Songs

Thursday, April 17, 2014

Cerpen Salahkah Aku ??? Bahagian 2


``Akak..jom temankan Ida keluar``ajak Suhaida. Ila hanya diamkan dirinya. Matanya masih lagi melekat pada televisyen yang terpapar depan matanya itu. ``Sampai bila akak nak bermusuh dengan Ida macam ni? Akak memang taknak baik dengan Ida ke?``soal Suhaida yang geram dengan sikap kakaknya yang membatukan dirinya.

Suhaida mengetap bibirnya melihat kakaknya yang bersikap acuh tidak acuh padanya. ``Okey, kalau akak buat baik dengan Ida, Ida akan tolong akak``kata Suhaida cuba provoke. Suhaila tersenyum sinis. ``Kau nak tolong aku apa?``soalnya. ``Ida akan minta papa hentikan perintah berkurung akak itu``balas Suhaida. Suhaila cume mengangkat bahunya. Suhaida geram. Itu je dia balas? Ingatkan nak terharu ke apa ke? Hisy...

``Akak memang tak ada perasaan eh?``kata Suhaida geram. ``Kalau aku tak ada perasaan, sekarang juga aku dah keluar walaupun tanpa izin papa``balas Suhaila. Suhaida mengeluh. Lain yang dia maksudkan lain pula kakak dia jawab. ``Apa sebenarnya salah Ida? Kenapa akak layan Ida macam ni? Bagitahulah Ida``kata Suhaida lagi. Suhaila memandang Suhaida sekilas. ``Kau tak salah apa-apa``balas Suhaila selamba. ``Habis tu kenapa akak layan Ida macam Ida ni pesalah?``desak Suhaida lagi. ``Sebab aku kesal``balas Suhaila. ``Kesal?``soal Suhaida bingung.

``Ye, aku kesal. Aku kesal dengan family kita. Sebelum kehadiran kau, aku dilayan dengan baik bahkan tak pernah sekalipun mereka marah atau bebel pada aku. Tapi sejak kehadiran kau dalam rumah ni, mereka sering beri perhatian pada kau. Mereka tak pernah lagi dengar masalah aku. Yang mereka tahu hanyalah membandingkan aku dengan kau. Kenapa aku tak boleh jadi lembut macam kau? Kenapa aku tak dengar kata macam kau? Everything about you. Yes, kita memang adik beradik tapi itu tak bermakna kita berdua sama``luah Suhaila. Suhaida terdiam.

Memang dia akui sejak dia masuk ke dalam rumah itu, semuanya ambik berat pasal diri dia dan kakak kandungnya itu menjadi mangsa keadaan. ``Boleh tak kalau kita jadi kawan mulai hari ni?``pinta Suhaida. Suhaila menggeleng kepalanya. Muka Suhaida berubah. ``Bukankah kita ditakdirkan jadi adik beradik? Kenapa pula nak ingkar takdir Allah dengan menjadi kawan?``sambung Suhaila membuatkan Suhaida mengangkat kepalanya.

``Adakah ini bermakna akak..``kata Suhaida tergantung. Suhaila mengangguk kepalanya sambil tersenyum. ``Alhamdulillah..``sebut Suhaida sambil memeluk kakaknya. ``Terima kasih``ucap Suhaida yang mulai berkaca-kaca matanya. ``Kalau kau terus bersikap cengeng macam ni, aku tarik kata-kata aku tadi``ugut Suhaila membuatkan Suhaida menggeleng dengan lajunya. Mereka berdua gelak bersama di ruang tamu itu.

Aqif mengukir senyuman manisnya. Adegan di hadapannya membuatkan dia tersenyum riang. Perlahan dia berpatah balik. Malas  nak mengganggu dua perempuan yang baru berbaik itu. 

``Aqif, tak masuk dulu ke?``tegur Puan Natrah yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.

``Tak apalah auntie. Saya malas nak ganggu mereka``jawab Aqif lalu beredar dari situ. Puan Natrah mengerutkan dahinya lalu menjengukkan kepalanya. Suhaila dan Suhaida menoleh apabila diri mereka diperhatikan. ``Mama``seru Suhaida gembira. Puan Natrah cume tersenyum. 

``Aqif baru je pulang``bagitahu Puan Natrah membuatkan senyuman Suhaila mengendur. ``Aqif datang ma?``soal Suhaida kembali lalu berlari keluar dari rumah itu untuk mencari Aqif. Dia ingin menkhabarkan berita gembira itu kepada Aqif. ``Aqif``laung Ida membuatkan langkah Aqif terhenti. Dia menoleh kearah Ida. Perlahan dia  mengukir senyuman.

Suhaila memerhatikan tingkah laku mereka dari balkoni. Bibirnya menguntum senyuman tatkala melihat senyuman Aqif yang bersama Ida itu. Apakah ini bermakna..jodoh antara kita tiada? Kenapa begitu perit untuk aku lepaskan kau, Aqif? Kenapa kau begitu bermakna dalam hidup aku? Siapa sebenarnya kau pada aku?

``Tahniah, kamu mengandung tiga minggu``

Mimi terkejut mendengar berita itu. Dia terus menekup mulutnya. Manakala Fia dan Kak Nisya saling berpandangan satu sama lain.  Mereka seperti tak percaya dengan apa yang sudah berlaku itu.

Dr Hajah di hadapan mereka memandang pelik. Kalau orang lain mengandung, mereka senang. Gembira menerima khabaran ini tapi reaksi tiga gadis dihadapannya membuatkan dia bingung.
``Anak itu satu anugerah..anak adalah amanah..``kata Dr. Hajah itu tiba-tiba membuatkan Mimi memandangnya. ``Kamu kena ingat anak itu juga ujian dari Allah``sambungnya lagi. Dr. Hajah seakan dapat membaca masalah yang dihadapinya saat itu. Mimi terdiam. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya pada saat itu.

Kak Nisya dan Fia memandang Mimi yang sudah terbuai lena. ``Macam mana sekarang? Nak bagitahu Ila tak?``soal Fia. Kak Nisya terus meletakkan jarinya di mulut. ``Jom, kita berbual kat luar``ajak Kak Nisya. Lalu mereka berdua meninggalkan Mimi yang disangka sudah terlena itu.
Bunyi pintu yang ditutup membuatkan Mimi membuka matanya kembali. Sebenarnya dia berpura-pura tidur kerana taknak mereka berdua risaukan keadaan dia.

``Tahniah..kamu mengandung tiga minggu``

Airmatanya menitis.
_________________________________________________________________________

``Akak rasakan baik kita jangan bagitahu Ila lagi pasal ni. Biar Mimi sendiri yang bagitahu dia``cadang Kak Nisya. Fia mengangguk. Tanda setuju dengan cadangan Kak Nisya itu. ``Haah, saya pun rasa macam tu juga. Biarlah Mimi tenangkan keadaan dia dulu. Nanti dia dah okey, baru kita bagitahu Ila perkara sebenar``sokong Fia pula.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Mimi menyarung baju sejuk diluar kerana keadaan hujan lebat ketika itu. Setelah memastikan keadaan selamat, dia keluar dari rumah itu secara senyap-senyap.

Dia melilaukan pandangannya cuba untuk mencari seseorang yang ingin ditemuinya. Perkara itu mesti diselesaikan dengan kadar segera. Dia tak mahu bertangguh lagi  kerana makin lama bertangguh makin besar kandungannya. Apabila dia melihat Haris yang bersama kawannya di satu meja, dia terus mendekati Haris.

Haris mengangkat keningnya. ``Kau buat apa kat sini?``soalnya agak terkejut. Memang selepas kejadian hari itu, dia tak lagi menjumpai perempuan itu. Malahan, dengan Ila pun Ila tak kacau dirinya lagi. Ingatkan dah terlepas dari semua tu. Alih-alih perempuan ni muncul di hadapan mata dia.

``Aku nak kau bertanggungjawab``kata Mimi terus terang. ``What?? Tanggungjawab? Sorrylah, aku tak ada masa nak bertanggungjawab``balas Haris acuh tidak acuh. ``Aku hamil``bagitahu Mimi lagi mengejutkan Haris. Kemudian dia gelak. Mimi mengerutkan dahinya. Tak suka dengan reaksi Haris. ``Kalau kau hamil pun, apa kaitan dengan aku?``soal Haris buat muka tak bersalah. Mimi membulatkan matanya mendengar pertanyaan dari Haris itu.

``Kau boleh tanya apa kaitan dengan kau? Anak yang ada dalam kandungan aku ni anak kau and of courselah kau kena bertanggungjawab``balas Mimi geram. ``So sorry. Aku tak ada masa nak bertangunggjawab dan aku ada banyak lagi kerja yang perlu aku lakukan daripada melayan kau ni. So aku chow dulu``kata Haris meninggalkan Mimi sendirian disitu. Mimi mengekori Haris ke tempat parking motor.

``Kalau kau taknak bertanggungjawab, aku report polis``ancam Mimi membuatkan langkah Haris terhenti. ``Kau jangan terfikir nak buat macam tu``ancam Haris. ``Kalau aku buat juga, kau nak buat apa?``duga Mimi. ``Aku bunuh kau``kata Haris dengan wajah serius. Muka Mimi berubah seratus peratus. ``Habis tu, macam mana dengan kandungan aku ni?``soal Mimi. 

``Gugurkan``jawab Haris ringkas membuatkan Mimi terkedu. ``Kau pilihlah sama ada kau gugurkan kandungan tu atau kau aku bunuh?``kata Haris memberikan dua pilihan kepada Mimi. Melihatkan wajah kaku Mimi itu, Haris meninggalkannya sendirian disitu.

Muka Fia dan Kak Nisya berubah menjadi panik apabila mereka menyedari ketiadaan Mimi dalam rumah itu. ``Macam mana ni? Dah dua jam Mimi tidak kelihatan``soal Fia agak panik. Dia risau kalau Mimi lakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Tambahan pula, hujan yang lebat di luar sana. 

``Kita cari dia``putus Kak Nisya akhirnya membuatkan Fia mengangguk. Belum sempat Fia memulas tombol pintu, pintu dikuak dari luar. Muncul Mimi dalam keadaan basah.

``Ya, Allah. Mimi. Kau ke mana? Puas kitaorang cari kau``ujar Fia. Mimi hanya mendiamkan dirinya. Kemudian tanpa menghiraukan Kak Nisya dengan Fia, dia berlalu ke dalam biliknya. ``Mimi``panggilan dari Fia dan kak Nisya itu tidak dihiraukan.

Mimi menguncikan pintunya lalu menyandar di belakang pintu. Airmata mengalir laju di pipi.

``Kau pilihlah sama ada kau gugurkan kandungan tu atau kau aku bunuh?``kata Haris.

Arghhh....

Fia dan Kak Nisya saling berpandangan. Jeritan beserta barang pecah kedengaran dari dalam bilik Mimi.

``Mimi, buka pintu ni``ketuk Kak Nisya.

``Mimi, tolonglah buka pintu ini``kata Fia pula. Mereka bergantian mengetuk pintu bilik Mimi.
Mimi menyembamkan mukanya pada lutut.

``Satu-satunya cara sekarang..kita kena panggil Ila``kata Fia yang sudah kebuntuan. Kak Nisya terus mendail nombor Suhaila.

Bunyi kilat yang memancar mengejutkan Ila yang tidur lena. Perlahan dia ke balkoni biliknya. 

``Ya, Allah. Kuatnya kilat``kata Ila. Hatinya berasa aneh. Seakan ada sesuatu yang membuatkan dia tak lena tidur. ``Mimi``tiba-tiba nama itu meluncur dari bibirnya. Serentak itu, telefon bimbitnya berbunyi.
_______________________________________________________________________

``Hello``sahut Ila sebelum dia bergegas keluar dari rumahnya walaupun keadaan pada ketika itu tidak mengizinkan.

Bunyi motor membuatkan Fia menjenguk. Dia terus membuka pintu rumahnya menyambut kedatangan Ila itu.

``Apa dah berlaku? Mana Mimi?``soal Suhaila cemas. Mereka menunjukkan kearah bilik Mimi. Suhaila ingin melangkah tapi dihalang oleh Fia. Suhaila memandangnya hairan. ``Ada sesuatu yang kau harus tahu pasal Mimi``kata Fia membuatkan Suhaila gelisah. ``Apadia?``soal Suhaila yang cuba menenangkan dirinya. Fia tidak menjawab sebaliknya dia memandang Kak Nisya yang turut memandang kearahnya. Suhaila terus melihat wajah Fia dan Kak Nisya bersilih ganti. ``Apa dah berlaku? Kenapa dengan Mimi?``soal Suhaila bersama getaran di dada.

Fia menarik nafas panjang. ``Sebenarnya..Mimi hamil``bagitahu Fia serentak itu dia memandang lantai. Enggan melihat reaksi Suhaila ketika itu. Suhaila tergamam. ``Ha..hamil?``soal Suhaila tergagap. Dia sudah terduduk atas sofa di ruang tamu itu. Kak Nisya mengangguk. ``Berapa bulan?``soal Ila perlahan antara dengar tak dengar. ``Baru tiga minggu``balas Kak Nisya pula. Suhaila menutup mukanya dengan tangan.

Perkara itu betul-betul di luar jangkaan dia. Dia sama sekali tak terfikir yang Mimi boleh hamil secepat itu. ``Bila korang tahu berita ni?``soal Suhaila lagi. Suaranya perlahan. ``Pagi tadi. Bila kitaorang dapati dia demam panas, kitaorang bawa dia ke klinik tapi bila pemeriksaan keluar, ternyata rupanya dia hamil``terang Fia. Suhaila tersenyum sinis. ``Pagi tadi?``soalnya sinis. 

``Maafkan kitaorang sebab baru bagitahu kau tentang hal ni. Kitaorang sebenarnya taknak kau tahu tentang hal ni. Kitaorang nak biarkan Mimi sendiri bagitahu kau memandangkan korang berdua kawan baik. Tapi kami terpaksa juga panggil kau ke sini sebab Mimi mengurungkan dirinya dalam bilik``ucap Fia lagi.

``Sebenarnya masa kitaorang lena tidur tadi, Mimi keluar. Dia kemana kitaorang tak tahu. Kitaorang sedar dia sudah tiada, itu pun kitaorang tahu sebab Fia tergerak hati nak jenguk Mimi semasa dia bangun untuk minum air. Akak sebenarnya nak cari dia tapi dia dah balik sebelum sempat kitaorang cari dia. Tapi wajah Mimi semasa dia pulang tadi kelihatan pucat dan matanya bengkak``sambung Kak Nisya pula.

Suhaila menuju kearah bilik Mimi lalu mengetuknya tapi tiada balasan. ``Mimi, bukalah pintu ni. Ini aku, kawan kau. Ila``pujuk Suhaila tidak henti mengetuk pintu bilik Mimi. Ila?? Mimi terus mengesat airmatanya lalu berdiri. Perlahan dia membuka pintu bilik itu lalu memeluk Suhaila. Suhaila hanya membiarkan kawannya itu menangis. ``Menangislah kalau kau nak menangis. Aku sentiasa ada disini untuk kau``kata Suhaila ikhlas.

Setelah tangisannya reda, dia menarik Ila ke katilnya. Fia dan Kak Nisya hanya memerhati. ``Aku hamil, La. Aku hamil``kata Mimi. ``Ye, aku tahu``balas Ila sambil mengusap kawannya itu. ``Kau kemana tadi? Kenapa mata kau bengkak?``soal Suhaila sambil memerhati wajah Mimi. Airmata yang mengalir dikesat perlahan. ``Dia ugut aku Ila, dia ugut aku``luah Mimi.

``Ugut? Siapa? Dia ugut kau apa?``soal Suhaila ingin tahu. ``Haris. Dia ugut nak bunuh aku``kata Mimi sambil menangis. Suhaila terkejut. ``Haris? Kau jumpa dia?``soal Suhaila dengan wajah terkejut. Mimi mengangguk.

``Aku pergi temui dia dan minta dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah lakukan pada aku. Tapi dia ugut aku. Kalau aku tak gugurkan kandungan ni, dia akan bunuh aku``bagitahu Mimi sambil menangis. Fia dan Kak Nisya turut terkejut dengan kata-kata Mimi itu. Suhaila diam tapi tangannya dikepal kuat. Matanya dikecilkan.

Kau bermain dengan api, Haris. Aku akan pastikan kau terima akibatnya setelah apa yang kau dah buat pada kawan aku. Kau tunggulah. Hatinya penuh dengan dendam.
________________________________________________________________________

``Woi...kau buat apa ajak aku datang sini?``marah Aqif apabila Rezza membawanya ke kelab malam. ``Entah. Razi yang suruh tunggu dia depan kelab ni. Katanya, ada something yang dia nak tunjuk kat kita``kata Rezza. Aqif mendengus. Kalau ikutkan dia bukan setakat masuk, duduk depan kelab tu pun dia taknak. Tapi apa boleh buat. Dah terlanjur.

``Mananya Razi? Dah setengah jam kot kita tunggu depan ni``bebel Aqif yang tidak berpuas hati dari tadi. ``Entah, kejap. Aku call dia jap``kata Rezza sambil mencari tempat yang tepat untuk dia buat panggilan. Aqif cume sekadar memerhati. Tiba-tiba matanya terpandangkan seraut wajah yang dia kenali. Apa yang dia buat kat sini? Tanpa sedar, Aqif turut masuk ke dalam kelab itu. 

``Aqif, kau nak pergi mana?``laungan Rezza tidak dihiraukan. Rezza turut mengekori Aqif.

Suhaila menutup hidungnya. Bau arak membuatkan dia mual. Dia melangkah juga ke dalam kelab itu. Kelibat  Haris dicarinya. Akibat kelab itu sesak dengan orang, membuatkan bau arak mengenai Suhaila.

Suhaila terus meluru kearah Haris yang sedang bergelak tawa. Dia terus menghentak meja mengejutkan mereka yang berada disitu. Mata Haris menikam Suhaila. ``Owh..kau rupanya. Apalagi yang kau tak puas hati kali ni?``soal Haris. ``Kau..``kata Suhaila dengan nada yang kuat sambil jari ditujukan tepat kearah muka Haris. ``Aku apa?``balas Haris sambil berdiri.

Akibat geram, Suhaila terus menendang lutut Haris membuatkan Haris terjatuh. ``Kau memang nak cari pasal dengan akukan?``marah Suhaila. Haris tersenyum sinis. ``Aku ke kau yang cari pasal sekarang?``bidas Haris. ``Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau macam tu saja. Aku akan heret kau ke pengadilan``kata Suhaila geram. ``Dan..aku akan pastikan kau menyesal atas perbuatan kau ni``kata Haris pula. Suhaila diam. 

``Kau ingat baik-baik ni. Aku sentiasa berpegang pada kata-kata aku. Kalau dia taknak aku bunuh dia, better kau suruh dia gugurkan kandungan dia``bisik Haris. ``Kurang ajar``bentak Suhaila serentak itu dia menghadiahkan tendangan kepada Haris.

Kejadian itu disaksikan oleh Rezza dan Aqif. Haris ingin membalas tapi serangan terhalang dek Aqif. ``Kalau berani, jangan dengan perempuan. Ni..lawan yang setaraf dengan kau``kata Aqif. Suhaila tergamam melihat Aqif yang mempertahankan dirinya. Haris terus menyerang Aqif. Mereka berdua bergaduh.

Anak buah Haris ingin membantu Haris tapi dihalang oleh Rezza. Mereka bergaduh disitu. Kejadian itu membuatkan semua mata memerhati mereka. Akhirnya Haris kalah tapi bibir Aqif berdarah. ``Lain kali kalau nak cari lawan, cari yang sepadan``kata Aqif menarik Suhaila dari situ. Suhaila yang tergamam hanya mengikut langkah Aqif itu.

Aqif terus melepaskan pegangannya sebaik saja keluar dari kelab itu. Suhaila cuba memegang pipi Aqif tapi ditepis oleh Aqif. Suhaila terkejut tapi dia kawal perasaannya. ``Terima kasih sebab pertahankan saya tadi``ucap Suhaila sambil tersenyum. Tak sangka lelaki idamannya itu sanggup bergaduh kerana dia.

 ``Jangan nak perasan. Saya lakukan semua ni sebab awak kakak kepada Ida`` balas Aqif dingin. Riak wajah Suhaila berubah. Namun dia berusaha untuk tersenyum. ``Apa-apapun terima kasih saya ucapkan``kata Suhaila lagi sebelum melangkah pergi meninggalkan kawasan situ.

``Ila``

Langkah Suhaila terhenti apabila terdengar namanya dipanggil oleh jejaka yang diminatinya itu. Dup dap dup dap.. jantungnya berbunyi lalu dia menoleh. ``Ye?``sahut Suhaila lembut. ``Lain kali kalau dah nama perempuan, jangan nak berlagak kuat. Nanti awak juga yang susah``kata Aqif tegas. Suhaila cume mengangguk.

Aqif menyandarkan badannya pada sofa. Perlahan dia memegang dadanya. Rezza yang melihat reaksi Aqif itu terus menerpa kearahnya. ``Kau okey tak ni?``tanya Rezza. Aqif tidak menjawab sebaliknya dia memegang dadanya. ``Ubat kau letak kat mana?``tanya Rezza kalut. ``Dalam laci meja aku``balas Aqif. Rezza terus berlari dan mengambil ubat Aqif lalu dihulurkan kepada Aqif. Aqif terus menelannya dan meneguk air. Mujurlah sakitnya kian berkurang.

``Kau okey tak ni? Pucat muka kau``omel Rezza cemas. ``Aku okey. Kau jangan risau``balas Aqif. ``Macam mana aku tak risau kalau keadaan kau macam ni?``bebel Rezza. Aqif cume tersenyum. ``Kau taknak bagitahu dia perkara sebenar ke?``soal Rezza. Aqif mengerutkan dahinya. ``Apa maksud kau ni?``soalnya pura-pura tak faham. ``Ala..kau jangan nak pura-puralah. Aku tahu kau sukakan dia. Apa kata kalau kau luahkan saja perasaan kau?``cadang Rezza.

Aqif menggeleng kepalanya. ``Aku lebih suka dia kecewa daripada dia tahu perkara sebenar``kata Aqif. Rezza menggeleng kepalanya. Degil betullah kawan aku seorang ni.

 Suhaila tidak terus balik sebaliknya dia singgah di tasik. Masih lekat dalam fikirannya wajah Aqif ketika mempertahankan dirinya. Dia kemudian tersenyum.

``Saya tak tahu apa yang tak kena dengan diri saya ni. Tapi saat awak katakan yang awak selamatkan saya hanyalah kerana saya kakak kepada Ida semata-mata, saya tak percaya. Hati saya yakin awak selamatkan saya sebab itu kehendak hati awak bukan kerana saya kakak kepada Ida semata-mata``

``Ya, Allah. Aku dah jatuh cinta``jerit Suhaila. Suhaila tersenyum. ``Suhaila Natrah dah jatuh cinta....``jerit Suhaila lagi tapi kali ni lebih kuat dari yang tadi. Kemudian dia berpusing sendirian disitu. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan gembira dia ketika itu.
__________________________________________________________________________

Suhaida menutup mukanya. Wajah papanya kelihatan tegang. Berkali-kali Puan Natrah memandang jam  di dinding yang menunjukkan pukul 3 pagi ketika itu. Bunyi motor membuatkan mereka semua menoleh kearah pintu. Terjengul wajah Syah. 

``Macam mana, Syah? Jumpa Suhaila?``soal Puan Natrah cemas. Syah menggeleng kepalanya. ``Syah dah cari merata-rata tempat tapi tetap tak jumpa adik``kata Syah. Tuan Hamid mendengus kesal dengan anaknya. Inilah yang jadi kalau manjakan sangat anak. Salah dia juga sebab manjakan Suhaila selama ni.

Ting tong ...

Bunyi loceng membuatkan Syah menjengul. Sepucuk sampul surat terdapat di atas lantai. Syah mengutip sampul putih tidak bertanda itu lalu membukanya. Terkejut dia tatkala melihat gambar Suhaila di pub bersama lelaki.

``Surat apa tu?``soal Tuan Hamid membuatkan Syah memandangnya. Niat untuk sembunyikan gambar itu terbantut dek papanya yang telah merampas foto itu dari tangannya. Merah muka Tuan Hamid menahan marah.

``Sabar bang``pujuk Puan Natrah. ``Sabar? Saya dah lama bersabar dengan dia. Salah saya juga sebab terlalu memanjakan dia selama ni. Kalau saya tahu akan jadi macam ni, dah lama saya kerjakan dia``kata Tuan Hamid kesal. Syah dan Suhaida saling berpandangan. Habislah kakak. Getus Suhaida.

``Macam mana?``soal Haris apabila melihat anak buahnya menghampiri dia. ``Beres bos. Semuanya berjalan lancar macam yang kita rancangkan``sahut anak buahnya. ``Good job``puji Haris sambil tersenyum. Kau salah orang kalau kau nak lawan dengan aku. Sebelum kau ngap aku, aku ngap kau terlebih dahulu. Getus Haris.

Tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku, kaki Suhaila melangkah ke halaman rumahnya. Tiba-tiba langkah Suhaila terhenti. Hidungnya bagaikan terhidu sesuatu yang busuk. Perlahan dia mencium bajunya. Ya, Allah. Aku lupalah baju aku terkena arak tadi. Belum sempat Suhaila melakukan apa-apa, pintu rumahnya terbuka. Suhaila tergamam melihat wajah marah ayahnya.

Pang!!!

Suhaila memegang pipinya yang keperitan. ``Kau kemana hah pagi-pagi buta baru balik? Oh...jadi ini yang kau lakukan belakang kitaorang selama ni? Curi-curi keluar jumpa dengan jantan lepas tu pergi pub``sergah Tuan Hamid. ``Tak, pa. Papa dah salah faham``kata Suhaila mempertahankan dirinya. ``Salah faham? Ni..salah faham``kata Tuan Hamid dengan nada yang tinggi sambil membaling beberapa foto tepat pada muka Suhaila. Suhaila terkedu.

Perlahan matanya melihat gambar dia yang berada di pub tadi. ``Ila boleh jelaskan semua ni, pa. Papa dah salah faham. Tolonglah percayakan Ila``kata Ila. ``Bukti dah ada depan mata, Ila. Kau nak bohong apalagi kali ni? Ni..baju ni bau arak. Kau pergi mana tadi?``soal Tuan Hamid garang. 

Semua terdiam melihat kegarangan papa mereka itu. Suhaila tunduk. ``Jawab Ila. Kau pergi mana tadi?``jerkah Tuan Hamid. ``Ye, Ila pergi pub``akui Suhaila. ``Sejak bila kau jadi macam ni, Ila? Sejak bila? Papa tak pernah ajar anak papa berkelakuan liar macam ni``jerkah Tuan Hamid lagi. Terkejut Suhaila dengan jerkahan itu.

Airmatanya menitis. Sekalipun dia berterus terang tentang apa yang sebenarnya berlaku. Papanya takkan percayai dia lagi. Sia-sia saja dia lakukan semua tu. ``Sejak papa tak pernah ambik berat tentang Ila lagi. Kalau dulu papa selalu ambik berat dan mendengar masalah Ila tapi sekarang.. papa dah berubah. Papa tak lagi punyai masa untuk dengar masalah Ila. Papa sibuk dengan kerja papa. Mama pula sibuk dengan kawan-kawan mama. Sibuk memperkenalkan Ida kepada kawan-kawan mama. Tiada seorang pun yang nak dengar curahan atau perkara yang berlaku pada Ila. Tak ada``luah Suhaila.

``Papa. Ma. Ila tak minta banyak cume tolong percayakan Ila sebagai anak kandung papa dengan mama``kata Suhaila.

``Baguslah..percayalah dia``sampuk satu suara membuatkan mereka semua menoleh. Mak Cik Timah, jiran mereka yang suka betul busy body. ``Korang tak tahu ke anak perempuan yang kau selalu manjakan ni selalu naik motor dengan laki tengah-tengah malam``hasut Makcik Timah. Suhaila mengerutkan dahinya.

``Makcik jangan nak buat fitnah``marah Suhaila. ``Kenapa? tak betul ke apa yang aku cakap ni? Memang kenyataankan kau selalu curi keluar pada waktu malam?``bidas Makcik Timah lagi membuatkan Suhaila terdiam. Memang betul kata makcik itu memang dia keluar malam itupun sebab urusan Mimi bukannya membonceng motor dengan jantan lain.

``Mama..papa..tolong percayakan Ila``kata Suhaila. ``Kalau kau orang tak percaya, kau orang boleh tanya mereka yang lain``kata Makcik Timah lagi. ``Mulai sekarang, kau boleh buat apa yang kau suka sebab aku dah malas nak ambik tahu pasal kau lagi``kata Tuan Hamid menyentak perasaan Suhaila. Tak pernah papanya bersikap sekasar itu dengan dia. Makcik Timah tersenyum melihat Tuan Hamid yang termakan hasutannya. Memang dah lama dia benci dengan Suhaila.

Suhaila  terjelopok atas lantai. Airmatanya menitis perlahan demi perlahan. Suhaida memeluk kakaknya. ``Sabar ye kak. Ida tahu akak bukan orang macam itu``pujuk Suhaida. Suhaila cuba memujuk papa dan mamanya tapi kehadiran dia di rumah itu bagaikan halimunan. Semua orang seakan  tidak peduli dengannya. Dia bagaikan orang asing. Tatkala dia mendengar bunyi ketawa di bahagian dapur, dia ke sana. Tapi sebaik dia tiba di sana, suasana berubah menjadi diam.


1 comment:

  1. How to make money in sports betting - Work
    How to make money in sports betting. By Bill McKnight by Steve Stevens on Dec. 22, 2021, 8:40 AM EDT. หารายได้เสริม Learn how to make money from sports betting.

    ReplyDelete