal dengar kata dia. Sepatutnya aku tanya pendapat kau dulu``bagitahu Mimi dengan teresak-esak.

Bunyi suara ketawa membuatkan Ila menoleh. Matanya dikecilkan. Kawan aku menderita, dia boleh hidup bahagia pula. Ila terus meneguk air yang baru sampai itu dengan rakus. Panas hatinya melihat kelakuan Haris yang bermesraan dengan seorang pelajar kolej.

Bunyi meja yang dihentak kuat mengejutkan sekumpulan pemuda itu. ``Woo woo apa ni?``soal salah seorang pemuda itu apabila terkejut disergah macam itu. Ila diam. ``Kau``kata Ila menunjukkan kearah Haris yang jelas terkejut itu. ``We need to talk``kata Ila. Haris tersenyum sinis. ``Apalagi yang kau nak bincangkan haa? Tak habis lagi ke perbincangan kau tu? And aku tak rasa nak berbincang dengan kau sekarang? I am not in my mood``balas Haris sinis.

``Like i care``balas Ila sinis. Ila yang geram apabila Haris tidak berganjak. ``Kau nak aku guna kekerasan atau lembut?``ugut Ila. Haris ketawa. ``Ala..kuat setakat mana gak perempuan macam kau ni``kata Haris membuatkan mereka yang lain ketawa. Ila cume nak   mencekak leher Haris tapi Haris sempat menangkap lengan Ila lalu dipusingkan ke belakang. Ila mengerang kesakitan. ``Kenapa? sakit? Jangan bermain dengan api kalau taknak terbakar``bisik Haris.

Ila terus menyerang apabila ada peluang. Haris terjatuh terkena meja dan kerusi membuatkan semua mata memandang kearah mereka. ``Aku rasa ayat itu patut ditujukan pada kau. Jangan bermain dengan api kalau taknak diri terbakar. Hmmm...``balas Ila kembali. Haris bangun. Matanya memandang kearah Ila dengan tajam. Belum pernah ada yang memalukan dirinya seperti itu dan Ila adalah perempuan yang pertama.

Kejadian itu berjaya menarik perhatian ramai termasuklah Rezza, Aqif dan gengnya.  Mereka menyaksikan kejadian itu.

``Stop it``jerit satu suara membuatkan semua terdiam. ``Apa yang sedang berlaku ni?``tanya Dekan Nazim yang kebetulan melalui kawasan situ. Matanya terpandangkan Ila dengan Haris yang bergaduh. ``Kamu berdua ikut ke pejabat saya sekarang``arahnya. Ila dan Haris terus mengekori Dekan Nazim itu.

Ila diberi surat amaran. Mama dan papa dia turut dipanggil. Ila cume mendiamkan diri apabila dimarahi oleh papa dan mamanya. Memang salah dia juga sebab bergaduh dalam kampus.

``Papa taknak kamu keluar ke mana-mana lagi. Lepas kuliah, kamu duduk dekat rumah``arah Tuan Hamid tegas. ``Tapi pa``protes Tuan Hamid. ``Tak ada tapi-tapi lagi``potong Tuan Hamid. Ila mengeluh.
________________________________________________________________________

``Mimi, jom makan``ajak Kak Nisya. ``Taknak kak. Saya tak lapar``balas Mimi. ``Mi..dah berapa hari Mimi tak makan. Nanti sakit perut``tegur Kak Nisya. ``Yela Mimi. Mimi tak kesian kat akak ke...penat akak Nisya masak untuk Mimi. Tapi Mimi taknak makan``pujuk Fia pula. Mimi diam. ``Jom makan. Makan sikit pun kitaorang tak kisah. Asalkan Mimi makan``pujuk Fia lagi. Akhirnya Mimi turutkan juga.

``Tengok, akak ada masakkan asam pedas untuk Mimi. Mimi kan suka makan asam pedas``kata Kak Nisya menceriakan suasana. Mimi cume tersenyum hambar. Baru je dia nak telan, tiba-tiba je mulutnya terasa mual. Mimi terus muntah di singki. Nisya dan Fia saling berpandangan. ``Kenapa, Mimi?``soal kak Nisya. Mimi hanya memuntahkan semua isi dalam perutnya. Fia menggosok belakang Mimi perlahan. ``Mimi tak sihat ye?``kata Fia apabila Mimi selesai memuntahkan semua isinya. ``Nak akak hantar ke klinik?``soal Kak Nisya pula risau.

``Tak apalah kak. Mungkin masuk angin je kot``tolak Mimi perlahan. ``Kalau macam tu, Mimi rehat dulu ye``ujar Kak Nisya dan menghantar Mimi ke dalam biliknya. ``Akak buatkan bubur untuk Mimi ye``ujar Kak Nisya dan terus beredar ke dapur.

``Ha? Termenungkan apa tu?``sergah Kak Nisya mengejutkan Fia. Fia mengerutkan dahinya. ``Amboi..macam fikir masalah negara je``sakat Kak Nisya sambil menyiapkan bahan masakan untuk masak bubur. ``Tak kak, Fia cume terfikir. Bukan ke dah dua bulan Mimi tak period?``kata Fia terfikirkan sesuatu. Kak Nisya terdiam. Dia turut terfikirkan sesuatu. ``Jangan-jangan Mimi mengandung tak?``kata mereka berdua serentak.
_______________________________________________________________________

Sudah dua minggu Ila tak menjenguk kawannya. Sekadar bertanya khabar melalui telefon adalah. Kerjanya sekarang pergi kampus lepas tu terus balik ke rumahnya. Ingatkan nak pergi jenguk Mimi tapi papanya tak kasi. Dia pergi kampus pun dihantar pemandu. Pemandu pula jenis straight. Tak dapatlah dia nak belok. Selalu juga dia call Kak Nisya dan Fia bertanyakan keadaan Mimi.

``Hello kak``

``Ye Ila, nak cakap dengan Mimi ke?``sahut Kak Nisya.

``Haah, Mimi ada? Saya call nombor dia tak berangkat pula``balas Ila.

``Sekejap ye. Akak pergi panggilkan Mimi``kata Kak Nisya. Sebaik saja sampai di bilik Mimi, dia melihat Mimi sedang lena dibuai mimpi.

``Patutlah..dia tidur rupanya``

``Dia tidur?``

``Haah..nak akak kejutkan  dia ke?``

``Tak perlulah kak. Biarlah dia tidur. Saya telefon malam nanti``

``Okey``

Fia menjamah dahi Mimi. Panasnya. Getusnya.

``Akak``laung Fia. Tergesa-gesa Kak Nisya berlari mendapatkan Fia.

``Kenapa, Fia?``

``Badan Mimi panaslah kak``bagitahu Fia. Kak Nisya turut memegang dahi Mimi. Terkejut dia. Memang panas sangat badan Mimi. ``Kita kena bawa dia ke klinik ni``cadang Fia. Kak Nisya mengangguk. ``Kalau macam tu, kamu bersiap sekarang``arah Kak Nisya.

 ``Mimi..``seru Kak Nisya perlahan. Mimi merengek. Perlahan matanya terbuka. ``Badan kamu panas ni sayang. Jom, akak bawa kamu ke klinik``ajak Kak Nisya. Mimi yang tak larat hanya mengikut langkah Kak Nisya itu.

No comments:

Post a Comment