Deringan hpnya yang membisingkan menyebabkan Zahra
mengangkat hpnya. `Assalamualaikum ma`jawab Zahra. `Waalaikummussalam Zahra.
Zahra kat mana ni?`tanya Puan Maimon. `Ada kat dalam bas ni. Zahra dah nak
bertolak ni. Mungkin Zahra sampai malam esok`bagitahu Zahra. Matanya sempat
lagi melihat sekilas pada lelaki yang duduk disebelahnya. Alamak..ini yang aku
tak suka ni. Apasallah lelaki ni duduk sebelah aku?
`Ya mak. Zahra tahu. Tak apalah, nanti Zahra call
Erry kembali`kata Zahra perlahan. Zahra mendiamkan diri buat seketika sebelum
mencelah percakapan maknya. `Okeylah ma. Bas dah nak bertolak ni. Zahra kena
letak fon. Nanti apa-apa hal, Zahra call ma ye. Insya-Allah, Zahra call Erry
kejap lagi`kata Zahra sopan sebelum meletakkan hpnya.
Baru je sesaat Zahra meletakkan fonnya. Hpnya
berbunyi lantang. Segera dia mengangkatnya setelah melihat nama yang tertera di
skrin hp miliknya. `Yes, cik Erry. What you want?`tanya Zahra. `I want
you`balas sebelah sana. Zahra tertawa. ` Yalah tu, em...sabarlah. I balik tak
lama lagi`kata Zahra perlahankan suaranya. `But i really miss you`kata lelaki
itu. `Yelah. Yelah. Malaslah i nak layan you. Jumpa nanti. Bye`kata Zahra terus
mematikan fon nya tanpa menghiraukan panggilan Erry.
Perjalanan mereka berjalan selama empat jam.
Tiba-tiba je bas berhenti di tengah jalan. `Kenapa ni?`tanya mereka semua.
Tertanya-tanya kenapa bas tiba-tiba je berhenti. Zahra dan lelaki disebelahnya
turut sama memandang ke luar untuk mengetahui kejadian yang sebenar. Mereka
berdua berada di tingkat atas.
Terjerit mereka semua apabila mendapati beberapa
orang yang disangka penumpang itu mempunyai senjata di tangan. Rupa-rupanya
mereka tu penjenayah. `Diam semua. Jangan cuba nak lari`kata salah seorang
perompak itu sambil mengacukan pistol dan pisau di tangan kepada penumpang
dalam bas itu yang cuba untuk melarikan diri.
`Kenapa? apa yang dah berlaku?` penumpang di atas
tertanya-tanya kejadian sebenar apabila mereka terdengar bunyi jeritan di
tingkat bawah. Zahra dan lelaki itu berpandangan sesama sendiri apabila
terdengar jeritan dari bawah. Salah seorang penumpang diatas bertindak untuk
menjenguk dibawah. `Apa yang dah berlaku nie?`tanya lelaki itu. Dia terkejut
apabila kepalanya diacukan pistol. `Kau diam. Naik atas`arah lelaki yang
memakai topeng itu. Lelaki itu mengikut arahan dan terus berada di tempatnya.
Terkejut penumpang yang lain apabila melihat kejadian itu di hadapan mata
mereka. `Diam!! Kalau aku dengar ada lagi suara kedengaran. Aku tembak`ugut
lelaki bertopeng itu.
Muka Zahra berubah. Dia terkejut melihat berlaku
pengaliran darah apabila salah seorang penumpang itu cuba melawan dan melarikan
diri. Lelaki bertopeng itu menikam perut lelaki itu menyebabkan mereka yang
lain tidak berani untuk melawan. Muka Zahra menjadi pucat. Zeffry sekadar
memandang lelaki yang ditikam itu. Niatnya ingin membantu namun senjata yang
berada di tangan lelaki bertopeng itu membuatkan niat Zeffry terbantut. Ikutkan
hati dia nak melawan lelaki itu namun dia sendiri tidak yakin dengan
perbuatannya kerana dia sendiri tidak pasti berapa orang geng mereka berada
dalam bas itu. Kalau dia tersilap langkah, boleh mengundang padah. Kemudian,
dia memandang gadis sebelahnya. Dia
lihat wajah perempuan itu pucat. Yalah, siapa yang tidak takut apabila
berhadapan dengan situasi seperti itu.
Terbunyi jeritan gadis di tingkat bawah. `Apa kau
buat ni?`marah perompak itu apabila melihat rakannya cuba untuk merogol seorang
gadis di bawah umur. Cantik pula tu. `Alang-alang menyeluk, kita minum air`kata
rakan itu sambil ketawa. Mereka yang lain cuba untuk membantu gadis malang
itu malangnya ada yang cedera kerana
ditembak. Ada yang ditikam dengan pisau. Mereka yang lain terdiam. Tidak berani
untuk menentang perompak itu kerana takut dibunuh.
Ketiga-tiga rakan
perompak itu memilih mangsa masing-masing. Muka Zahra berubah menjadi
tersangat pucat. Dia risau kalau dia menjadi salah satu mangsa rogol. Ya,
Allah. Kau bantulah hambamu ini. Ucapnya dalam hati. Zeffry mendekati dirinya dengan Zahra. Zahra terus tersentak
apabila tangannya disentuh lelaki itu. `Apa yang awak buat ni?`marah Zahra tapi
masih dalam keadaan yang terkawal. `Sorry..saya cume nak bantu awak. Sekarang
ni awak mesti menyamar menjadi isteri saya`kata Zeffry lancang. `What? Awak dah
gila? Saya tak kenal awak siapa...lepas tu awak nak saya menyamar jadi isteri
awak`marah Zahra. `Cik adik ooii..saya pun taknaklah jadi suami awak. Saya
cakap macam nie pun sebab nak bantu awak. Kalau perompak tu tahu awak ni masih
dara, awak nak ke jadi mangsa mereka?`soal Zeffry. Zahra menelan air liur.
Gila...taknaklah aku jadi mangsa mereka.
Salah seorang perompak itu memandang kearah Zahra
yang bercakap dengan Zeffry. Terus Zeffry tarik Zahra dalam pelukannya setelah
perasan perompak itu memandang mereka berdua. Zahra terkedu. First time dia
berada dalam pelukan lelaki bukan muhrimnya. `Awak jangan nak buat gila`ancam
Zahra. `Jangan risau. Awak bukan taste saya. Lagipun, daripada saya peluk awak
tak tentu pasal lebih baiklah saya peluk tunang saya`bisik lelaki itu.
Zahra
menarik muka masam. `Okey, sekarang lepaskan saya`arah Zahra. `Sekarang awak
pandang saya dan berlakon seolah-olah kita pasangan yang bahagia. Jangan risau.
Dia takkan kacau awak kalau tahu kita berdua pasangan suami isteri`bisik
Zeffry.
Lelaki itu akhirnya pergi dari situ. Zahra menarik
nafas lega. Mereka terdiam seketika. Zahra akhirnya tertidur dalam bas. Begitu
juga Zeffry. Zeffry tersedar sewaktu dia mendengar bunyi tapak kasut menuju
kearahnya. Tanpa berlengah lagi, dia terus mencium pipi Zahra membuatkan Zahra
terkejut. `Apa yang kau buat ni hah?`marah Zahra sambil mengesat pipinya. `Aku
masih dara lagilah. Kau jangan nak buat macam-macam pada aku. Karang aku
bagitahu kat tunang aku`jerkah Zahra. Zeffry terkedu. Dia terlambat menutup
mulut Zahra.
`Owh..jadi korang berdua bukan suami isteri?`tanya perompak yang
bertopeng itu garang. Zahra terus berpaling. Alamak..dia lupa pasal perompak
itu. Perompak itu kemudian memandang tepat pada Zahra. Mampus aku! Zahra
menunduk. Mereka yang lain cume melihat kejadian itu. Mereka yakin Zahra akan
menjadi mangsa kerakusan lelaki itu.
Lelaki itu menarik tangan Zahra. `Apa ni?
Lepaslah`jerit Zahra apabila dia dipaksa mengikuti lelaki itu. `Diam. Kalau kau
taknak aku bunuh kau, baik kau diam`ugut lelaki bertopeng itu. Zahra terdiam.
Zahra tergamam melihat lelaki itu tiba-tiba je jatuh tersungkur. Dia melihat
Zeffry yang telah menendang belakang lelaki itu. `Apa yang awak...?`tanya Zahra
terkejut. Perlakuan Zeffry itu akan menyebabkan mereka berada dalam masalah.
`Jom`ajak Zeffry sambil menarik tangan Zahra pergi dari situ.
Apabila berada di tangga, Zeffry melihat pintu
keluar terbuka. Namun, ada yang mengawasi pintu itu dengan senjata di tangan.
`Assalamualaikum..`tegur Zeffry. Lelaki itu menoleh kearahnya. Terus Zeffry
menghadiahkan sebuah sepakan menyebabkan lelaki itu terjatuh. `Jom`ajak Zeffry
sambil menarik tangan Zahra keluar dari situ.
`Wooiii...jangan lari!`jerit lelaki itu menyebabkan
dua rakannya memandang kearah dia. `Kejar mereka`arah lelaki itu sambil
memegang badannya yang sakit.
Mereka terus masuk ke dalam hutan. Berlari-lari
dalam hutan. Zahra terjatuh. `Awak okey tak?`tanya Zeffry. `Kaki saya
sakit`jawab Zahra sambil memegang kakinya yang sakit. Zeffry terus memandang
kearah lelaki itu yang semakin menghampiri mereka. Dia terus mengangkat Zahra.
`Apa yang awak buat nie? Lepaskan sayalah`marah Zahra. `Awak nak saya lepaskan
awak dan biarkan mereka tangkap kita atau awak nak saya angkat awak dan pergi
dari sini?`soal Zeffry.
Zahra terdiam. `Tapi..`kata Zahra. Zeffry tidak
mendengar kata-kata Zahra. Dia terus mendukung Zahra dan berlari dari situ.
Zeffry tersenyum melihat sebuah pokok yang besar. Dia terus bersembunyi disitu.
Mereka melihat lelaki-lelaki itu berlari kearah lain. `Syukurlah`kata Zahra lega.
`Sekarang lepaskan saya`arah Zahra. `Saya pun tak ingin nak angkat awak. Dah la
berat`kata Zeffry selamba sambil melepaskan Zahra. Berat? Aku rasa aku ni dah
kurus. `Kalau tahu saya ni berat. Tak payahlah angkat`balas Zahra. `Kalau saya
tak tolong awak, awak nak kita tertangkap?`kata Zeffry pula.
Zahra mengikut langkah Zeffry yang pergi dari situ.
`Ada rumahlah`jerit Zahra gembira. Zeffry terus berpaling. `Jom kita masuk
dalam rumah tu`ajak Zahra dan terus berlari ke dalam rumah tersebut. `Ehh..
nanti dulu`larang Zeffry. `Apa?`marah Zahra apabila tangannya dipegang. `Awak
dah gila ke nak masuk dalam tu?`marah Zeffry. `Kenapa pula?`tanya Zahra. `Cik
adik..rumah tu kita tak tahu pun siapa punya...lagipun, mungkin dalam tu ada
perangkap. Mana kita tahukan..`kata Zeffry risau. `Ada saya kisah..lagipun,
kita sendiri tak tahukan..sama ada rumah itu ada perangkap atau tak. So, apa
salahnya kalau kita cuba kan?`kata Zahra pula. Zeffry memandang tajam pada
Zahra. Zahra terus masuk ke dalam rumah itu tanpa mempedulikan larangan Zeffry
itu.
`Wow bestnya katil ni. Empuk`kata Zahra sendirian
sambil membaringkan dirinya atas katil. Zeffry memandang Zahra yang bersikap
budak-budak. Dia menggeleng kepalanya. `Macam budak-budak`getus Zeffry. Zahra
menjeling. Aku kisah apa??
`Nanti dulu. Sekarang kita nak ke mana?`tanya Zahra
cemas. `Baliklah kea awak nak tinggal kat sini?`perli Zeffry pula. Zahra
mencebik. `Orang tanya baik-baik nie. Dia perli pulak`omel Zahra sendirian.
Mereka dikejutkan dengan satu bunyi. Zahra menelan air
liur. Zeffry menoleh ke belakang. `Bunyi apa tu?`tanya Zeffry. `Harimau`jawab
Zahra tidak semena-mena. `Owh..harimau itu betul-betul datang baru tau`kata
Zeffry. `Datanglah nak datang`kata Zahra. Zeffry tersenyum. `Sure? Tengoklah
kat belakang`arah Zeffry. Zahra terus berpaling ke belakang. `Mana ada
apa-apa`jawab Zahra tidak berpuas hati. Namun, dia kaget apabila melihat Zeffry
sudah menghilangkan dirinya. `Mamat tu ke mana?`tanya Zahra. Dia mencuba
menjenguk namun tiada sesiapa pun disitu.
Tiba-tiba je kedengaran bunyi sesuatu. Zahra terus
berpaling. Bunyi itu semakin dekat. Bunyi itu betul-betul menakutkan Zahra.
`Keluarlah. Jangan main-main lagi`jerit Zahra namun tiada sahutan. Zahra
melihat pohon di hadapannya bergerak laju. Dia terus berundur ke belakang.
Zahra yang ketakutan terus menutup mukanya.
Kahkahkahkahkah....kedengaran orang ketawa. Zahra
terus membuka matanya. `Kata tak takut`perli Zeffry. `Grrr`marah Zahra sambil
menolak badan Zeffry. `Eh eh nak pergi mana tu?`tanya Zeffry apabila melihat
Zahra berjalan menonong. `Kl lumpur`jawab Zahra dalam perli. Zeffry ketawa.
`Ai..marah nampak`kata Zeffry. Mereka akhirnya menemui jalan keluar.
Zahra memegang perutnya. Zeffry memandangnya.
`Kenapa nie?`tanya Zeffry. Zahra tidak menjawab. Ya, Allah. Sakitnya perut
aku!! Kenapalah saat macam ni kau nak buat hal? Getus Zahra geram. `Kenapa nie?
Perut awak sakit ke?`soal Zeffry cemas. Zahra tidak menjawab sebaliknya
memegang perutnya. `Jom, saya hantar awak pergi klinik`kata Zeffry sambil
mengangkat Zahra.
`Encik suami pesakit?`tanya Doktor Alias. Zeffry
sedikit terkejut. Lambat-lambat dia mengangguk. `Macam mana keadaan isteri
saya, dok?`tanya Zeffry. `Dia okey. Tak apa-apa. Dia cume alami gastrik`kata
doctor itu. Gastrik? `Boleh saya jenguk dia?`tanya Zeffry. Doktor Alias
mengangguk. `Awak okey?`tanya Zeffry. Zahra mengangguk perlahan. `Isteri encik
ni kena makan tepat pada masanya. Pastikan isteri encik makan tepat pada
masanya`pesan Doktor Alias. Zahra terpinga-pinga. Dia
memandang Zeffry. `Baiklah. Doktor jangan risau. Saya janji saya akan
jaga isteri saya ni dengan baik. Saya akan pastikan dia makan tepat pada
masanya`balas Zeffry. Zahra mengelak bila Zeffry cuba pegang dia.
`Apa yang awak merepek nie?`marah Zahra. `Cik Zahra.
Shut up! Sekarang kita pergi makan. Nanti tak pasal-pasal saya kena angkat awak
sebab awak tak makan. Dahlah berat. Kalau hari-hari saya kena angkat awak, mau
badan saya jadi kurus`bebel Zeffry. `Siapa suruh awak angkat saya?`kata Zahra
acuh tidak acuh. `Haahkan. Sepatutnya saya tinggalkan aje awak kat situ, lagi
bagus. Tak menyusahkan saya`kata Zeffry. `Kalau tahu macam tu, apasal tak
tinggalkan saja saya dalam bas tu?`kata Zahra berang. `Awak nak saya masuk
neraka ke? Awak nak saya masuk neraka gara-gara tinggalkan awak dalam bas
tu?`kata Zeffry. Zahra menggigit bibirnya. Geramlah. Setiap kali bercakap
dengan mamat tu, pasti dia yang disalahkan.
Mereka singgah di sebuah restoran yang berhampiran.
Selesai pesan makanan, mereka terdiam seketika. `Lepas ni, kita nak pergi mana?`tanya Zahra memulakan
bicaranya. `Baliklah. Takkan tidur kat sini kot`jawab Zeffry. Zahra memandang
Zeffry. Geram dengan jawapan Zeffry. Tahulah nak balik. Orang tanya
betul-betul, dia main-main pulak. Zeffry tergelak melihat wajah Zahra yang
mulai mencuka. `Haa gelak la gelak`marah Zahra. `Habis tu awak ingat kita nak
tidur kat sini ke?`perli Zeffry bersama senyuman. `Eee..benci cakap dengan awak
tau`luah Zahra. `Siapa suruh awak cakap dengan saya`kata Zeffry. Zahra yang geram
dengan Zeffry terus berpaling kearah lain. Tak kuasa nak layan Zeffry.
`Awak tunggu sini kejap. Saya nak ke toilet jap`arah
Zeffry. Zahra mengangguk dan berdiri disitu. 5 minit berlalu..Zahra terjatuh
atas simen secara tiba-tiba. Dia tergamam. Lengannya yang perit tidak
dihiraukan. `Tolong!!`jerit Zahra apabila dia menyedari dirinya diragut.
`Tolong..tolong!!`jerit Zahra lagi. `Kenapa nie?`tanya Zeffry cemas. `Beg saya..beg saya kena
ragut`kata Zahra panik. `Owh..kena ragut`kata Zeffry selamba. Sekejap dia
terdiam. `Haa? Kena ragut?`terkejut Zeffry. `Cepatlah kejar diaorang`arah Zahra
sambil menunjukkan motor peragut itu. Zeffry terus berlari mengejar peragut itu
malangnya sudah terlambat.
`Macam mana?`tanya Zahra. Zeffry terus menggeleng
kepalanya. Zahra mengeluh. Mereka akhirnya membuat keputusan untuk membuat
aduan di balai polis. Zeffry melihat lengan Zahra yang berdarah. `Ehh lengan
awak`kata Zeffry sambil membelek lengan Zahra. Zahra turut memandang kearah
lengannya yang berdarah. Dia tidak perasan pula lengannya berdarah. `Jom, kita
duduk dulu. Saya ubatkan`kata Zeffry. Zahra hanya memerhatikan saja tingkah
laku Zeffry tu. `Apasal pandang macam tu?`tegur Zeffry membuatkan Zahra
terkejut. `Hah? Tak ada apa-apalah. Saja nak tengok cara awak rawat`kata Zahra.
Zeffry tertawa. `Yeke kea sebab dah jatuh hati kat saya? Yalah, saya tahu saya
ni kacak. Muka babyface. Ramai peminat`kata Zeffry memuji dirinya sendiri.
`Perasan`ejek Zahra sambil mencebik.
`Eh sepatutnya awak bangga tau sebab saya
sudi nak rawat luka awak nie. Saya ni bukan senang nak rawat orang kecuali
tunang sayalah`kata Zeffry lagi. Zahra mencebik. Macamlah dia seorang ada
tunang. Getus hati Zahra. `Dah siap`kata Zeffry.
`Rasanya baik kita check in dekat hotel dulu sebelum
kita teruskan perjalanan. Lagipun, hari dah nak malam ni`kata Zeffry. Zahra
cume mengikuti kata-kata Zeffry. Mereka menempah dua buah bilik yang
bersebelahan. `Ni kunci awak. Kalau ada apa-apa hal, panggil saya. Saya duduk
sebelah ni je`kata Zeffry. Zahra mengangguk dan terus masuk ke dalam biliknya.
Tok tok tok...Mata Zahra terbuka luas. Dia melihat
kearah pintunya yang berbunyi. Kemudian matanya beralih pada jam yang terdapat
di dinding. Pukul 9.45 malam. `Siapa yang datang malam-malam nie?`tanya Zahra
sendirian. Zahra terus membuka pintu biliknya. Terpancul muka Zeffry. Zahra
menarik nafas lega. `Awak..ada apa?`tanya Zahra bingung. `Awak tidur ke?`tanya
Zeffry tanpa menjawab pertanyaan Zahra tadi. `Tak adalah. Tak tidur pun`jawab
Zahra. `Owh..awak buat apa?`tanya Zeffry. `Tak buat apa, kenapa?`tanya Zahra
kembali. `Kalau macam tu, jom temankan saya ambik angin kat luar`ajak Zeffry.
`Ambik angin kat luar?`gelak Zahra dalam perli. `Ya ya ya apa-apa je lah cik
adik`kata Zeffry malas nak bertengkar. Zahra memandangnya.
`Please`rayu Zeffry
sambil buat muka babyface. Zahra tergelak melihatnya. `Owh..merayu lah nie`kata
Zahra. Zeffry mengangguk. `Kalau macam tu, buat gaya itik dulu`dera Zahra.
`Jangan nak mengada-ngada. Cepatlah.`gesa Zeffry. `Okeylah. Tunggu sekejap.
Saya bersiap`kata Zahra. `Jangan lama-lama. Perempuan ni kalau dah bersiap
bukan main lama lagi..`bebel Zeffry. Gedegang. Belum sempat dia menghabiskan
ceramahnya, Zahra telah menutup pintu biliknya dengan kuat. Zeffry
terkebil-kebil. `Inilah masalahnya budak zaman sekarang. Orang nak ceramah, dia
taknak dengar`bebel Zeffry sendirian.
Mereka pusing satu Bandar Melaka. Sempat juga mereka
bergambar di atas kapal. `Gilakan...sepatutnya sekarang kita tengah fikirkan
cara untuk balik ke rumah`kata Zeffry memecahkan kesunyian. Zahra tersenyum.
`Sekarang..siapa punya idea untuk kita berada atas kapal nie?`kata Zahra
mengenakan Zeffry. `Ya ya ya..saya. tak payah nak ungkit`kata Zeffry. Zahra
ketawa.
`Mengaku pun`jawab Zahra. `Sebenarnya kan..ni first time saya berada
atas kapal nie dengan seorang perempuan`kata Zeffry. `Owh..yeke? habis tu
tunang awak?`tanya Zahra. Yelah, orang tu kan tak habis-habis sebut pasal
tunang dia. `Kecuali tunang sayalah. Kitaorang dah banyak kali datang ke sini.
Kampung dia pun ada dekat sini`jawab Zeffry mulai bercerita pasal tunang dia.
Tengok tu. Kan aku dah cakap. Dia tak habis-habis cerita pasal tunang dia.
Ingat dia seorang ada tunang? Aku pun ada jugak.
`Eh dah lah. Jom balik`ajak Zeffry. Zahra
mengangguk. Namun, tiba-tiba je hujan turun dengan lebat. Zahra tersenyum
sambil menadahkan tangannya. Wow...mesti best dapat main hujan. `Amboi che kak.
Awak ingat nie filem Hindustan ke?`perli Zeffry apabila Zahra bermain hujan.
`Suka hati sayalah. Jealous`kata Zahra tidak menghiraukan pandangan Zeffry.
`Kalau awak sakit, saya juga yang susah`bebel Zeffry. Dia tersengih. Lalu dia
mengeluarkan sebuah kamera. Dia mulai menangkap gambar persekitaran disitu.
Cantik! Pujinya.
Namun, matanya terpandangkan Zahra yang asyik dengan
dunia khayalannya. Menari entah pape. Lagak macam dalam Hindustan. Lensa kamera
milik Zeffry mulai difokuskan kepada Zahra. Snap!! Zahra terkejut lantas dia
terjatuh. Zeffry ketawa. `Nice picture`kata Zeffry yang mengambil gambar Zahra
yang terduduk. Nasib baik Zahra terjatuh dalam keadaan yang cantik.
`Awak..`jerit Zahra yang geram dengan Zeffry. Zeffry terus melarikan dirinya
apabila mendapati Zahra yang bengang dengannya.
`Bak sini kamera tu`arah Zahra. `Taknak`jawab
Zeffry. `Sini`marah Zahra. `Kalau awak nak, ambik sendiri`kata Zeffry. Zahra
cuba berebut kamera dengan Zeffry namun tidak berjaya. Zahra tidak dapat
merampas kembali kamera itu kerana dirinya yang rendah berbanding Zeffry.
`Ehem..`kedengaran orang berdehem. Keduanya terus berpaling dan terdiam.
Alangkah terkejutnya mereka berdua melihat beberapa orang berpakaian seperti
pencegah maksiat. `Assalmualaikum..`lelaki itu memberi salam dan salam itu
dijawab oleh Zeffry dan Zahra walaupun lambat. Mereka berdua saling
berpandangan. `Korang berdua memang pasangan yang serasi`ucap lelaki yang
berpakaian kopiah itu. `Harap korang bahagia hidup sebagai pasangan suami
isteri`sampuk seorang lagi. `Maaf mengganggu. Kami bergerak dulu`kata seorang
lagi dan memberi salam. Zeffry dan Zahra menjawab soalan itu. Mereka menarik
nafas lega kerana tidak ditangkap oleh pencegah maksiat itu. Syukurlah..getus
keduanya. Zahra memandang Zeffry geram. Zeffry sekadar tersenyum terus berlari
ke biliknya. Zahra memandangnya geram. Geram kerana tidak berjaya mendapatkan
gambar dia.
Zeffry mengetuk pintu bilik Zahra namun tidak
bersahut. Hai..takkan masih tidur lagi kot? Getus hati Zeffry lalu membiarkan
Zahra. Dia terus keluar berjoging sendirian. Selesai berjoging, dia terus
membeli sarapan pagi mereka. Sekali lagi dia mengetuk pintu bilik Zahra namun tiada
sahutan. Zeffry mulai berdebar. Jangan-jangan sesuatu dah berlaku pada dia kot?
Zeffry terus berlari ke kaunter hotel dan meminta kunci pendua. Nasib baik
mereka sediakan kunci pendua. Zeffry terus membuka pintu itu.
Dia melihat Zahra yang terbaring atas katil. Segera
dia mengejutkan perempuan itu namun malangnya Zahra tidak sedar. Akhirnya dia
menjamah dahi Zahra. `Panasnya badan
dia. Dia demam ke?`tanya Zeffry sendirian. Dia mulai mengingati cara-cara
maknya merawat ketika dia demam dahulu. Dia membasahkan kain dan diletakkan di
dahi Zahra. Dia juga membeli ubat dan makanan untuk Zahra.
Zahra tersedar saat dia merasakan ada seseorang yang
bermain dengan kepalanya. `Haa..sedar pun awak`kata Zeffry tersenyum. `Apa yang
dah berlaku?`tanya Zahra. `Awak demam. Hampir saja tak sedarkan diri. Saya
ingat nak panggil bomba dah tadi`seloroh Zeffry. Dahi Zahra berkerut. `Apasal
nak panggil bomba pula?`tanya Zahra hairan. `Senang..mereka boleh angkat awak
ke klinik. Takda lah menyusahkan saya nanti`gurau Zeffry.
`Eee...geramnya.`marah Zahra sambil memukul Zeffry dengan bantal tidurnya.
Zeffry tergelak. Kelakar melihat keadaan Zahra seperti itu. Mana taknya, muka
dia merah padam menahan marah. Semakin Zahra bengang, semakin kuat Zeffry
gelak. Sukanya dia tengok Zahra marah.
`Makan bubur ni lepas tu makan ubat`arah Zeffry.
Zahra memandangnya. `Apa tengok-tengok? Nak pelempang?`gurau Zeffry. Zahra
mencebik. Tahu sangat perangai Zeffry yang suka menyakatnya. `Makan`arah Zeffry
sambil membulatkan matanya. Mana taknya, Zahra taknak makan ubat. Tak suka
katanya. `Taknak`jawab Zahra sepatah. `Makan`arah Zeffry. `Saya kata
taknak`jawab Zahra. `Okey fine`kata Zeffry akhirnya mengalah jua. Dengan
selamba, Zeffry makan sebiji ubat tersebut. Zahra hanya memerhatikan tingkah laku
Zeffry itu. Eeei.mamat ni. Tak rasa pahit ke?
`Emm...sedapnya. Macam vitamin C rasanya. Tak adalah pahit sangat rasanya`pancing Zeffry.
Zahra hanya memandangnya. `Ruginya awak tak makan. Tahu tak ni sebenarnya bukan
ubat tapi vitamin C. Vitamin ni baik untuk kesihatan tau. Awak pernah dengar
tak vitamin C sebelum nie. Kalau adik saya tahu pasal ni, tentu dah habis adik
saya makan semua nie. Adik saya tu memang pantang jumpa vitamin C. Semua
vitamin dia nak rembat.`pancing Zeffry lagi. `Betul ke vitamin C? Bukan
ubat?`tanya Zahra. `Awak cubalah sendiri`arah Zeffry. Perlahan-lahan Zahra
mengambil ubat itu dan terus menelannya. Zeffry lekas-lekas menghulurkan air
mineral kepada Zahra.
Zeffry tersenyum. Umpannya berjaya. `Awak tipu saya
ye?`tanya Zahra. `Mana ada`bantah Zeffry. `Ada`jawab Zahra. Zeffry tersenyum.
`Alamak, saya lupa. Gas kat dapur belum tutup lagi. Bye`kata Zeffry yang ingin
menyelamatkan dirinya dari diterkam oleh Zahra. Gas dapur? Zahra
terkebil-kebil. Tolol punya mamat. Dia ingat aku boleh ditipu apa? Mana ada
tong gas dalam hotel nie?
Sekali lagi mereka meneruskan perjalanan mereka.
`kita berhenti dekat telefon awam tu kejap. Saya nak buat panggilan`kata Zahra.
Zeffry cume mengangguk. `Hello..assalamualaikum..`Zahra memberi salam. `Ye sayang.
You ni. Janganlah risau. I okeylah`balas Zahra lembut. Zahra tergelak mendengar
balasan dari sebelah sana. Zeffry menoleh sebaik saja terdengar Zahra menyebut
sayang. Keningnya terangkat. `Janganlah risau. I okey. Hah..owh..sorry. Hp i
hilang. Em..kena ragut`kata Zahra. `Takk..i okey. Itulah...cume beg i je yang
hilang`kata Zahra lagi. `Em..takpalah. Esok i sampailah kat rumah`kata Zahra.
`Ye, i miss you too. Bye.`jawab Zahra sambil meletakkan gagang telefon.
`Siapa?`tanya Zeffry. `Tunang saya`jawab Zahra.
`Awak ada tunang?`tanya Zeffry terkejut. Zahra tersenyum sinis. `Habis tu awak
ingat awak sorang je ada tunang?`soal Zahra dalam perli. Zeffry menggaru
kepalanya sambil tersengih. Zahra menggeleng kepalanya. Hari dah menunjukkan
pukul 8 malam. `Kita pergi makan dulu lepas tu kita menginap kat mana-mana
penginapan`kata Zeffry. `Okey je`jawab Zahra. `Jom..saya bawa awak pergi makan
kat satu tempat special`kata Zeffry. `Ehh saya salah dengar ke? Tempat
special?`perli Zahra. Zeffry mencekak pinggangnya. `Haa perli perli..nanti saya
tarik balikkan kata-kata saya nie.`ugut Zeffry. `Ehh janganlah. Saya tak perli
lagi...`kata Zahra kalut. Zeffry tersenyum melihat gelagat Zahra yang kalut
semacam. Tahu takut!!
`Ikan bakar?`terkejut Zahra apabila Zeffry membawa dia
ke restoran ikan bakar yang terkenal di daerah situ.
`Kenapa? tak suka?`tanya
Zeffry. Zahra terus menggeleng kepalanya. `Apa?`kata Zeffry sambil mencelikkan
matanya. `Eh tak. Maksud saya..ikan bakar nie makanan kegemaran saya`kata Zahra
riang. `Baguslah kalau macam tu`jawab Zeffry. Selepas memesan, mereka makan.
`Sedap tak?`tanya Zeffry. Zahra mengangguk laju. `Tahulah sedap. Tapi janganlah
makan comot. Tengok tu, muka habis dengan makanan`bebel Zeffry. `Comot
eh?`tanya Zahra. Zeffry mengangguk sambil menghulurkan tisu kepada Zahra. Zahra
mengesat namun tidak kena pada sasarannya. `Bukan kat situlah. Mari saya
tolong`kata Zeffry sambil mengelap mulut Zahra yang tercemar. Keduanya
tersentak. Apa yang aku buat nie? Getus hati Zeffry.
`Mak..Zeff hantar Zahra balik ke rumah dulu ye`kata
Zeffry. Puan Seri mengangguk. `Yelah. Bawak kereta tu hati-hati`pesan Puan
Seri. `Baiklah mak`balas Zeffry. `Saya balik dulu makcik`kata Zahra sambil
menyalami Puan Seri. `Zahra, tolong tengokkan si Zeff nie. Dia kalau bawak kereta
memang dah tak ingat dunia dah. Orang kat sebelah pun dia boleh lupa`kata Puan
Seri. Zeffry tersengih mendengar kata maknya itu. Zahra menoleh kearah Zeffry.
`Abang dah nak pergi ke? Nanti abang jangan lupa belikan adik gula-gula
tau`pesan Ikmal, adik bongsu Zeffry. Zeffry mempunyai 5 adik beradik. Dia anak
ke 3. Dia ada seorang abang, seorang kakak dan dua orang adik. `Baiklah nanti
abang beli`jawab Zeffry.
`Apa senyum-senyum? Dahlah senyum macam kerang
busuk`kutuk Zeffry. Zahra mengerutkan dahinya. Apa? Dia kata aku senyum macam
kerang busuk? `Awak dah pernah tengok ke kerang busuk senyum macam mana?`soal
Zahra. Zeffry menggeleng kepalanya. `Awak dah pernah tengok ke?`tanya Zeffry
sambil tersengih. Haa..kalau dia dah senyum macam tu, adalah tu dia nak kenakan
aku. Getus Zahra. `Cuba awak senyum`arah Zahra. Zeffry menurut kata Zahra. Dia
senyum. `Haa..macam tu lah kerang busuk senyum. Sebiji macam awak`kata Zahra
selamba membuatkan senyuman Zeffry semakin mengendur. Kurang asam. Dia kenakan
aku!! Kahkahkahkah...Zahra ketawa. Padan muka..aku kenakan kau.
`Amboi..melampaulah tu ketawa macam tu`kata Zeffry tidak berpuas hati. `Ada
saya kisah`kata Zahra yang masih lagi mengukir senyuman.
`Aaaa..`jerit Zahra sambil memeluk maknya. Zeffry
tersenyum melihat gelagat Zahra yang bagaikan anak kecil baru ketemu maknya.
Manja. `Eh siapa nie? Taknak kenalkan pada kami?`soal Angah, abang kedua Zahra
apabila melihat Zeffry yang menghantar Zahra pulang ke rumah. `Owh..lupa pula.
Mak Ayah dan abang-abang sekalian..kenalkan ini Zeffry, hero Zahra`kata Zahra
memperkenalkan Zeffry kepada ahli keluarganya. Zeffry menyalami mereka semua.
`Dialah yang selamatkan Zahra. Kalau dia tak ada, Zahra pun tak tahu macam mana
keadaan Zahra sekarang`kata Zahra perlahan.
`Owh..terima kasihlah sebab sudi
selamatkan Zahra. Kami betul-betul berhutang budi dengan kamu`ucap Mak Zahra.
`Tak apalah makcik. Dah menjadi tanggungjawab saya.`jawab Zeffry ikhlas. `Eh
jomlah masuk dalam. Berbual-bual dulu`ajak Tuan Shaari, ayah kepada Zahra.
`Eh..tak apalah Pakcik. Dah lewat nie. Nanti risau pula orang tua saya`tolak
Zeffry dengan baik. `Kalau macam tu tak apalah. Nanti kirim salam pada kedua
orang tua kamu`kata Tuan Shaari. Zeffry cume mengiakan.
`Awak..`panggil Zahra sebaik saja Zeffry membuka
pintu keretanya. Zeffry memandang kearahnya. `Terima kasih`ucap Zahra. Zeffry
tersenyum. `Untuk apa?`tanya Zeffry. `Sebab awak dah selamatkan saya dan
menjaga saya dengan baik selama nie`balas Zahra. `Jadi awak mengakulah saya nie
baik?`soal Zeffry. `Yup`balas Zahra. `Kacak, handsome..cute.`tambah Zeffry
lagi. Zahra cume mengangguk membuatkan Zeffry ketawa. `Kejap..perasannya awak
nie`kata Zahra lagi membuatkan tawa Zeffry meletus. `Okeylah..saya pergi lagi.
Kalau ada jodoh, kita akan bertemu lagi`kata Zeffry selamba dan terus menutup
pintu keretanya. Kalau ada jodoh?? Getus hati Zahra.
Sebaik saja Zahra ingin masuk ke dalam rumahnya, dia
terkejut apabila ada kereta menghalangnya. Keluarlah seorang lelaki berpakaian
kot. Memang kemas perwatakan lelaki tersebut. `Assalamualaikum..sayang!`tegur
Lelaki itu. `Erry..`jerit Zahra gembira. `Tahulah rindu tapi janganlah jerit
macam tu`tegur Erry. Zahra tersenyum.
6 bulan kemudian...
`Sayang..`panggil Elisya. `Hmm...`sahut Zeffry
ringkas. `Hujung minggu nanti you free tak?`soal Elisya pada Zeffry yang sedang
menjamu sarapan. `Rasanya tak. Kenapa you tanya?`tanya Zeffry sambil memandang
Elisya. `I ingat nak jemput you datang rumah i nanti. Ada kenduri`kata Elisya
menyatakan hasratnya. `Owhh..ye? siapa nak kahwin? You?`seloroh Zeffry. `Kalau
i nak kahwin, i tak payah undang you sebab you pengantin lelaki`kata Elisya.
Zeffry tersenyum. `Kan i ada cakap kat you hari tu abang i yang nak kahwin`kata
Elisya. `Baiklah sayang`jawab Zeffry.
Bunyi hon mengejutkan Zahra. `Zahra, cepatlah. Erry
dah tunggu kat luar sana`bagitahu mak Elisya. `Dah siap nie mak. Mak, Zahra
pergi dulu ye.`kata Zahra. `Hm..baiklah. Tapi jangan balik lewat tau`pesan
Maknya. `Baiklah mak. Bye`kata Zahra lalu mendapatkan Erry yang sedang
bersandar pada keretanya.`Wau, cantiknya. Ni siapa yang nak kahwin nie? You ke
sepupu i?`usik Erry. `Laa..you tak tahu ke? Kenduri i kejap lagi`loyar buruk
Zahra. `Kalau macam tu, i ni pengantin lelakinya lah?`usik Erry membuatkan
Zahra ketawa. Macam-macamlah.
`Abang Erry`jerit Elisya. Erry melambaikan
tangannya. `Hai..siapa sebelah nie?`tanya Elisya. `Tunang abanglah. Owh..lupa
pula Elisya tak ada masa abang bertunang`kata Erry sambil menepuk dahinya.
Elisya tersenyum. Mereka sempat mengenakan abang Elisya yang menjadi raja
seharian pada hari itu. `Mana tunang kamu, Sya? Abang tak nampak pun`tanya
Erry. `Abang nie. Macam manalah abang nak tengok kalau muka dia pun abang tak
pernah tengok`perli Elisya membuatkan Zahra gelak. Zahra dapat lihat hubungan
Elisya dengan Erry yang sememangnya rapat. `Haa...itupun dia`kata Elisya sambil
melambai tangannya pada seorang lelaki yang berpakaian baju kemeja. Lelaki
mendekati mereka bertiga.`Assalamualaikum..`lelaki itu terus memberi salam.
Zahra yang membelakangkan lelaki itu terus berpaling. Alangkah terkejutnya dia
apabila melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu juga ternyata terkejut.
`Zeffry..kenalkan ini sepupu i, namanya Erry dan
sebelah dia nie Zahra, tunang Abang Erry.`kata Elisya memperkenalkan mereka
berdua. Zeffry mengukir senyuman namun hambar. Zeffry dan Erry bersalaman.
Namun mata Zeffry tidak lepas dari memerhatikan Zahra. Begitu juga Zahra. Entah
kenapa jantungnya bergerak laju sebaik saja melihat wajah Zeffry. Ya Allah
kenapa dengan aku nie? Kenapa gelabah semacam nie? Zahra tertanya-tanya.
`Abang Erry, Elisya nak bagitahu sesuatu pada
abang`kata Elisya menarik Erry dari situ. `Korang berdua berbuallah dulu
ye`pesan Elisya lalu meninggalkan mereka berdua. Suasana menjadi sunyi sepi.
Masing-masing bingung. Tak tahu nak kata apa. Akhirnya keadaan menjadi sepi.
`Awak sihat?`soal Zeffry memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Zahra
tersenyum. `Sihatlah. Macam mana hubungan awak dengan Elisya?`tanya Zahra.
`Hubungan kami okey je. Malah bertambah baik`jawab Zeffry. `Jom makan
sayang`sampuk Erry yang baru tiba bersama Elisya. Zeffry cume memandang mereka
berdua kemudian dia beralih kearah lain. Entah kenapa hatinya sakit melihat
kemesraan Erry dengan Zahra itu. Zahra tersenyum dan mengangguk. `Jom`ajak Erry
sambil menarik tangan Zahra ke khemah. `Hey..jom makan`ajak Elisya. Zeffry
mengangguk.
Zahra termenung di pejabatnya. Pertemuannya dengan
Zeffry kali ini entah kenapa sering mengganggu perasaannya. Sejak akhir-akhir
ini dia sering tak lena tidur disebabkan memikirkan Zeffry. Zeffry memandang
kipas dalam biliknya. Fikirannya melayang. Melayang saat dia bertemu dengan
Zahra di kenduri majlis dua hari lepas. `Zahra` Entah kenapa nama itu meniti di
bibirnya.Seketika Zeffry tersenyum.
`Hello..sorry sayang. I lupa nak bagitahu you, i ada
meeting tengah hari nanti jadi i tak boleh nak jemput you`kata Erry berasa
bersalah. `Tak apalah. I pergi sendirilah kalau macam tu`kata Zahra. `Tak apa
ke?`tanya Erry risau. `Tak apa. Jangan risau okey`jawab Zahra. `Terima kasih
sayang. Love you.`ucap Erry membuatkan Zahra tersenyum.
`Alamak..aku nak pergi makan kat mana nie?`tanya
Zahra sendirian. `Apa yang membebel sendirian nie?`tegur satu suara mengejutkan
Zahra. Nasib baik dia tak melatah. `Zeffry`marah Zahra yang terkejut. Zeffry
ketawa. `Sorry.. tak sangka pula awak boleh terkejut sampai macam nie
sekali.`kata Zeffry yang masih lagi tersenyum. Zahra cume menggeleng kepalanya.
`Buat apa kat sini sendiri?`tanya Zeffry lagi. `Nak pergi makan`jawab Zahra
sambil menunjukkan ke sebuah restoran di hadapan mereka. `Kalau macam tu,
jom`ajak Zeffry. `Pergi mana?`tanya Zahra apabila Zeffry berjalan kearah lain.
`Saya nak bawa awak makan kat tempat lain. Makanan situ sedap`kata Zeffry.
`Tapi..`kata Zahra. `Jomlah. Saya belanja`ajak Zeffry lagi. `Awak belanja? Yeay...jimat
duit saya`kata Zahra gembira. Zeffry menjegilkan matanya. Zahra ketawa.
Mereka berbual-bual sambil menikmati lunch. Memang
betul kata Zeffry, tempat yang dia bawa tu memang sedap. Mana taknya, dua tiga
kali mereka menambah. Kadang-kadang Zeffry mengusik Zahra membuatkan Zahra
ketawa.
Zahra ingin membuat kejutan pada tunangnya. Dia
masuk ke dalam syarikat Erry tanpa pengetahuannya. Kebetulan masa tu,
setiausaha Erry pergi ke tandas. Zahra terus mengetuk pintu pejabat Erry.
Arahan masuk membuatkan Zahra membuka pintu. Dia tergamam melihat Elisya yang
turut berada dalam pejabat Erry. Bukan apa..dia terkejut melihat mata Elisya
yang bengkak. Erry nampak terkejut dengan kehadiran Zahra itu. `Maaf i mengganggu`kata Zahra yang ingin keluar
dari situ. `Tak apa, Zahra. Masuklah, Elisya dah nak pulang`kata Erry
membantutkan langkah Zahra. Elisya pulang. Sedikitpun dia tidak memandang wajah
Zahra. Zahra hanya memandang Elisya. Mata dia bengkak. Ada sesuatu berlaku ke?
`Kenapa?`tanya Erry. `Kenapa dengan Elisya? Mata dia
sembab. Kenapa dia menangis?`soal Zahra bertalu-talu. Erry menggeleng
kepalanya. `Tak ada apalah. Ni datang sini kenapa?`tanya Erry. `Kenapa? i
memang tak boleh datang sini ke? Kalau macam tu, tak apalah`kata Zahra
berura-ura keluar. Erry terus memegang tangan Zahra. `Bukan macam tu lah,
sayang. I sebenarnya terkejut lihat you ada kat sini. Tiba-tiba je`luah Erry.
Zahra tersenyum. `Well, surprise`kata Zahra.
Zahra terus berlari ke rumah Erry sebaik saja
menerima panggilan kecemasan dari Erry. Namun, dia terkejut melihat Zeffry yang
turut berada di situ. Zeffry berada di ruang tamu. `Zeff, apa awak buat kat
sini?`soal Zahra yang terkejut. Zeffry hanya diam. Dia hanya menjongketkan
bahunya. Dia sendiri tak tahu apa yang dia buat kat sini. Dia hanya menerima
panggilan kecemasan dari Elisya menyuruhnya ke situ.
`Baguslah kamu berdua sudah sampai`kata Elisya.
Zeffry dan Zahra terus menoleh. Mereka melihat Elisya yang turun bersama Erry.
Matanya sembab. `Sayang`tegur Zeffry cuba mendekati Elisya namun Elisya
mengelak. `Kenapa nie?`tanya Zeffry hairan. `Erry. You kata ada kecemasan. Apa
nie?`tanya Zahra hairan. `Inilah kecemasan dia`kata Erry. Dahi Zahra berkerut
tidak mengerti akan kata-kata Erry itu. `Erry..jangan main-main boleh tak?`kata
Zahra berang. `Owh..i tak boleh mainkan you. Habis tu, you mainkan i boleh
pulak`bidas Erry. `Apa yang you cakap nie? I tak faham`kata Zahra. `You tak
faham ke buat-buat tak faham?`perli Erry. Zahra tercengang. Dia menoleh pada
Zeffry yang turut hairan.
`Sampai hati you kan buat i macam nie. Kalau ye pun
you tak cintakan i, cakaplah. Jangan main-mainkan i pula`kata Elisya pula. `Apa
yang you cakapkan nie? Sejak bila pula i main-mainkan you? Boleh tak kalau
cakap..tak berbelit-belit?`kata Zeffry. `Ni...apa semua nie?`tanya Elisya
sambil melemparkan gambar kepada Zeffry. Mata Zahra melihat gambar itu. Dia
terkejut melihat gambarnya bersama Zeffry. Perlahan-lahan dia mengutip salah
satu daripada gambar tersebut. Gambar nie..gambar dia bersama Zeffry di Melaka.
Gambar tu juga gambar yang dia dan Zeffry berebut-rebut. Dia sendiri tak
menyangka Zeffry masih lagi menyimpan gambarnya.
Wow...mesti
best dapat main hujan. `Amboi che kak. Awak ingat nie filem Hindustan ke?`perli
Zeffry apabila Zahra bermain hujan. `Suka hati sayalah. Jealous`kata Zahra
tidak menghiraukan pandangan Zeffry. `Kalau awak sakit, saya juga yang
susah`bebel Zeffry. Dia tersengih. Lalu dia mengeluarkan sebuah kamera. Dia
mulai menangkap gambar persekitaran disitu. Cantik! Pujinya.
Namun, matanya terpandangkan Zahra yang asyik dengan
dunia khayalannya. Menari entah pape. Lagak macam dalam Hindustan. Lensa kamera
milik Zeffry mulai difokuskan kepada Zahra. Snap!! Zahra terkejut lantas dia
terjatuh. Zeffry ketawa. `Nice picture`kata Zeffry yang mengambil gambar Zahra
yang terduduk. Nasib baik Zahra terjatuh dalam keadaan yang cantik.
`Awak..`jerit Zahra yang geram dengan Zeffry. Zeffry terus melarikan dirinya
apabila mendapati Zahra yang bengang dengannya.
`Bak sini kamera tu`arah Zahra. `Taknak`jawab
Zeffry. `Sini`marah Zahra. `Kalau awak nak, ambik sendiri`kata Zeffry. Zahra
cuba berebut kamera dengan Zeffry namun tidak berjaya. Zahra tidak dapat
merampas kembali kamera itu kerana dirinya yang rendah berbanding Zeffry.
`Ehem..`kedengaran orang berdehem. Keduanya terus berpaling dan terdiam.
Alangkah terkejutnya mereka berdua melihat beberapa orang berpakaian seperti
pencegah maksiat.
`Assalmualaikum..`lelaki itu memberi salam dan salam itu
dijawab oleh Zeffry dan Zahra walaupun lambat. Mereka berdua saling berpandangan.
`Korang berdua memang pasangan yang serasi`ucap lelaki yang berpakaian kopiah
itu. `Harap korang bahagia hidup sebagai pasangan suami isteri`sampuk seorang
lagi. `Maaf mengganggu. Kami bergerak dulu`kata seorang lagi dan memberi salam.
Zeffry dan Zahra menjawab soalan itu. Mereka menarik nafas lega kerana tidak
ditangkap oleh pencegah maksiat itu. Syukurlah..getus keduanya. Zahra memandang
Zeffry geram. Zeffry sekadar tersenyum terus berlari ke biliknya. Zahra
memandangnya geram. Geram kerana tidak berjaya mendapatkan gambar dia.
Zeffry
terkedu. `I can explain`kata Zeffry. `Tak perlu. Semuanya sudah jelas`marah
Elisya. ` Elisya, semua nie salah faham`kata Zahra cuba untuk membetulkan
keadaan. Zahra cuba mendekati Elisya. `Dah la perempuan. Semua nie dah cukup
jelas bagi aku`marah Elisya. Namun, Zahra tidak berputus asa. Dia cuba
mendekati Elisya. Elisya terus menolak Zahra membuatkan dia hampir terjatuh.
Nasib baik Zeffry sempat menyambutnya. `Awak okey?`tanya Zeffry prihatin. Zahra
mengangguk perlahan.
`Tengok. You lebih pedulikan dia dari i kan..?`tuduh
Elisya. Zeffry memandang Elisya. `Okey, kalau betul you cintakan i, pandang
tepat pada muka i dan bagitahu i yang you cintakan i`arah Elisya. Zeffry
terdiam. Entah kenapa lidahnya kelu untuk menyatakan perkataan itu. `See.You
tak boleh pun cakap kat i. Sedangkan dulu you sering ucapkan 3 perkataan tu
pada i. Jadi kenapa sekarang tak boleh?
Sebab hati you dah ada pada orang lainkan..? dan orang tu adalah Zahra. Betulkan?`desak
Elisya.
`Elisya, i dengan Zahra cume..`kata Zeffry potong oleh Elisya. `Apa?
Kawan? Zeffry dahlah. I dah letih dengan permainan you. Sejak you bertemu
dengan Zahra, perasaan you layanan you pada i dah tak sama macam dulu lagi.
Sekarang you lebih fikirkan tentang Zahra. Nama Zahra sentiasa meniti di bibir
you.`kata Elisya. Zeffry memandangnya. `Apa? Sudahlah..i boleh cakap macam tu
sebab i sendiri dengar`kata Elisya sambil mengimbas kembali kejadian dulu.
`Zeffry ada?`soal Elisya pada Hanisah, kakak Zeffry.
`Owh..Zeff demam. Naiklah dulu. Dia ada dalam bilik.`kata Hanisah. Elisya terus
menuju ke bilik Zeffry. Dia melihat Zeffry yang menyelimut diri. Terus dia
menjamah dahi Zeffry. Panasnya badan. Elisya turun bawah dan memasak bubur
untuk Zeffry. Dia kemudian meletakkan kain basah atas dahi Zeffry. Masa dia
mahu bangun, dia tersentak apabila Zeffry memegang tangannya. `Please jangan
pergi`kata Zeffry yang masih lagi menutup matanya. `Zeff, awak dah sedar?`tanya
Elisya. Namun, apabila melihat Zeffry cume meracau, dia tersenyum. `Ye, saya
takkan pergi ke mana-mana`jawab Elisya sambil memegang tangan Zeffry. `Tolong
jangan tinggalkan saya, Zahra`kata Zeff mengejutkan Elisya. Aku salah dengar
ke? Zahra? Siapa Zahra? Kenapa aku macam kenal je nama tu? Tanya Elisya
sendirian.
`Tapi bila kali kedua i dengar you sebut nama yang
sama. Saya yakin saya tak salah dengar. Tapi masa tu saya tak tahu lagi nama
Zahra yang meniti di bibir mulut awak adalah orang yang sama dengan tunang
Abang Erry. Keesokannya, bila saya mengemaskan bilik awak, saya terpandangkan
kamera yang terdapat dalam bilik awak. Hati saya terdetik untuk melihat gambar
dalam kamera awak itu`kata Elisya bersama airmata. Mereka bertiga terdiam.
`Hancur hati i bila melihat gambar you
bersama Zahra. Hati i sakit lalu i pergi meninggalkan you tapi terserempak
dengan Kak Hanisah. Bila i tunjukkan foto kamu berdua. Lebih menyakitkan hati
i, Kak Hanisah kata you ada bawa Zahra ke rumah dan diperkenalkan kepada
keluarga you. Bila Kak Hanisah cuba meyakinkan i tentang hubungan korang berdua
dan beria-ia bagitahu kat i yang korang sekadar kawan. Bila Kak Hanisah
beritahu you tolong Zahra semasa korang berdua berada dalam bas yang sama. I
boleh terima. Tapi yang i tak boleh
terima apabila nama Zahra sentiasa di bibir you. Lagi menyakitkan hati i bila i
nampak you keluar dengan Zahra. Korang bermesra-mesraan`kata Elisya.
Muka Zahra
berubah. Begitu juga dengan Zeffry. Bila aku keluar dengan Zeffry? Em...mungkin
masa aku dengan Zeffry yang tidak sengaja terserempak itu. Getus hati Zahra.
`Lepas tu, i pergi pejabat Abang Erry dan
menceritakan semuanya pada dia`sambung Elisya. Patutlah masa aku pergi pejabat
Erry, muka Elisya nampak sembab. Baru lepas nangis, rupanya dia menangis
gara-gara aku dengan Zeffry. `Maaf..saya tak sangka hubungan kitaorang akan
buat awak menangis. Saya janji lepas ni saya takkan ganggu hubungan korang
berdua lagi`kata Zahra mengukir janji. `Senangkan awak cakap. Lepas apa yang
terjadi nie, awak lepas tangan begitu saja`marah Elisya. `Saya..Saya tak
bermaksud nak lepaskan`kata Zahra tidak menghabiskan ayatnya apabila dia
diserang oleh Elisya.
`Kau ingat aku percaya? Kau yang sudah mulakan semua
nie jadi kau mesti tanggung semuanya`tengking Elisya sambil memegang baju
Zahra. Zahra tergamam. Dia tidak mampu untuk bersuara. Hanya mampu untuk
melihat. `Elisya`tegur Zeffry. `Owh..you pun nak bela dia`marah Elisya apabila
Zeffry mulai membela Zahra. `I bukan nak bela dia tapi..`
Zeffry terdampar di lantai. Dia memegang pipinya
yang bengkak. Dia memandang Erry yang sudah memukul bibirnya. Zahra dan Elisya
terkejut. Muka mereka berdua berubah. Erry yang tidak berpuas hati terus
memukul Zeffry. `Stop it, Erry! Apa yang you buat nie?`marah Zahra. Dia
mendapatkan Zeffry dan cuba untuk membantu Zeffry. Erry tersenyum sinis. `Dah
terbuktikan you memang cintakan dia. You curang dengan i, Zahra. You
curang`jerit Erry. Zahra terdiam. Dia baru perasan dia terlampau risaukan
Zeffry selama nie.
`Betulkan apa yang i kata? You memang cintakan
dia?`tanya Erry. Suaranya sayu. Zahra mendiamkan diri. Tidak menjawab
pertanyaan Erry. `Kenapa diam?? Jawablah!!`tengking Erry berang. Menitis
airmata Zahra. `Jawablah`jerit Erry sambil menggoncang bahu Zahra. Zeffry cuba
menghalang perbuatan Erry. `Kau diam. Ini urusan antara aku dengan dia`marah
Erry. Elisya turut memandang mereka bertiga. `Maaf`ucap Zahra tanpa melihat
wajah Erry. Erry tergamam. Dia betul-betul berharap Zahra akan menafikan
tuduhannya namun malangnya semua tu hanyalah sebuah mimpi.
`Maaf`ucap Zahra lagi sambil dia terduduk di atas
lantai. ` I dah cuba untuk lupakan dia tapi semakin kuat i cuba semakin kuat
dia muncul dalam hati i.`kata Zahra sedih. Zeffry terdiam. Dia hanya memandang
Zahra. Rupanya selama nie dia tak bertepuk sebelah tangan. `Akhirnya korang
berdua mengaku pun kan..susah sangat ke nak mengakui yang korang berdua saling
mencintai?`soal Elisya perlahan dan kedengaran sayu.
Lama mereka mendiamkan diri dan cuba untuk
bertenang. Kahkahkahkah...kedengaran suara orang ketawa. Zahra dan Zeffry terus
berpaling. `Aku tak sangka lakonan kami begitu hebat sekali`kata Erry sambil
gelak. `Haahkan. Kalau masuk dalam drama nie, pasti kami akan memenangi
pasangan pelakon yang terbaik`sambung Elisya pula. Airmata yang mengalir tadi
sudah hilang. `Abang Erry, cadangan abang Erry suruh letak minyak kat mata
memang menjadi. Pedih mata Elisya`kata Elisya tanpa mempedulikan pandangan
Zahra dan tunangnya.
`Apa semua nie?`tanya Zeffry yang terkejut. `Well,
maafkan kami sebab dah pergunakan korang berdua. Semua nie hanyalah lakonan
kami. Kalau kami tak buat macam nie, korang pasti ego untuk luahkan perasaan
masing-masing kan..?`tanya Elisya. `Sebenarnya kami dah lama tahu yang korang
berdua saling menyayangi satu sama lain cume keadaan je yang membuatkan korang
diam. Jadi, apa yang kami lakukan tadi hanyalah untuk korang berterus terang
tentang perasaan korang yang sebenar`kata Erry pula.
`Maksudnya? Korang tak marah ke?`soal Zahra. `Tak. I
tak marah. Buat apa i nak marah kalau dah ditakdirkan yang kita berdua tiada
jodoh. I gembira kalau you gembira. I takkan sesekali halang you dari mengejar
cinta sejati you dan i percaya Zeffry adalah cinta sejati you. So, i rela
lepaskan you walaupun pada hakikatnya i tak mampu untuk lepaskan you pada orang
lain`ucap Erry. `Erry`sebut Zahra terharu. `I lepaskan you. Lepaskan you pada
orang yang tepat untuk mengisi hati you`ucap Erry lagi.
`I tak tahu nak kata
apa. Thank you, Erry`ucap Zahra. `You welcome dear`balas Erry. `Ehem..jangan
lebih-lebih nanti jealous orang sebelah ni`usik Elisya. Zeffry tersenyum. `Sya,
thank you. I tak sangka you sanggup buat semua ni untuk i`kata Zeffry. `Kan i
pernah kata, jodoh itu di tangan tuhan. Sekarang dah terbuktikan..walaupun kita
dah lama bertunang namun akhirnya jodoh you dengan Zahra bukan dengan i`kata
Elisya ikhlas.
`So?`tanya Zeffry. Ketika itu mereka berjalan di
tasik. `So??`tanya Zahra kembali. `Bila kita nak kahwin?`tanya Zeffry. `Kahwin?
You lamar i ke sekarang?`tanya Zahra kembali. `yup`balas Zeffry. `Eeeii..bila
masa i kata nak kahwin dengan you?`balas Zahra. `Bila-bila`jawab Zeffry.
`Dengan lamar i macam ni?`tanya Zahra. `Yelah`jawab Zeffry. `Hisy..tak romantic
langsung`omel Zahra. `Habis tu?`tanya Zeffry. `Kalau iya pun nak melamar i,
lamarlah atas kapal ke bot ke, barulah romantic sikit`balas Zahra. `Owh..atas
bot ye?`tanya Zeffry sambil menarik tangan Zahra mengikutnya. `Awak nak bawa
saya ke mana ni?`tanya Zahra. `Kemana kaki saya menghala lah`balas Zeffry poyo.
Mereka berdua menaiki perahu. `Sudikah awak menjadi
suri rumah saya?`tanya Zeffry sambil melutut. Zahra tergamam. Zeffry menanti
jawapan dari Zahra apabila Zahra hanya mendiamkan dirinya. `Taknak`balas Zahra.
`Kenapa?`tanya Zeffry. `Saya hanya akan setuju dengan pertanyaan awak ni kalau
awak...`kata Zahra terdiam. Dia menolak Zeffry ke dalam tasik. `Terjatuh dalam air`sambung Zahra sambil
gelak. `Owhh..kenakan saya ye`kata Zeffry sambil menggoyangkan perahu tersebut.
Terjerit Zahra apabila perahu tersebut bergoyang-goyang. Akhirnya dia turut
terjatuh dalam tasik. Zeffry ketawa. Hahahahaha... `Owh ketawakan saya ye`balas
Zahra sambil menyimbah air kepada Zeffry. Zeffry turut membalasnya.
Elisya tersenyum melihat kejadian itu. `Indahnya
cinta`ucap Elisya. `Indahnya cinta tercipta apabila kita menemui pasangan yang
tepat dalam hidup kita`sampuk Erry. Elisya tersenyum. `So, apa rancangan abang
selepas ni?`tanya Elisya. Mereka mulai berjalan meninggalkan tempat itu.
`Rancangan abang untuk mencari pasangan yang sesuai dengan diri abang`jawab
Erry. `Abang..`panggil ELisya. `Apadia?`tanya Erry. `Apakata kita bertaruh?
Siapa yang jumpa pasangannya terlebih dahulu dikira pemenang dan siapa yang
kalah akan didenda? Amacam?`cadang Elisya. `Okey juga tu`kata Erry. Matanya
melirik pada seseorang. `Abang jumpa dulu`kata Erry sambil mendekati seorang
gadis ayu di hadapannya. Elisya melihat Erry itu cuba mengayat perempuan itu.
`Hai. Cantiklah awak`tegur Erry. `Hai`balas
perempuan ayu itu dengan suara yang garau. Erry terkebil-kebil melihat
perempuan itu. Hahahaha...gelak Elisya melihat wajah Erry yang berubah itu.
`Cis..abang ingatkan perempuan tulen. Rupa-rupanya..`kata Erry kecewa.
`Hahahaha..kesian kat abang ek`balas Elisya namun matanya melihat lelaki kacak.
`Abang..nampaknya giliran Elisya pula lah`kata Elisya ingin mendekati lelaki
kacak itu namun langkahnya terbantut. `Sayang, kenapa tinggalkan abang?`tanya
lelaki itu. Elisya terkedu. Terdiam. Tak tahu nak kata apa. Dia menjadi
bingung. `Abang jahat. Abang tinggalkan Su`balas perempuan ayu itu. `Ala..abang
gurau jelah. Abang janji abang tak buat lagi`balas lelaki itu pula. Drama itu
disaksikan oleh ELisya dan Erry.
Mereka berdua berpandangan sebaik saja pasangan tadi
sudah meninggalkan tempat itu. Hahahahaha....tawa yang ditahan akhirnya meletus
jua. `Hampeh. Ingatkan nak goda laki tu rupa-rupanya kekasih hati si `perempuan
ayu` itu`kata Elisya.
`So macam mana dengan kita?`tanya Erry. `Abang,
Elisya rasakan kalau dalam 3 atau 4 tahun lagi Elisya tak dapat pengganti
Zeffry, Sya kahwin dengan abang je lah`kata Elisya. `Abang pun setuju`jawab
Erry. Risau juga kalau dia tak jumpa pengganti Zahra, dia dikatakan bujang
terlajak. `Kalau macam tu, kita buat perjanjian`ajak ELisya. Mereka akhirnya
berjanji sesama sendiri.
-
THE END
-
No comments:
Post a Comment