``Akak..jom temankan Ida keluar``ajak Suhaida. Ila hanya
diamkan dirinya. Matanya masih lagi melekat pada televisyen yang terpapar depan
matanya itu. ``Sampai bila akak nak bermusuh dengan Ida macam ni? Akak memang
taknak baik dengan Ida ke?``soal Suhaida yang geram dengan sikap kakaknya yang
membatukan dirinya.
Suhaida mengetap bibirnya melihat kakaknya yang bersikap
acuh tidak acuh padanya. ``Okey, kalau akak buat baik dengan Ida, Ida akan
tolong akak``kata Suhaida cuba provoke. Suhaila tersenyum sinis. ``Kau nak
tolong aku apa?``soalnya. ``Ida akan minta papa hentikan perintah berkurung
akak itu``balas Suhaida. Suhaila cume mengangkat bahunya. Suhaida geram. Itu je
dia balas? Ingatkan nak terharu ke apa ke? Hisy...
``Akak memang tak ada perasaan eh?``kata Suhaida geram.
``Kalau aku tak ada perasaan, sekarang juga aku dah keluar walaupun tanpa izin
papa``balas Suhaila. Suhaida mengeluh. Lain yang dia maksudkan lain pula kakak
dia jawab. ``Apa sebenarnya salah Ida? Kenapa akak layan Ida macam ni?
Bagitahulah Ida``kata Suhaida lagi. Suhaila memandang Suhaida sekilas. ``Kau
tak salah apa-apa``balas Suhaila selamba. ``Habis tu kenapa akak layan Ida
macam Ida ni pesalah?``desak Suhaida lagi. ``Sebab aku kesal``balas Suhaila.
``Kesal?``soal Suhaida bingung.
``Ye, aku kesal. Aku kesal dengan family kita. Sebelum
kehadiran kau, aku dilayan dengan baik bahkan tak pernah sekalipun mereka marah
atau bebel pada aku. Tapi sejak kehadiran kau dalam rumah ni, mereka sering
beri perhatian pada kau. Mereka tak pernah lagi dengar masalah aku. Yang mereka
tahu hanyalah membandingkan aku dengan kau. Kenapa aku tak boleh jadi lembut
macam kau? Kenapa aku tak dengar kata macam kau? Everything about you. Yes,
kita memang adik beradik tapi itu tak bermakna kita berdua sama``luah Suhaila.
Suhaida terdiam.
Memang dia akui sejak dia masuk ke dalam rumah itu, semuanya
ambik berat pasal diri dia dan kakak kandungnya itu menjadi mangsa keadaan.
``Boleh tak kalau kita jadi kawan mulai hari ni?``pinta Suhaida. Suhaila
menggeleng kepalanya. Muka Suhaida berubah. ``Bukankah kita ditakdirkan jadi
adik beradik? Kenapa pula nak ingkar takdir Allah dengan menjadi
kawan?``sambung Suhaila membuatkan Suhaida mengangkat kepalanya.
``Adakah ini bermakna akak..``kata Suhaida tergantung.
Suhaila mengangguk kepalanya sambil tersenyum. ``Alhamdulillah..``sebut Suhaida
sambil memeluk kakaknya. ``Terima kasih``ucap Suhaida yang mulai berkaca-kaca
matanya. ``Kalau kau terus bersikap cengeng macam ni, aku tarik kata-kata aku
tadi``ugut Suhaila membuatkan Suhaida menggeleng dengan lajunya. Mereka berdua
gelak bersama di ruang tamu itu.
Aqif mengukir senyuman manisnya. Adegan di hadapannya
membuatkan dia tersenyum riang. Perlahan dia berpatah balik. Malas nak mengganggu dua perempuan yang baru
berbaik itu.
``Aqif, tak masuk dulu ke?``tegur Puan Natrah yang sedang menyiram
pokok bunga di halaman rumah.
``Tak apalah auntie. Saya malas nak ganggu mereka``jawab
Aqif lalu beredar dari situ. Puan Natrah mengerutkan dahinya lalu menjengukkan
kepalanya. Suhaila dan Suhaida menoleh apabila diri mereka diperhatikan.
``Mama``seru Suhaida gembira. Puan Natrah cume tersenyum.
``Aqif baru je
pulang``bagitahu Puan Natrah membuatkan senyuman Suhaila mengendur. ``Aqif
datang ma?``soal Suhaida kembali lalu berlari keluar dari rumah itu untuk
mencari Aqif. Dia ingin menkhabarkan berita gembira itu kepada Aqif.
``Aqif``laung Ida membuatkan langkah Aqif terhenti. Dia menoleh kearah Ida.
Perlahan dia mengukir senyuman.
Suhaila memerhatikan tingkah laku mereka dari balkoni.
Bibirnya menguntum senyuman tatkala melihat senyuman Aqif yang bersama Ida itu.
Apakah ini bermakna..jodoh antara kita tiada? Kenapa begitu perit untuk aku
lepaskan kau, Aqif? Kenapa kau begitu bermakna dalam hidup aku? Siapa
sebenarnya kau pada aku?
``Tahniah, kamu mengandung tiga minggu``
Mimi terkejut mendengar berita itu. Dia terus menekup
mulutnya. Manakala Fia dan Kak Nisya saling berpandangan satu sama lain. Mereka seperti tak percaya dengan apa yang
sudah berlaku itu.
Dr Hajah di hadapan mereka memandang pelik. Kalau orang lain
mengandung, mereka senang. Gembira menerima khabaran ini tapi reaksi tiga gadis
dihadapannya membuatkan dia bingung.
``Anak itu satu anugerah..anak adalah amanah..``kata Dr.
Hajah itu tiba-tiba membuatkan Mimi memandangnya. ``Kamu kena ingat anak itu
juga ujian dari Allah``sambungnya lagi. Dr. Hajah seakan dapat membaca masalah
yang dihadapinya saat itu. Mimi terdiam. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya
pada saat itu.
Kak Nisya dan Fia memandang Mimi yang sudah terbuai lena.
``Macam mana sekarang? Nak bagitahu Ila tak?``soal Fia. Kak Nisya terus
meletakkan jarinya di mulut. ``Jom, kita berbual kat luar``ajak Kak Nisya. Lalu
mereka berdua meninggalkan Mimi yang disangka sudah terlena itu.
Bunyi pintu yang ditutup membuatkan Mimi membuka matanya
kembali. Sebenarnya dia berpura-pura tidur kerana taknak mereka berdua risaukan
keadaan dia.
``Tahniah..kamu mengandung tiga minggu``
Airmatanya menitis.
_________________________________________________________________________
``Akak rasakan baik kita jangan bagitahu Ila lagi pasal ni.
Biar Mimi sendiri yang bagitahu dia``cadang Kak Nisya. Fia mengangguk. Tanda
setuju dengan cadangan Kak Nisya itu. ``Haah, saya pun rasa macam tu juga.
Biarlah Mimi tenangkan keadaan dia dulu. Nanti dia dah okey, baru kita bagitahu
Ila perkara sebenar``sokong Fia pula.
Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Mimi menyarung baju
sejuk diluar kerana keadaan hujan lebat ketika itu. Setelah memastikan keadaan
selamat, dia keluar dari rumah itu secara senyap-senyap.
Dia melilaukan pandangannya cuba untuk mencari seseorang
yang ingin ditemuinya. Perkara itu mesti diselesaikan dengan kadar segera. Dia
tak mahu bertangguh lagi kerana makin
lama bertangguh makin besar kandungannya. Apabila dia melihat Haris yang
bersama kawannya di satu meja, dia terus mendekati Haris.
Haris mengangkat keningnya. ``Kau buat apa kat
sini?``soalnya agak terkejut. Memang selepas kejadian hari itu, dia tak lagi
menjumpai perempuan itu. Malahan, dengan Ila pun Ila tak kacau dirinya lagi.
Ingatkan dah terlepas dari semua tu. Alih-alih perempuan ni muncul di hadapan
mata dia.
``Aku nak kau bertanggungjawab``kata Mimi terus terang.
``What?? Tanggungjawab? Sorrylah, aku tak ada masa nak bertanggungjawab``balas
Haris acuh tidak acuh. ``Aku hamil``bagitahu Mimi lagi mengejutkan Haris.
Kemudian dia gelak. Mimi mengerutkan dahinya. Tak suka dengan reaksi Haris.
``Kalau kau hamil pun, apa kaitan dengan aku?``soal Haris buat muka tak
bersalah. Mimi membulatkan matanya mendengar pertanyaan dari Haris itu.
``Kau boleh tanya apa kaitan dengan kau? Anak yang ada dalam
kandungan aku ni anak kau and of courselah kau kena bertanggungjawab``balas
Mimi geram. ``So sorry. Aku tak ada masa nak bertangunggjawab dan aku ada
banyak lagi kerja yang perlu aku lakukan daripada melayan kau ni. So aku chow
dulu``kata Haris meninggalkan Mimi sendirian disitu. Mimi mengekori Haris ke
tempat parking motor.
``Kalau kau taknak bertanggungjawab, aku report polis``ancam
Mimi membuatkan langkah Haris terhenti. ``Kau jangan terfikir nak buat macam
tu``ancam Haris. ``Kalau aku buat juga, kau nak buat apa?``duga Mimi. ``Aku
bunuh kau``kata Haris dengan wajah serius. Muka Mimi berubah seratus peratus.
``Habis tu, macam mana dengan kandungan aku ni?``soal Mimi.
``Gugurkan``jawab
Haris ringkas membuatkan Mimi terkedu. ``Kau pilihlah sama ada kau gugurkan
kandungan tu atau kau aku bunuh?``kata Haris memberikan dua pilihan kepada
Mimi. Melihatkan wajah kaku Mimi itu, Haris meninggalkannya sendirian disitu.
Muka Fia dan Kak Nisya berubah menjadi panik apabila mereka
menyedari ketiadaan Mimi dalam rumah itu. ``Macam mana ni? Dah dua jam Mimi
tidak kelihatan``soal Fia agak panik. Dia risau kalau Mimi lakukan sesuatu yang
tak sepatutnya. Tambahan pula, hujan yang lebat di luar sana.
``Kita cari
dia``putus Kak Nisya akhirnya membuatkan Fia mengangguk. Belum sempat Fia
memulas tombol pintu, pintu dikuak dari luar. Muncul Mimi dalam keadaan basah.
``Ya, Allah. Mimi. Kau ke mana? Puas kitaorang cari
kau``ujar Fia. Mimi hanya mendiamkan dirinya. Kemudian tanpa menghiraukan Kak
Nisya dengan Fia, dia berlalu ke dalam biliknya. ``Mimi``panggilan dari Fia dan
kak Nisya itu tidak dihiraukan.
Mimi menguncikan pintunya lalu menyandar di belakang pintu.
Airmata mengalir laju di pipi.
``Kau pilihlah sama ada kau gugurkan kandungan tu atau kau
aku bunuh?``kata Haris.
Arghhh....
Fia dan Kak Nisya saling berpandangan. Jeritan beserta
barang pecah kedengaran dari dalam bilik Mimi.
``Mimi, buka pintu ni``ketuk Kak Nisya.
``Mimi, tolonglah buka pintu ini``kata Fia pula. Mereka
bergantian mengetuk pintu bilik Mimi.
Mimi menyembamkan mukanya pada lutut.
``Satu-satunya cara sekarang..kita kena panggil Ila``kata
Fia yang sudah kebuntuan. Kak Nisya terus mendail nombor Suhaila.
Bunyi kilat yang memancar mengejutkan Ila yang tidur lena.
Perlahan dia ke balkoni biliknya.
``Ya, Allah. Kuatnya kilat``kata Ila. Hatinya
berasa aneh. Seakan ada sesuatu yang membuatkan dia tak lena tidur.
``Mimi``tiba-tiba nama itu meluncur dari bibirnya. Serentak itu, telefon
bimbitnya berbunyi.
_______________________________________________________________________
``Hello``sahut Ila sebelum dia bergegas keluar dari rumahnya
walaupun keadaan pada ketika itu tidak mengizinkan.
Bunyi motor membuatkan Fia menjenguk. Dia terus membuka
pintu rumahnya menyambut kedatangan Ila itu.
``Apa dah berlaku? Mana Mimi?``soal Suhaila cemas. Mereka
menunjukkan kearah bilik Mimi. Suhaila ingin melangkah tapi dihalang oleh Fia.
Suhaila memandangnya hairan. ``Ada sesuatu yang kau harus tahu pasal Mimi``kata
Fia membuatkan Suhaila gelisah. ``Apadia?``soal Suhaila yang cuba menenangkan
dirinya. Fia tidak menjawab sebaliknya dia memandang Kak Nisya yang turut
memandang kearahnya. Suhaila terus melihat wajah Fia dan Kak Nisya bersilih
ganti. ``Apa dah berlaku? Kenapa dengan Mimi?``soal Suhaila bersama getaran di
dada.
Fia menarik nafas panjang. ``Sebenarnya..Mimi
hamil``bagitahu Fia serentak itu dia memandang lantai. Enggan melihat reaksi
Suhaila ketika itu. Suhaila tergamam. ``Ha..hamil?``soal Suhaila tergagap. Dia
sudah terduduk atas sofa di ruang tamu itu. Kak Nisya mengangguk. ``Berapa
bulan?``soal Ila perlahan antara dengar tak dengar. ``Baru tiga minggu``balas
Kak Nisya pula. Suhaila menutup mukanya dengan tangan.
Perkara itu betul-betul di luar jangkaan dia. Dia sama
sekali tak terfikir yang Mimi boleh hamil secepat itu. ``Bila korang tahu
berita ni?``soal Suhaila lagi. Suaranya perlahan. ``Pagi tadi. Bila kitaorang
dapati dia demam panas, kitaorang bawa dia ke klinik tapi bila pemeriksaan
keluar, ternyata rupanya dia hamil``terang Fia. Suhaila tersenyum sinis. ``Pagi
tadi?``soalnya sinis.
``Maafkan kitaorang sebab baru bagitahu kau tentang hal ni.
Kitaorang sebenarnya taknak kau tahu tentang hal ni. Kitaorang nak biarkan Mimi
sendiri bagitahu kau memandangkan korang berdua kawan baik. Tapi kami terpaksa
juga panggil kau ke sini sebab Mimi mengurungkan dirinya dalam bilik``ucap Fia
lagi.
``Sebenarnya masa kitaorang lena tidur tadi, Mimi keluar.
Dia kemana kitaorang tak tahu. Kitaorang sedar dia sudah tiada, itu pun
kitaorang tahu sebab Fia tergerak hati nak jenguk Mimi semasa dia bangun untuk
minum air. Akak sebenarnya nak cari dia tapi dia dah balik sebelum sempat
kitaorang cari dia. Tapi wajah Mimi semasa dia pulang tadi kelihatan pucat dan
matanya bengkak``sambung Kak Nisya pula.
Suhaila menuju kearah bilik Mimi lalu mengetuknya tapi tiada
balasan. ``Mimi, bukalah pintu ni. Ini aku, kawan kau. Ila``pujuk Suhaila tidak
henti mengetuk pintu bilik Mimi. Ila?? Mimi terus mengesat airmatanya lalu
berdiri. Perlahan dia membuka pintu bilik itu lalu memeluk Suhaila. Suhaila
hanya membiarkan kawannya itu menangis. ``Menangislah kalau kau nak menangis. Aku
sentiasa ada disini untuk kau``kata Suhaila ikhlas.
Setelah tangisannya reda, dia menarik Ila ke katilnya. Fia
dan Kak Nisya hanya memerhati. ``Aku hamil, La. Aku hamil``kata Mimi. ``Ye, aku
tahu``balas Ila sambil mengusap kawannya itu. ``Kau kemana tadi? Kenapa mata
kau bengkak?``soal Suhaila sambil memerhati wajah Mimi. Airmata yang mengalir
dikesat perlahan. ``Dia ugut aku Ila, dia ugut aku``luah Mimi.
``Ugut? Siapa? Dia ugut kau apa?``soal Suhaila ingin tahu.
``Haris. Dia ugut nak bunuh aku``kata Mimi sambil menangis. Suhaila terkejut.
``Haris? Kau jumpa dia?``soal Suhaila dengan wajah terkejut. Mimi mengangguk.
``Aku pergi temui dia dan minta dia bertanggungjawab atas
apa yang dia dah lakukan pada aku. Tapi dia ugut aku. Kalau aku tak gugurkan
kandungan ni, dia akan bunuh aku``bagitahu Mimi sambil menangis. Fia dan Kak
Nisya turut terkejut dengan kata-kata Mimi itu. Suhaila diam tapi tangannya
dikepal kuat. Matanya dikecilkan.
Kau bermain dengan api, Haris. Aku akan pastikan kau terima
akibatnya setelah apa yang kau dah buat pada kawan aku. Kau tunggulah. Hatinya
penuh dengan dendam.
________________________________________________________________________
``Woi...kau buat apa ajak aku datang sini?``marah Aqif
apabila Rezza membawanya ke kelab malam. ``Entah. Razi yang suruh tunggu dia
depan kelab ni. Katanya, ada something yang dia nak tunjuk kat kita``kata
Rezza. Aqif mendengus. Kalau ikutkan dia bukan setakat masuk, duduk depan kelab
tu pun dia taknak. Tapi apa boleh buat. Dah terlanjur.
``Mananya Razi? Dah setengah jam kot kita tunggu depan
ni``bebel Aqif yang tidak berpuas hati dari tadi. ``Entah, kejap. Aku call dia
jap``kata Rezza sambil mencari tempat yang tepat untuk dia buat panggilan. Aqif
cume sekadar memerhati. Tiba-tiba matanya terpandangkan seraut wajah yang dia
kenali. Apa yang dia buat kat sini? Tanpa sedar, Aqif turut masuk ke dalam
kelab itu.
``Aqif, kau nak pergi mana?``laungan Rezza tidak dihiraukan. Rezza
turut mengekori Aqif.
Suhaila menutup hidungnya. Bau arak membuatkan dia mual. Dia
melangkah juga ke dalam kelab itu. Kelibat
Haris dicarinya. Akibat kelab itu sesak dengan orang, membuatkan bau
arak mengenai Suhaila.
Suhaila terus meluru kearah Haris yang sedang bergelak tawa.
Dia terus menghentak meja mengejutkan mereka yang berada disitu. Mata Haris
menikam Suhaila. ``Owh..kau rupanya. Apalagi yang kau tak puas hati kali
ni?``soal Haris. ``Kau..``kata Suhaila dengan nada yang kuat sambil jari
ditujukan tepat kearah muka Haris. ``Aku apa?``balas Haris sambil berdiri.
Akibat geram, Suhaila terus menendang lutut Haris membuatkan
Haris terjatuh. ``Kau memang nak cari pasal dengan akukan?``marah Suhaila.
Haris tersenyum sinis. ``Aku ke kau yang cari pasal sekarang?``bidas Haris.
``Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau macam tu saja. Aku akan heret kau ke
pengadilan``kata Suhaila geram. ``Dan..aku akan pastikan kau menyesal atas
perbuatan kau ni``kata Haris pula. Suhaila diam.
``Kau ingat baik-baik ni. Aku
sentiasa berpegang pada kata-kata aku. Kalau dia taknak aku bunuh dia, better
kau suruh dia gugurkan kandungan dia``bisik Haris. ``Kurang ajar``bentak Suhaila
serentak itu dia menghadiahkan tendangan kepada Haris.
Kejadian itu disaksikan oleh Rezza dan Aqif. Haris ingin
membalas tapi serangan terhalang dek Aqif. ``Kalau berani, jangan dengan
perempuan. Ni..lawan yang setaraf dengan kau``kata Aqif. Suhaila tergamam
melihat Aqif yang mempertahankan dirinya. Haris terus menyerang Aqif. Mereka
berdua bergaduh.
Anak buah Haris ingin membantu Haris tapi dihalang oleh
Rezza. Mereka bergaduh disitu. Kejadian itu membuatkan semua mata memerhati
mereka. Akhirnya Haris kalah tapi bibir Aqif berdarah. ``Lain kali kalau nak
cari lawan, cari yang sepadan``kata Aqif menarik Suhaila dari situ. Suhaila
yang tergamam hanya mengikut langkah Aqif itu.
Aqif terus melepaskan pegangannya sebaik saja keluar dari
kelab itu. Suhaila cuba memegang pipi Aqif tapi ditepis oleh Aqif. Suhaila
terkejut tapi dia kawal perasaannya. ``Terima kasih sebab pertahankan saya
tadi``ucap Suhaila sambil tersenyum. Tak sangka lelaki idamannya itu sanggup
bergaduh kerana dia.
``Jangan nak perasan. Saya lakukan semua ni sebab awak
kakak kepada Ida`` balas Aqif dingin. Riak wajah Suhaila berubah. Namun dia
berusaha untuk tersenyum. ``Apa-apapun terima kasih saya ucapkan``kata Suhaila
lagi sebelum melangkah pergi meninggalkan kawasan situ.
``Ila``
Langkah Suhaila terhenti apabila terdengar namanya dipanggil
oleh jejaka yang diminatinya itu. Dup dap dup dap.. jantungnya berbunyi lalu
dia menoleh. ``Ye?``sahut Suhaila lembut. ``Lain kali kalau dah nama perempuan,
jangan nak berlagak kuat. Nanti awak juga yang susah``kata Aqif tegas. Suhaila
cume mengangguk.
Aqif menyandarkan badannya pada sofa. Perlahan dia memegang
dadanya. Rezza yang melihat reaksi Aqif itu terus menerpa kearahnya. ``Kau okey
tak ni?``tanya Rezza. Aqif tidak menjawab sebaliknya dia memegang dadanya.
``Ubat kau letak kat mana?``tanya Rezza kalut. ``Dalam laci meja aku``balas
Aqif. Rezza terus berlari dan mengambil ubat Aqif lalu dihulurkan kepada Aqif.
Aqif terus menelannya dan meneguk air. Mujurlah sakitnya kian berkurang.
``Kau okey tak ni? Pucat muka kau``omel Rezza cemas. ``Aku
okey. Kau jangan risau``balas Aqif. ``Macam mana aku tak risau kalau keadaan
kau macam ni?``bebel Rezza. Aqif cume tersenyum. ``Kau taknak bagitahu dia
perkara sebenar ke?``soal Rezza. Aqif mengerutkan dahinya. ``Apa maksud kau
ni?``soalnya pura-pura tak faham. ``Ala..kau jangan nak pura-puralah. Aku tahu
kau sukakan dia. Apa kata kalau kau luahkan saja perasaan kau?``cadang Rezza.
Aqif menggeleng kepalanya. ``Aku lebih suka dia kecewa
daripada dia tahu perkara sebenar``kata Aqif. Rezza menggeleng kepalanya. Degil
betullah kawan aku seorang ni.
Suhaila tidak terus
balik sebaliknya dia singgah di tasik. Masih lekat dalam fikirannya wajah Aqif
ketika mempertahankan dirinya. Dia kemudian tersenyum.
``Saya tak tahu apa yang tak kena dengan diri saya ni. Tapi
saat awak katakan yang awak selamatkan saya hanyalah kerana saya kakak kepada
Ida semata-mata, saya tak percaya. Hati saya yakin awak selamatkan saya sebab
itu kehendak hati awak bukan kerana saya kakak kepada Ida semata-mata``
``Ya, Allah. Aku dah jatuh cinta``jerit Suhaila. Suhaila
tersenyum. ``Suhaila Natrah dah jatuh cinta....``jerit Suhaila lagi tapi kali
ni lebih kuat dari yang tadi. Kemudian dia berpusing sendirian disitu. Tak tahu
macam mana nak gambarkan perasaan gembira dia ketika itu.
__________________________________________________________________________
Suhaida menutup mukanya. Wajah papanya kelihatan tegang.
Berkali-kali Puan Natrah memandang jam
di dinding yang menunjukkan pukul 3 pagi ketika itu. Bunyi motor
membuatkan mereka semua menoleh kearah pintu. Terjengul wajah Syah.
``Macam
mana, Syah? Jumpa Suhaila?``soal Puan Natrah cemas. Syah menggeleng kepalanya.
``Syah dah cari merata-rata tempat tapi tetap tak jumpa adik``kata Syah. Tuan
Hamid mendengus kesal dengan anaknya. Inilah yang jadi kalau manjakan sangat
anak. Salah dia juga sebab manjakan Suhaila selama ni.
Ting tong ...
Bunyi loceng membuatkan Syah menjengul. Sepucuk sampul surat
terdapat di atas lantai. Syah mengutip sampul putih tidak bertanda itu lalu
membukanya. Terkejut dia tatkala melihat gambar Suhaila di pub bersama lelaki.
``Surat apa tu?``soal Tuan Hamid membuatkan Syah
memandangnya. Niat untuk sembunyikan gambar itu terbantut dek papanya yang
telah merampas foto itu dari tangannya. Merah muka Tuan Hamid menahan marah.
``Sabar bang``pujuk Puan Natrah. ``Sabar? Saya dah lama
bersabar dengan dia. Salah saya juga sebab terlalu memanjakan dia selama ni.
Kalau saya tahu akan jadi macam ni, dah lama saya kerjakan dia``kata Tuan Hamid
kesal. Syah dan Suhaida saling berpandangan. Habislah kakak. Getus Suhaida.
``Macam mana?``soal Haris apabila melihat anak buahnya
menghampiri dia. ``Beres bos. Semuanya berjalan lancar macam yang kita
rancangkan``sahut anak buahnya. ``Good job``puji Haris sambil tersenyum. Kau
salah orang kalau kau nak lawan dengan aku. Sebelum kau ngap aku, aku ngap kau
terlebih dahulu. Getus Haris.
Tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku, kaki Suhaila
melangkah ke halaman rumahnya. Tiba-tiba langkah Suhaila terhenti. Hidungnya
bagaikan terhidu sesuatu yang busuk. Perlahan dia mencium bajunya. Ya, Allah.
Aku lupalah baju aku terkena arak tadi. Belum sempat Suhaila melakukan apa-apa,
pintu rumahnya terbuka. Suhaila tergamam melihat wajah marah ayahnya.
Pang!!!
Suhaila memegang pipinya yang keperitan. ``Kau kemana hah
pagi-pagi buta baru balik? Oh...jadi ini yang kau lakukan belakang kitaorang
selama ni? Curi-curi keluar jumpa dengan jantan lepas tu pergi pub``sergah Tuan
Hamid. ``Tak, pa. Papa dah salah faham``kata Suhaila mempertahankan dirinya.
``Salah faham? Ni..salah faham``kata Tuan Hamid dengan nada yang tinggi sambil
membaling beberapa foto tepat pada muka Suhaila. Suhaila terkedu.
Perlahan matanya melihat gambar dia yang berada di pub tadi.
``Ila boleh jelaskan semua ni, pa. Papa dah salah faham. Tolonglah percayakan
Ila``kata Ila. ``Bukti dah ada depan mata, Ila. Kau nak bohong apalagi kali ni?
Ni..baju ni bau arak. Kau pergi mana tadi?``soal Tuan Hamid garang.
Semua
terdiam melihat kegarangan papa mereka itu. Suhaila tunduk. ``Jawab Ila. Kau
pergi mana tadi?``jerkah Tuan Hamid. ``Ye, Ila pergi pub``akui Suhaila. ``Sejak
bila kau jadi macam ni, Ila? Sejak bila? Papa tak pernah ajar anak papa
berkelakuan liar macam ni``jerkah Tuan Hamid lagi. Terkejut Suhaila dengan
jerkahan itu.
Airmatanya menitis. Sekalipun dia berterus terang tentang
apa yang sebenarnya berlaku. Papanya takkan percayai dia lagi. Sia-sia saja dia
lakukan semua tu. ``Sejak papa tak pernah ambik berat tentang Ila lagi. Kalau
dulu papa selalu ambik berat dan mendengar masalah Ila tapi sekarang.. papa dah
berubah. Papa tak lagi punyai masa untuk dengar masalah Ila. Papa sibuk dengan
kerja papa. Mama pula sibuk dengan kawan-kawan mama. Sibuk memperkenalkan Ida
kepada kawan-kawan mama. Tiada seorang pun yang nak dengar curahan atau perkara
yang berlaku pada Ila. Tak ada``luah Suhaila.
``Papa. Ma. Ila tak minta banyak cume tolong percayakan Ila
sebagai anak kandung papa dengan mama``kata Suhaila.
``Baguslah..percayalah dia``sampuk satu suara membuatkan
mereka semua menoleh. Mak Cik Timah, jiran mereka yang suka betul busy body.
``Korang tak tahu ke anak perempuan yang kau selalu manjakan ni selalu naik
motor dengan laki tengah-tengah malam``hasut Makcik Timah. Suhaila mengerutkan
dahinya.
``Makcik jangan nak buat fitnah``marah Suhaila. ``Kenapa?
tak betul ke apa yang aku cakap ni? Memang kenyataankan kau selalu curi keluar
pada waktu malam?``bidas Makcik Timah lagi membuatkan Suhaila terdiam. Memang
betul kata makcik itu memang dia keluar malam itupun sebab urusan Mimi bukannya
membonceng motor dengan jantan lain.
``Mama..papa..tolong percayakan Ila``kata Suhaila. ``Kalau
kau orang tak percaya, kau orang boleh tanya mereka yang lain``kata Makcik
Timah lagi. ``Mulai sekarang, kau boleh buat apa yang kau suka sebab aku dah
malas nak ambik tahu pasal kau lagi``kata Tuan Hamid menyentak perasaan
Suhaila. Tak pernah papanya bersikap sekasar itu dengan dia. Makcik Timah
tersenyum melihat Tuan Hamid yang termakan hasutannya. Memang dah lama dia
benci dengan Suhaila.
Suhaila terjelopok
atas lantai. Airmatanya menitis perlahan demi perlahan. Suhaida memeluk
kakaknya. ``Sabar ye kak. Ida tahu akak bukan orang macam itu``pujuk Suhaida.
Suhaila cuba memujuk papa dan mamanya tapi kehadiran dia di rumah itu bagaikan
halimunan. Semua orang seakan tidak
peduli dengannya. Dia bagaikan orang asing. Tatkala dia mendengar bunyi ketawa
di bahagian dapur, dia ke sana. Tapi sebaik dia tiba di sana, suasana berubah
menjadi diam.
How to make money in sports betting - Work
ReplyDeleteHow to make money in sports betting. By Bill McKnight by Steve Stevens on Dec. 22, 2021, 8:40 AM EDT. หารายได้เสริม Learn how to make money from sports betting.